Category: Fashion

  • Varisha Collection Perkenalkan ‘Raya Series’ Eksklusif dengan Amira Othman Sebagai Duta Rasmi

    Varisha Collection Perkenalkan ‘Raya Series’ Eksklusif dengan Amira Othman Sebagai Duta Rasmi

    Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan bangga mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif terbaru mereka, “Raya Series,” yang berlangsung dari 9 hingga 12 Januari 2025 di Central i-City, Shah Alam. Acara ini turut meriah dengan pengumuman pelantikan penyanyi dan pelakon popular, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha, serta pelancaran lagu terbaru beliau yang berjudul “Bila Nak Kahwin.”

    Lagu “Bila Nak Kahwin,” yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama Emiera Othman Ventures, telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025. Video muzik untuk lagu pop yang penuh emosi ini dijadualkan tayang pada 11 Januari 2025 jam 3 petang. Lagu tersebut adalah hasil ciptaan komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K, bersama Amira Othman sendiri.

    Koleksi “Raya Series” dari Varisha menonjolkan keindahan fabrik “Ultra Comfort Cotton Voile,” yang direka menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini menawarkan kelembutan yang luar biasa, ketahanan yang tinggi, serta reka bentuk elegan yang sesuai untuk kegunaan harian dan acara formal. Kelebihan utama material ini adalah ia mudah dibentuk, ringan, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika, menjadikannya pilihan ideal bagi wanita moden yang mengutamakan keselesaan dan penampilan yang menawan sepanjang hari.

    Pada 11 Januari 2025, acara puncak pelancaran akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan menghiburkan para pengunjung dengan persembahan eksklusif termasuk lagu baharunya, “Bila Nak Kahwin,” serta beberapa lagu hits seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga.” Selain itu, pengunjung berpeluang bertemu secara langsung dengan Amira menerusi kempen “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman,” yang dijangka menarik ramai peminat untuk hadir.

    Bagi memastikan kejayaan pelancaran ini, Varisha telah melaksanakan pelbagai promosi termasuk kempen media sosial, kerjasama dengan influencers, serta kolaborasi dengan Key Opinion Leaders (KOLs). Semua langkah ini bertujuan memperkukuh imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan dan kebebasan wanita bergaya setiap hari.

    Dengan slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY,” jenama ini terus komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memberikan mereka keyakinan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.

  • IzzelisLuxe Fesyen Plus Size yang Membawa Keyakinan Diri

    IzzelisLuxe Fesyen Plus Size yang Membawa Keyakinan Diri

    Dalam dunia fesyen, pencarian pakaian yang bergaya dan berkualiti untuk wanita bersaiz besar (plus size) sering kali menjadi cabaran besar. Walaupun kini semakin banyak jenama fesyen yang peka terhadap keperluan pakaian untuk pelbagai saiz, namun pasaran untuk pakaian saiz besar masih terhad dan sering kali tidak menepati kehendak gaya dan keselesaan.

    Menjawab cabaran ini, IzzelisLuxe tampil sebagai sebuah jenama yang menawarkan pilihan fesyen menarik khusus untuk wanita bersaiz besar. Ditubuhkan oleh Izzati Rozeli, atau lebih dikenali sebagai IzzRoz, pada 11 November 2024, IzzelisLuxe bertujuan untuk membuktikan bahawa fesyen bukan hanya milik satu saiz sahaja. Jenama ini tidak hanya menumpukan pada reka bentuk pakaian untuk saiz besar, tetapi juga memastikan setiap rekaan yang dihasilkan mematuhi prinsip syariah, memberi keselesaan dan keyakinan kepada wanita yang ingin berfesyen dengan cara yang sopan dan elegan.

    Izzati Rozeli, 28 tahun, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Kewangan selama tujuh tahun, mengambil keputusan berani untuk meninggalkan kerjaya stabil demi mengejar impian sebagai seorang usahawan dalam industri fesyen. Sebagai seorang wanita bersaiz besar, beliau sendiri memahami kesulitan yang dialami dalam mencari pakaian yang bukan sahaja sesuai dan selesa, tetapi juga bergaya dan mengikut prinsip syariah.

    “Saya pernah mengalami perasaan rendah diri kerana tidak dapat mencari pakaian yang sesuai dengan saiz saya. Saya ingin memberi mereka yang menghadapi masalah sama seperti saya peluang untuk merasa yakin dan selesa dalam berfesyen, tanpa rasa takut dibanding-bandingkan dengan mereka yang bersaiz kecil,” kata Izzati. Dengan hasrat tersebut, beliau mahu memberikan mesej yang kuat kepada wanita bersaiz besar untuk “love your look, love your size.”

    Keberanian Izzati untuk membina IzzelisLuxe ternyata mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengguna. IzzelisLuxe menawarkan pelbagai reka bentuk pakaian dengan sentuhan gaya yang segar dan moden, termasuk beberapa koleksi hasil rekaan sendiri oleh Izzati. Ini membuktikan bahawa fesyen untuk wanita bersaiz besar tidak perlu terhad dan boleh tampil dengan penuh gaya dan elegan.

    Selain menawarkan pakaian bergaya, IzzelisLuxe juga mempunyai misi sosial yang besar. Bermula Januari 2025, Izzati dan IzzelisLuxe akan menyumbang sebahagian daripada keuntungan untuk membantu pusat-pusat dialisis. RM5 daripada setiap pembelian produk IzzelisLuxe akan disalurkan untuk membeli keperluan, menambahbaik perkhidmatan, serta meringankan beban pesakit-pesakit dialisis di seluruh Selangor. Izzati berkata, ini adalah satu bentuk tanggungjawab sosial kerana ibunya sendiri merupakan pesakit dialisis, dan beliau ingin memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

    “Saya percaya setiap rezeki yang kita terima bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang lain. Dengan sumbangan ini, saya berharap ia dapat meringankan beban pesakit dialisis dan memberi mereka sedikit kelegaan,” katanya lagi.

    Dengan impian besar dalam industri fesyen, Izzati berharap IzzelisLuxe dapat membuka minda masyarakat bahawa wanita bersaiz besar juga berhak untuk kelihatan cantik dan bergaya tanpa perlu merasa rendah diri. Melalui IzzelisLuxe, beliau ingin mengubah persepsi umum terhadap wanita berbadan besar, menjadikan mereka lebih yakin dalam berfesyen dan diterima dengan penuh hormat di dalam masyarakat.

    Sebagai langkah seterusnya, IzzelisLuxe berhasrat untuk terus berkembang, meluaskan pasaran dan memperkenalkan koleksi-koleksi terbaru yang lebih inovatif. Harapan Izzati adalah untuk menginspirasi wanita bersaiz besar di luar sana supaya tidak pernah merasa kurang daripada siapa pun dan berani menunjukkan keindahan mereka dalam setiap pakaian yang dipakai.

  • Cat Fashion Week TV3: Si Comel Anda Bakal Melangkah ke Pentas Peragaan!

    Cat Fashion Week TV3: Si Comel Anda Bakal Melangkah ke Pentas Peragaan!

    Adakah kucing anda memiliki gaya yang luar biasa? Ini masanya untuk si comel anda bersinar di acara fesyen terbesar untuk pencinta kucing – Cat Fashion Week! TV3 mengundang semua pemilik kucing untuk menonjolkan gaya dan kehebatan fesyen si bulus anda di pentas peragaan yang penuh glamor ini.Bayangkan kucing kesayangan anda melangkah penuh anggun di pentas peragaan, mencuri perhatian peminat kucing seluruh negara, dan muncul sebagai bintang di kaca TV! Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadikan si comel anda simbol gaya dunia fesyen kucing.

    Cara Mudah Sertai Uji Bakat

    Mulakan perjalanan bintang fesyen kucing anda dengan langkah mudah ini:

    1. Rakam video pendek berdurasi 1 minit kucing anda memperagakan fesyen terbaik mereka.
    2. Hantar video tersebut menerusi e-mel ke contest@tv3.com.my ATAU muat naik ke media sosial anda dengan menggunakan hashtag #CatFashionWeekTV3.

    Uji bakat bermula pada 29 November 2024, dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2024. Jangan tunggu hingga saat akhir—pastikan anda dan si bulus anda bersedia untuk tampil memukau!

    Kucing yang terpilih akan mara ke peringkat seterusnya dan berpeluang melangkah ke Pentas Akhir Cat Fashion Week. Saksikan si comel anda beraksi di pentas peragaan kucing pertama di Malaysia, yang bakal disiarkan secara eksklusif di TV3!

    Untuk maklumat terkini mengenai Cat Fashion Week, serta pelbagai drama dan program kegemaran anda, ikuti laman sosial TV3:

    • Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram: @TV3Malaysia
    • Instagram rasmi Drama Sangat: @dramasangat

    Jadikan si comel anda ikon fesyen kucing dan rebut peluang ini untuk mencipta sejarah di dunia fesyen kucing Malaysia. Sertai uji bakat sekarang dan bersiap sedia untuk melangkah bersama si bulus anda ke dunia glamor dan gaya!

  • Magnum Rai Kerjasama dengan KLFW: Peragaan Inspirasi Aiskrim Bersama SHALS dan Tact

    Magnum Rai Kerjasama dengan KLFW: Peragaan Inspirasi Aiskrim Bersama SHALS dan Tact

    Jenama aiskrim terkenal, Magnum, meraikan kolaborasi pertamanya dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan mempamerkan hasil karya daripada dua jenama tempatan, SHALS dan Tact, yang terinspirasi oleh kelazatan aiskrim Magnum. Ini menyatukan kesenangan dengan fesyen secara sempurna.

    Penampilan perdana Magnum di pentas peragaan melambangkan perayaan kreativiti, keanggunan, dan pencarian kenikmatan sejati. Kolaborasi dengan pereka tempatan SHALS dan Tact menyerlahkan gabungan yang sempurna antara glamor dan kemewahan, selaras dengan semangat Magnum untuk mencipta pengalaman yang unggul.

    “Di Magnum, kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman sensasi yang melampaui batas untuk menawarkan kenikmatan sebenar. Kami sangat teruja untuk mempersembahkan kerjasama pertama kami dengan KLFW kepada para pencari kenikmatan di Malaysia. Pertemuan antara Magnum dan fesyen ini adalah gabungan sempurna antara kenikmatan dan gaya,” kata Pengurus Jenama Ais Krim Magnum Malaysia, Leow Chi Shen.

    “Bagi kami, kolaborasi ini adalah satu perjalanan penuh semangat dan inovasi,” kongsi Pengasas SHALS, Shalma Ainaa, yang terkenal dengan rekaannya yang selesa, anggun, dan bergaya. “Mengintegrasikan semangat Magnum ke dalam fesyen adalah pengalaman yang sangat mengujakan kerana ia mendorong kami untuk meneroka dimensi baru yang mengangkat gaya dan kenikmatan”.

    Pengasas Tact, Ridduan Ttfga Ismail, yang terkenal dengan pendekatannya yang minimalis, turut berkongsi sentimen yang sama. “Dedikasi Magnum terhadap kenikmatan sejajar dengan falsafah reka bentuk kami. Saya amat berbesar hati untuk menterjemahkan semangat jenama itu ke dalam fesyen,” kata beliau.

    “Kerjasama ini mewakili kreativiti dan kemewahan, dan saya berbangga untuk mempersembahkan inovasi terunggul ini dalam semangat fesyen dan kenikmatan. Kami di KLFW sentiasa meraikan kreativiti dan kesenian. Kini, kami teruja untuk menyampaikan pengalaman deria yang unik kepada penonton kami, dengan menggabungkan dunia fesyen dan kemewahan,” kata Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan.

    Kolaborasi dengan KLFW ini juga menandakan pencapaian penting bagi Magnum. Ia bukan hanya menegaskan komitmen jenama itu terhadap pengalaman premium dan kualiti, tetapi juga dedikasi berterusan untuk menginspirasikan kreativiti dan keseronokan dalam setiap pengalaman, disemarakkan oleh semangat “True to Pleasure”.

    Untuk memeriahkan lagi acara ini, Magnum memperkenalkan perisa baharu, Magnum Mango Yoghurt Parfait, yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Menggabungkan tekstur yogurt yang berkrim dengan kemanisan tropika mangga, ia menawarkan pengalaman mewah yang menggembirakan dan mengasyikkan.

    Dengan kolaborasi ini, Magnum bukan sahaja memperluas sayapnya dalam dunia fesyen tetapi juga mengukuhkan posisinya sebagai jenama yang sinonim dengan kemewahan dan kenikmatan, mempersembahkan satu lagi dimensi menarik kepada penggemar fesyen dan pencinta aiskrim.

  • Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA Dilancarkan: Sambutan Gemilang Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia

    Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA Dilancarkan: Sambutan Gemilang Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia

    Majlis pelancaran yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur ini menjadi tumpuan utama dalam merayakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-67. YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, telah merasmikan Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA.

    Bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka,” koleksi ini menonjolkan 12 rekaan tudung eksklusif yang melambangkan semangat kebebasan dan pencapaian rakyat Malaysia. Koleksi ini adalah hasil kerjasama yang pertama antara Kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan jenama fesyen terkenal FAZURA. Warna-warna yang digunakan dalam koleksi ini juga terinspirasi daripada Jalur Gemilang, lanskap ikonik tempatan, serta kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

    Majlis pelancaran tersebut disertai oleh pelbagai tetamu kehormat, termasuk YBhg. Dato’ Sri Noorhuda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM; YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Penasihat Kelab PROSPEC KPM; dan Setiausaha Bahagian KPM. Acara ini dihadiri oleh hampir 300 tetamu dan diserikan dengan persembahan dari artis terkenal, Ella, serta jamuan makan tengah hari yang meriah.

    Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA menandakan langkah penting dalam kerjasama awam-swasta dan menunjukkan potensi besar untuk lebih banyak kerjasama seumpamanya di masa hadapan. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

    Bagi organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini dengan harga korporat, mereka boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 017-4469726. Pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi www.fazura.com, aplikasi FAZURA, dan ShopeeMall FAZURA Official Store.