Blog

  • Skim Bantuan Tadika RM50 Sebulan

    Skim Bantuan Tadika RM50 Sebulan

    Skim Bantuan Tadika RM50 Sebulan. Berita baik untuk ibu bapa atau penjaga di Negeri Selangor yang mempunyai anak di Tadika untuk mendapatkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Melalui skim ini, ibu bapa atau penjaga iberikan bantuan untuk membayar yuran tadika anak-anak mereka di tadika. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

    Kerajaan negeri Selangor akan menyumbangkan bantuan bernilai RM50 setiap bulan untuk mereka yang benar-benar layak. Bantuan ini akan disalurkan secara terus kepada TADIKA yang diberi sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

    Tips Panduan Memilih Tadika Dan Taska Untuk Anak Anda | Iluminasi

    Syarat Permohonan Skim Bantuan Tadika

    Syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Tadika adalah :

    1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
    2. Pemohon mestilah sama ada : Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    3. ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    4. ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
    5. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
    6. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
    7. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
    8. Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.

    Untuk Senarai Tadika yang berdaftar, anda boleh terus ke pautan : http://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan Skim Bantuan Tadika , anda boleh terus ke pautan rasmi di :

    [adinserter block=”11″]

    Isi borang yang diberikan dan lampirkan salinan dokumen yang diperlukan iaitu :

    1. Cetak Borang Permohonan
    2. Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
    3. Salinan MyKad Ibu
    4. Salinan MyKad Bapa
    5. Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
    6. Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat 
    7. Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat 
    8. Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
    9. Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan : Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    10. Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)
    skim bantuan tadika tunas selangor

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim Bantuan Tadika RM50 TUNAS, anda boleh layari http://www.tunas.yawas.my/web/

    atau hubungi :

    Alamat

    Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam, Selangor.

    03 5481 8800

    emel : mailto:pertanyaan.yawas@gmail.com

    Isnin Hingga Jumaat
    10pagi – 2petang

    Klik Disini untuk lagi info semakan bantuan dan permohonan untuk anda.

  • Jawatan Kosong Terkini Di DBKL Mac 2022

    Jawatan Kosong Terkini Di DBKL Mac 2022

    Jawatan Kosong Terkini Di DBKL Mac 2022. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    JawatanJurufotografi Gred B19
    MajikanDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
    LokasiSelangor
    GajiRM 1,360.00 – RM 4,032.00
    Tarikh Tutup26 Mac 2022

    Syarat Utama Lantikan

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Terkini Di DBKL Mac 2022 :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
    Penguat kuasa DBKL mula pakai kamera badan

    Syarat Lantikan Khusus Jawatan Kosong Terkini Di DBKL

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan / atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
    2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    4. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    Syarat Ujian Khas

    Calon dikehendaki Lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu, tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

    Cara Memohon

    Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Terkini Di DBKL, anda boleh layari portal rasmi DBKL, dan mengisi borang permohonan secara atas talian di :

    [adinserter block=”11″]

    Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan SPM dan Sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga

    1. Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
    2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
    3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

  • eGumis : Semak Wang Yang Tidak Dituntut

    eGumis : Semak Wang Yang Tidak Dituntut

    eGumis : Semak Wang Yang Tidak Dituntut. Ia adalah suatu sistem semakan bagi memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tidak Dituntut secara atas talian. Semakan boleh dibuat menggunakan kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat)

    Wang Yang Tidak Dituntut

    Wang yang tidak dituntut membawa maksud wang kepunyaan seseorang yang tidak dibayar dalam tempoh setahun. Jumlah wang berkenaan bergantung kepada akaun penerima.

    Antara Kategori Wang Yang Tidak Dituntut adalah :

    1. Gaji/ Upah/ Komisen/ eGaji
    2. Dividen
    3. Tuntutan insuran yang telah diluluskan
    4. Simpanan Tetap
    5. Deposit/ Cagaran
    6. Keuntungan yang telah diisytiharkan
    7. Wang dalam akaun yang tidak aktif selama 7 tahun

    Sistem eGumis

    Sistem ini telah dilancarkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) untuk memudahkan orang ramai membuat semakan Wang tidak dituntut secara atas talian.

    Pendaftaran eGumis :

    1. Layari pautan : https://egumis.anm.gov.my/
    2. Daftar secara atas talian, masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, dan emel terkini
    3. Log masuk portal menggunakan kata laluan yang telah di emel
    4. Tukar kata laluan
    5. Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut
    6. Masukkan nombor kad pengenalan
    7. Semakan ini hanya boleh dibuat sebanyak 2 kali sehari sahaja

    Untuk semakan secara manual, anda boleh ke pautan dibawah dan segala panduan penuh telah disediakan oleh JANM.

    [adinserter block=”11″]

    Cara Memohon Tuntutan Wang Yang Tidak Dituntut

    Untuk membuat permohonan tuntutan wang yang tidak dituntut, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

    1. Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”
    2. Tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan
    3. Tekan “Simpan”
    4. Muat naik (upload) dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”
    5. Sila tandakan (tick) pada kotak dan setuju dengan terma dan syarat.
    6. Pilih “Ya”
    7. Proses pembayaran wang yang tidak dituntut akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “disahkan”

    Tempoh Pembayaran akan mengambil masa dan duit tersebut akan dikreditkan kedalam akaun bank yang telah didaftarkan.

    eGUMIS

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi :

    03- 2056 8052
    03- 2056 8053

    Atau hadir ke pejabat :

    Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
    Tingkat 42, Menara Maybank
    100, Jalan Tun Perak,
    50050 Kuala Lumpur

    Klik Disini untuk lagi informasi dan maklumat terkini untuk anda

  • Jawatan Kosong Di PROTON Mac 2022

    Jawatan Kosong Di PROTON Mac 2022

    Jawatan Kosong Di PROTON Mac 2022. Perusahaan Automobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong terkini Mac 2022 terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan1. General Manager (Logistic Operation Management)
    2. Executive, Progress Control
    3. Sr. Executive Human Resource
    4. Senior Engineer, SQE (Product Management Body)
    MajikanPerusahaan Automobil Nasional Sdn Bhd (PROTON)
    LokasiSelangor
    GajiSila Rujuk Iklan Penuh
    Tarikh TutupSila Rujuk Iklan Penuh

    Syarat Utama Lantikan

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di PROTON Mac 2022 :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
    Proton to see management changes in line with expansion - The Malaysian  Reserve

    Syarat Kelayakan Khusus Jawatan Kosong Di PROTON

    Untuk syarat kelayakan khusus serta deskripsi penuh tugas bagi jawatan kosong di PROTON Mac 2022, anda boleh terus ke pautan yang disediakan dibawah :

    [adinserter block=”11″]

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan jawatan kosong Di PROTON Mac 2022, anda boleh terus ke pautan dibawah

    Anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu dan log masuk sebelum membuat permohonan jawatan.

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

  • Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Negeri Kedah Mac 2022

    Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Negeri Kedah Mac 2022

    Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Negeri Kedah Mac 2022. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan terutama kepada anak jati Negeri Kedah untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan1. PENYELIA TAPAK
    2. TUKANG KAYU
    3. TUKANG BATA
    4. TUKANG LEPA
    5. TUKANG BUMBUNG
    6. TUKANG JUBIN
    7. TUKANG CAT
    8. TUKANG KONKRIT
    9. BURUH AM
    10. TUKANG PAIP
    MajikanLembaga Zakat Negeri Kedah
    LokasiKedah
    GajiTidak dinyatakan
    Tarikh Tutup30 Mac 2022

    Syarat Kelayakan Khusus Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Negeri Kedah

    1. Terbuka kepada lelaki sahaja.
    2. Warganegara Malaysia (Bumiputera) yang menetap di negeri Kedah, keutamaan diberikan kepada pemohon dikalangan penerima bantuan LZNK.
    3. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun sehingga 50 tahun.
    4. Keutamaan kepada golongan FAKIR MISKIN.
    5. Berpengalaman dalam bidang pertukangan adalah diutamakan.
    6. Komited terhadap kerja, berdisiplin, amanah, jujur, menepati masa, cekap, dan boleh bekerja dibawah pengawasan.
    7. Mempunyai lesen memandu.
    Tukang Rumah Bina / Renovate Ubah suai rumah.kedai,pejabat,bangunan di  Kelantan

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan, anda boleh mengisi borang secara atas talian di :

    [adinserter block=”11″]

    Untuk setiap permohonan, anda perlu menyediakan salinan dokumen seperti dibawah :

    1. Salinan Kad Pengenalan
    2. Salinan Lesen CIDB (Green Card)
    3. Salinan Sijil-Sijil lain yang berkaitan

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Negeri Kedah, anda boleh hubungi :

    Pertanyaan : 019 465 4255

    Menara Zakat,
    Jalan Teluk Wan Jah,
    05200, Alor Setar,
    Kedah

    Tel    : 04-733 1740
    Faks : 04-731 6280

    Emel : mailto:aduan@zakatkedah.com.my

    Facebook : facebook.com/zakatkedah

    Telegram : https://telegram.me/zakatkedah

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.