Blog

  • Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli

    Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli

    Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli. Pihak JAKOA iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli telah membuka permohonan Quick Win JAKOA untuk mendapatkan peralatan keusahawanan.

    BANTUAN PERALATAN USAHAWAN ORANG ASLI

    Quick Win JAKOA ialah merupakan bantuan peralatan yagn bertujuan untuk membantu usahawan Orang Asli dalam meneruskan kelangsungan perniagaan dalam menyediakan geran peralatan atau latihan berserta latihan yang bersesuaian.

    Objektif utama bantuan ini adalah :

    1. Menyediakan geran bantuan peralatan kepada usahawan Orang Asli bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.
    2. Membantu usahawan Orang Asli yang terjejas semasa pandemik COVID-19.
    3. Membantu usahawan Orang Asli B40 ke bawah.
    4. Membantu mengembangkan perniagaan hasil jualan.

    SKOP BANTUAN

    Bagi permohonan bantuan ini melibatkan 3 jenis bantuan iaitu:

    • Peralatan ICT
    • Peralatan packaging
    • Peralatan peruncitan

    Bantuan Peralatan ICT

    1. Bantuan ini terbahagi kepada 2 pakej:
      • A1 – Mesin Pencetak / Komputer Riba
      • A2 – Mesin Pencetak / Telefon Pintar
    2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
      • Usahawan mahir menggunakan peralatan ICT
      • Kawasan perniagaan mempunyai capaian internet yang baik.
      • Mempunyai produk untuk ditawarkan secara atas talian.
      • Usahawan yang menjalankan perniagaan atas talian akan diberikan keutamaan.
      • Komited untuk mengembangkan perniagaan menggunakan teknologi dan inovasi.

    Peralatan Packaging

    1. Bantuan peralatan Packaging yang boleh dipohon adalah seperti berikut:
      • Plastic Sealer
      • Penimbang Digital
      • Price Labeller
      • Mesin Juruwang
      • Mesin Pencetak Sticker
    2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
      • Usahawan yang mempunyai produk sendiri untuk dipasarkan.
      • Mahir mencipta reka bentuk jenama sendiri.

    Peralatan Peruncitan

    1. Bantuan peralatan peruncitan yang boleh dipohon adalah seperti:
      • Boltless Rack
      • Chiller
      • Price Labeller
      • Mesin Juruwang
      • Penimbang Digital
    2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
      • Usahawan yang memerlukan peralatan peruncitan bagi mengembangkan perniagaan.

    SYARAT KELAYAKAN

    Untuk membuat permohonan bantuan ini, pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu :

    1. Usahawan Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia.
    2. Berumur 18 tahun ke atas.
    3. Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan disahkan oleh Pegawai Negeri/ Daerah JAKOA.
    4. Usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi keutamaan.
    5. Jumlah pendapatan tahunan dibawah RM150,000.00.

    Usahawan tani masyarakat Orang Asli

    TARIKH PERMOHONAN

    Permohonan untuk Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli ini telah dibuka mulai 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022

    DOKUMEN PERMOHONAN 

    Pemohon perlulah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan :

    • Salinan kad pengenalan.
    • Sijil lahir.
    • Salinan SSM (jikalau ada).
    • Salinan latihan/kursus perniagaan yang pernah dihadiri.
    • Maklumat bantuan yang pernah diperolehi.
    • Kertas Cadangan Rancangan Perniagaan.
    • Gambar Passport Pemohon.
    • Gambar Premis (depan dan belakang).
    • Gambar peralatan perniagaan, gambar dalam premis dan gambar produk.

    CARA PERMOHONAN

    Pemohon yang menepati syarat-syarat yang diberikan boleh membuat permohonan Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli seperti dibawah :

    Atas Talian

    1. Isi google form untuk membuat permohonan [Klik Disini]
    2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan ‘Klik Next’
    3. Muat naik dokumen yang diperlukan
    4. ‘Klik Butang Submit’ untuk menghantar borang

    Permohonan Manual

    1. Hadir ke cawangan JAKOA berhampiran
    2. Lengkapkan Borang BBUPI.1/98 (Borang Permohonan Pemberian Peruntukan Bimbingan Usahawan Dan Perusahaaan & Industri Kepada Orang Asli Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia).

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli, anda boleh:

    • Layari website rasmi JAKOA : [Klik Disini]
    • Hubungi: 03-2161 0577.

    Klik Disini Untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

  • Jawatan Kosong Di PBA Pulau Pinang

    Jawatan Kosong Di PBA Pulau Pinang

    Jawatan Kosong Di PBA Pulau Pinang. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong terbuka kepada semua Warganegara Malaysia terutama kepada anak jati Pulau Pianng untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Senior Clerk (Finance & Accounting Department)

    Lokasi Jawatan : Pulau Pinang

    Nama Majikan : Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang

    Gaji : Tidak Dinyatakan

    Tarikh Tutup Permohonan : 20 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di PBA Pulau Pinang adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI PBA PULAU PINANG

    Untuk kelayakan syarat lantikan, pemohon haruslah mempunyai :

    1. Minimum Diploma Kewangan/Perakaunan dan diluluskan oleh Kerajaan Malaysia
    2. Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 7 tahun dalam bidang berkaitan
    3. Mempunyai kemahiran penyeliaan, analitikal dan penyelesaian masalah
    4. Sikap positif, berinisiatif tinggi dan mampu bekerja secara berdikari dengan pengawasan yang minimum
    5. Mempunyai keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan, jadual yang ketat dan dalam persekitaran yang ketat
    6. Mahir dalam penulisan dan pertuturan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
    7. Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik

    DESKRIPSI KERJA

    1. Wujudkan prosedur kiraan kitaran
    2. Merancang dan menjalankan kiraan kitaran
    3. Memastikan pengeluaran kiraan kitaran dan laporan varians tepat pada masanya
    4. Memastikan peningkatan berterusan dalam aktiviti kiraan kitaran
    5. Memastikan keselamatan dan keselamatan data kewangan dan aset syarikat

    CARA PERMOHONAN

    Calon-calon yang berminat dan bekelayakan untuk jawatan kosong di PBA Pulau Pinang ini digalakkan untuk MEMOHON DALAM TALIAN berserta butir-butir terkini : butir-butir peribadi penuh, kelayakan dan pengalaman, menyatakan gaji sekarang dan jangkaan, nombor telefon untuk dihubungi berserta gambar terkini pada atau sebelum 20 DISEMBER 2021.

    Iklan Penuh : [Klik Disini]
    Permohonan : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info kerjaya dan jawatan kosong untuk anda.

  • Bantuan RM300 BINGKAS Selangor 2022

    Bantuan RM300 BINGKAS Selangor 2022

    BINGKAS Selangor 2022. BINGKAS Selangor adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 Selangor dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik.

    BINGKAS SELANGOR 2022

    BINGKAS adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam mendepani cabaran pascapandemik.

    Ibu tunggal tabah sara lima anak

    KELAYAKAN PERMOHONAN

    Untuk membuat permohonan, pemohon haruslah berdaftar sebagai pemohon BSH/BPR dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.

    1. Warganegara Malaysia
    2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih dari 10 tahun
    3. Pemilih berdaftar di negeri Selangor
    4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu unggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
    5. Pendapatan isi rumah bawah RM2000 sebulan.

    CARA PERMOHONAN

    Tarikh permohonan dan cara membuat permohonan serta syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pakej bantuan BINGKAS ini akan di kemaskini dari masa ke semasa.

    KADAR PEMBAYARAN RINGKAS

    Melalui bantuan ini, setiap keluarga yang layak (termasuk ibu tunggal) akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan selama setahun. Ini bermaksud jumlah keseluruhan bantuan adalah RM3,600 setahun.

    TARIKH PEMBAYARAN

    Bantuan RM300 sebulan selama setahun diagihkan mulai Februari 2022 bagi membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak.

    SEMAKAN PERMOHONAN BINGKAS

    Anda boleh membuat semakan berkenaan BINGKAS Selangor 2022 di masa akan datang secara atas talian di laman web rasmi [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi info bantuan semakan dan permohonan untuk anda

  • Jawatan Kosong Di Jabatan Diraja Johor

    Jawatan Kosong Di Jabatan Diraja Johor

    Jawatan Kosong Di Jabatan Diraja Johor. Jabatan Negeri Johor telah membuka peluang pekerjaan kepada semua warganegara Malaysia terutama kepada anak jati Johor untuk menyandang jawatan sperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
    2. Pembantu Operasi Gred N11

    Lokasi Jawatan : Negeri Johor

    Nama Majikan : Jabatan Diraja Johor

    Gaji : (Rujuk Iklan)

    Tarikh Tutup Permohonan : 21 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan kosong di Jabatan Diraja Johor ini adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG DI JABATAN DIRAJA JOHOR

    Untuk iklan penuh dan juga kadar gaji mengikut kelayakan lantikan jawatan kosong di Jabatan Diraja Johor ini, pemohon boleh terus ke pautan portal rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’Zim [Klik Disini]

    CARA PERMOHONAN

    Jika pemohon memiliki kriteria yang disyaratkan seperti di dalam iklan penuh jawatan kosong di Jabatan Diraja Johor diatas, permohonan boleh dibuat melalui memuat turun borang di pautan berikut : [Klik Disini]

    Borang Permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :

    Pengelola Bijaya DiRaja Johor,
    Jabatan DiRaja Johor,
    Aras 1, Bangunan Sultan Ibrahim,
    Bukit Timbalan,
    80000 Johor Bahru,
    Johor Darul Ta’zim

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Disember 2021

    Catatan Am :

    1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke temuduga
    2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, dianggap tidak berjaya.
    3. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

    Klik Disini untuk lagi info berkaitan peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

  • Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022

    Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022

    Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022. Kepada para penternak yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan Skim Rezeki Ternak. Permohonan bagi tahun 2022 kini telah dibuka.

    SKIM PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN (DVS)

    Program Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

    Skop bantuan adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu) – dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.

    SYARAT PERMOHONAN PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

    Permohonan terbuka kepada semua penternak kecil ruminan yang mempunyai kriteria seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
    2. Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
    3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
    4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
    5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
    6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi / jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.

    TARIKH PERMOHONAN DIBUKA BERMULA 1 DISEMBER 2021 SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

    Jutawan ternakan tumpah ilmu kepada anak muda

    CARA PERMOHONAN

    Jika pemohon layak dan menepati kriteria yang telah disyaratkan seperti dinyatakan di atas, pemohon boleh memohon skim ini seperti dibawah :

    1. Muat turun borang permohonan secara percuma daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri [Klik Disini]
    2. Lengkapkan borang permohonan tersebut dan hantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran anda atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

    Dalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Reseki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengeni Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022, anda boleh:

    • Layari website rasmi Jabatan Perkhidmatan Verterinar: http://www.dvs.gov.my/
    • Hubungi pihak urusetia: 03-88702406/ 03-88702421

    Klik Disini Untuk lagi info berkaitan semakan dan permohonan untuk anda