Category: Music

  • Clockenflap Unveils Early Bird Tickets and First Line-Up Featuring Rich Brian, Jacob Collier, Franz Ferdinand, Yoga Lin, Beth Gibbons, and Panther Chan

    Clockenflap Unveils Early Bird Tickets and First Line-Up Featuring Rich Brian, Jacob Collier, Franz Ferdinand, Yoga Lin, Beth Gibbons, and Panther Chan

    Clockenflap 2025 Drops Early Bird Tickets and Star-Studded First Line-Up. Hong Kong’s premier international outdoor music and arts festival, Clockenflap, has officially launched Early Bird ticket sales for its much-anticipated 2025 edition, scheduled to take place from Friday, 5 December to Sunday, 7 December at the iconic Central Harbourfront. Alongside the ticket release, organisers unveiled the first wave of an electrifying lineup that promises to set the stage for one of the city’s most memorable music events of the year.

    Headlining the first announcement are genre-spanning global artists including Indonesian rap sensation Rich Brian (Saturday), British musical polymath Jacob Collier (Friday), and Scottish indie rock giants Franz Ferdinand (Sunday). Joining them are Mandarin pop powerhouse Yoga Lin (Sunday), the enigmatic former Portishead frontwoman Beth Gibbons (Saturday), and beloved Hong Kong singer-songwriter Panther Chan (Friday), ensuring a diverse range of sounds for every fan.

    The weekend will also feature British troubadour Passenger and German electronic duo Digitalism (DJ set) on Friday; American alt-indie favourite Soccer Mommy, Japanese indie-pop group Chilli Beans., Thai singer-songwriter Phum Viphurit, and rising Japanese vocalist Akasaki on Saturday. Closing out the festival on Sunday, fans can expect powerful sets from Canadian post-rock legends Godspeed You! Black Emperor, California’s cult indie act TV Girl, UK-based DJ Riria, and the historic return of Hong Kong’s post-punk pioneers Bitter Tea of General Yeng, who will perform live for the first time after a 40-year hiatus.

    Set against the stunning backdrop of Hong Kong’s skyline and harbour views, Clockenflap 2025 is set to deliver the immersive festival atmosphere fans have come to love. In addition to an eclectic array of local, regional, and international artists across multiple stages, attendees can enjoy captivating art installations, interactive family-friendly workshops, and an impressive lineup of food and beverage offerings from top-tier local vendors.

    Early Bird tickets are available from 13 to 23 May 2025 exclusively via Ticketflap (www.ticketflap.com/Clockenflap2025). Prices start at HK\$1,790 for 3-day General Admission and HK\$1,150 for single-day passes. Discounted U18 tickets are also available, while children under three can attend for free without registration.

    With more major acts set to be revealed soon, music lovers are encouraged to secure their spots early for what promises to be an unforgettable weekend of music, art, and culture in the heart of Hong Kong.

  • SATU ACARA, LIMA WARNA MUZIK – MUSICA FEST MERIAH DENGAN KEHEBATAN NIDJI, GEISHA, D’MASIV, SHAKIRA JASMINE DAN STEVEN PASARIBU

    SATU ACARA, LIMA WARNA MUZIK – MUSICA FEST MERIAH DENGAN KEHEBATAN NIDJI, GEISHA, D’MASIV, SHAKIRA JASMINE DAN STEVEN PASARIBU

    Musica Fest 2025 bakal menggamatkan Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 November 2025 dengan barisan pemuzik popular dari Indonesia yang menjanjikan persembahan pelbagai genre penuh warna. Acara ini dianjurkan oleh Shiraz Projects dengan kolaborasi bersama label muzik terkemuka, Musica, dan pemilihan nama “Musica Fest” sendiri mencerminkan kepelbagaian irama serta rentak muzik yang bakal dipersembahkan. Barisan artis yang akan menghangatkan pentas terdiri daripada kumpulan ternama seperti Nidji, D’Masiv dan Geisha, serta dua bintang muda berbakat besar, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu, yang masing-masing mewakili generasi baharu industri muzik Indonesia.

    Menurut pengasas Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, kelima-lima pemuzik ini dipilih secara teliti sebagai gabungan yang tepat dan mantap demi memberikan pengalaman muzik terbaik kepada peminat. Shiraz turut menyifatkan penganjuran ini sebagai peluang menyatukan pemuzik dari pelbagai latar belakang dan genre, sekaligus memperkukuh penjenamaan Musica Fest sebagai pesta bunyi-bunyian beragam yang diraikan bersama. Tambahnya lagi, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu akan tampil buat pertama kali di pentas Malaysia bersama tiga ‘senior’ mereka yang telah lama mencipta nama, menjadikan festival ini sebagai satu detik bersejarah dalam karier mereka.

    Bagi Nidji, keterlibatan dalam Musica Fest bukan sahaja peluang untuk kembali sepentas dengan rakan seperjuangan seperti Geisha dan D’Masiv, tetapi juga sebagai usaha meraikan kemunculan bintang muda dan memperkukuh legasi muzik Indonesia. Mereka menganggap acara ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebagai simbol semangat persahabatan dan kesinambungan dalam industri muzik serantau.

    Tiket untuk menyaksikan persembahan bertenaga daripada lima pemuzik hebat ini akan mula dijual pada 23 April 2025 jam 10 pagi, dengan beberapa kategori ditawarkan iaitu Diamond (RM398), Platinum (RM198), Gold (RM158), dan Rockzone – Free Standing (RM188). Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal kerana sambutan dijangka luar biasa.

    Antara lagu yang pasti mencetuskan nostalgia dan sorakan peminat termasuk “Hapus Aku” dan “Sumpah dan Cinta Matiku” oleh Nidji, “Cinta Ini Membunuhku” oleh D’Masiv, “Lumpuhkan Ingatanku” dari Geisha, serta “Haunting” oleh Steven Pasaribu dan “Stalking” dari Shakira Jasmine. Musica Fest 2025 bukan sekadar sebuah konsert, tetapi perayaan terhadap keindahan muzik Nusantara yang menyatukan peminat dari pelbagai latar belakang. Tandakan tarikh anda – 16 November 2025 – dan bersiaplah untuk malam penuh magis di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

  • Ahmad Syafiq: Dari Bakat Media Sosial ke Bintang Muzik Malaysia

    Ahmad Syafiq: Dari Bakat Media Sosial ke Bintang Muzik Malaysia

    Dalam dunia hiburan yang penuh cabaran, Ahmad Syafiq membuktikan bahawa usaha gigih mampu membawa seseorang ke puncak kejayaan. Bermula dengan membuat cover lagu di media sosial, kini dia semakin dikenali dalam industri muzik Malaysia.

    Anak muda kelahiran Melaka ini mula menunjukkan minat dalam nyanyian sejak usia 16 tahun. Tidak mempunyai keluarga atau kawan yang berkongsi minat yang sama tidak mematahkan semangatnya. Dia aktif memuat naik video nyanyian di Instagram dan YouTube, serta menggunakan pelbagai strategi media sosial untuk menarik perhatian industri muzik.

    Titik perubahan besar berlaku apabila dia menyertai program realiti TV3, Lagu Cinta Kita pada tahun 2021. Kejayaannya meraih tempat kedua dalam pertandingan itu membuka peluang lebih luas dalam dunia seni. Syarikat rakaman yang melihat potensinya segera menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman.

    Sejak itu, Ahmad Syafiq telah mengeluarkan beberapa single seperti Mahligai Dusta, Duri, Ikhlas, dan Ku Kirimkan bersama Aqeesh Aleeya. Selain itu, lagu cover Buat Insan Tersayang yang dinyanyikan semula olehnya bersama Wawa Shazwa mencapai lebih sejuta tontonan di YouTube.

    Ahmad Syafiq mengakui bahawa perjalanan dalam industri ini bukan mudah. Dia pernah mengalami keletihan melampau ketika rakaman lagu kerana jadual kerja yang padat. Namun, segala pengorbanan yang dibuatnya berbaloi apabila peminat semakin menerima kehadirannya dalam dunia muzik.

    Baginya, kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa restu dan doa ibunya. Sejak awal, ibunya memberikan sokongan penuh dan tidak pernah meragui impiannya. Ahmad Syafiq juga berterima kasih kepada sahabat-sahabatnya yang sentiasa ada bersamanya walaupun mereka tidak mempunyai minat yang sama dalam muzik.

    Bagi Ahmad Syafiq, pengalaman terbesarnya dalam industri muzik setakat ini adalah apabila dia diberi kepercayaan untuk menggantikan Hafiz Suip dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37. Berduet dengan Wani Kayrie dalam lagu Berakhirlah Pencarianku adalah pengalaman yang tidak akan dilupakannya.

    Kini, Ahmad Syafiq kembali dengan single terbaru Bila Hatiku Rindu, sebuah lagu yang mengisahkan kerinduan dan kehilangan dalam cinta. Lagu ini dicipta oleh Barr Hadif, Aiman Zaidi, dan Eddie Hamid, manakala liriknya ditulis oleh Aiman Zaidi.

    Bila Hatiku Rindu dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada peminat, lebih-lebih lagi kerana ia dilancarkan pada 14 Februari 2025, bersempena sambutan hari cinta. Lagu ini dihasilkan dengan penuh perasaan, menggambarkan kisah peribadinya yang mungkin dapat dirasai oleh ramai pendengar.

    Para peminat boleh menyaksikan video muzik rasmi lagu ini di saluran YouTube Nova Music Videos pada hari pelancaran. Dengan pelancaran lagu ini, Ahmad Syafiq berharap dapat terus melebarkan sayapnya dalam industri muzik Malaysia dan mengukuhkan lagi namanya sebagai salah seorang penyanyi berbakat tanah air.

  • Ryzal Aziz Buktikan Keikhlasan Dalam Lagu Terbarunya ‘Ramadan’

    Ryzal Aziz Buktikan Keikhlasan Dalam Lagu Terbarunya ‘Ramadan’

    Penyanyi dan komposer terkenal, Ryzal Aziz, baru-baru ini telah melancarkan single religi terbarunya yang bertajuk Ramadan, yang merupakan sebuah karya penuh keinsafan dan penghayatan terhadap bulan suci umat Islam. Lagu ini dihasilkan dengan tujuan untuk menyentuh jiwa pendengar, mengajak mereka merenung dan memanfaatkan bulan Ramadan sebagai waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Ryzal yang terkenal dengan gaya muzik berunsur balada ini memilih untuk mengetengahkan tema kerohanian yang sangat relevan dengan umat Islam menjelang bulan puasa. Ramadan tidak hanya menceritakan tentang keindahan bulan suci tersebut, tetapi juga mengajak umat Islam untuk berdoa dan memohon pengampunan kepada Allah serta meningkatkan amalan sepanjang bulan mulia ini.

    “Saya ingin lagu ini menjadi medium untuk mengingatkan kita semua tentang betapa pentingnya bulan Ramadan. Ini adalah masa untuk kita melakukan amal ibadah dengan tekun, memohon keampunan, dan memperbaiki diri. Semoga lagu ini memberi impak yang positif dan mendalam kepada pendengar,” ujar Ryzal.

    Dengan melodi balada yang tenang dan mendalam, Ramadan disertakan dengan penggunaan instrumen yang sangat mendalam seperti cello dan string, menghasilkan satu suasana muzik yang sangat beremosi dan penuh penghayatan. Proses penghasilan lagu ini melibatkan kolaborasi antara Ryzal, jurutera suara Amyr Abadawn, dan jurutera pengaturan audio Felix yang telah memberikan sentuhan sempurna kepada susunan muzik dan produksi keseluruhan.

    Sebagai seorang pengkarya, Ryzal Aziz juga turut menjelaskan bahawa lagu Ramadan bukan hanya sekadar ciptaan seni semata-mata, tetapi lebih kepada sebuah amanah dan peringatan untuk diri sendiri dan seluruh umat Islam. “Saya ingin mengajak semua untuk menggunakan bulan Ramadan ini dengan sebaik-baiknya. Kita tidak tahu bila kesempatan ini akan datang lagi, jadi marilah kita berusaha menjadi lebih baik dan meraih keberkatan dari Allah,” katanya lagi.

    Single Ramadan kini sudah boleh didengari di pelbagai platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube, TikTok, Deezer, dan Prime Music. Selain itu, muzik video rasmi lagu ini akan dilancarkan pada 21 Februari 2025, yang pastinya akan menarik perhatian peminat di seluruh dunia.

    Ryzal Aziz yang telah berjaya mencipta nama dalam industri muzik tempatan, terutama selepas bergabung dengan Universal Music Malaysia dan menjadi sebahagian daripada kumpulan One Soul Band, telah menghasilkan beberapa lagu hits seperti Perpisahan, Bunga, dan Curang. Tahun 2025 nampaknya akan terus menjadi tahun yang menjanjikan, dengan Ryzal berhasrat untuk melancarkan dua karya baru lagi, termasuk lagu cover berjudul Di Sebalik Rahsia Hati dan single baru Menggapai Bintang.

  • Shiha Zikir Kembali Dengan Single Terbaharu ‘Pelangi Kelabu’

    Shiha Zikir Kembali Dengan Single Terbaharu ‘Pelangi Kelabu’

    Shiha Zikir, penyanyi yang dikenali dengan kemampuan vokalnya yang luar biasa, kini kembali dengan sebuah karya terbaru berjudul Pelangi Kelabu. Lagu ini menyajikan melodi pop balada yang memikat hati, dilengkapi dengan lirik yang penuh emosi, memberikan pengalaman muzik yang mendalam kepada pendengar. Lebih menarik, Pelangi Kelabu juga menjadi lagu runut bunyi untuk drama Marina, yang boleh disaksikan eksklusif di aplikasi Tonton atau laman web Tonton setiap Isnin hingga Khamis.

    Pelangi Kelabu menceritakan tentang perjalanan hati yang dilanda kesedihan akibat perpisahan, merungkai perasaan patah hati yang mendalam. Lagu ini menggambarkan pergelutan emosi antara kesedihan yang mendalam dan usaha untuk menerima kenyataan, sekaligus mencari kekuatan untuk terus bertahan. Melalui metafora hujan dan air, lagu ini menggambarkan kedalaman kesedihan, kerinduan yang menusuk jiwa, dan kefanaan cinta yang sering kali datang dan pergi.

    Pada bahagian korus, protagonis dalam lagu ini mencari perlindungan di bawah langit yang mendung, menahan tangisan yang tidak dapat diluahkan sambil merindui cinta yang sudah tiada. Pelangi Kelabu membawa simbolisme pelangi yang semakin pudar, seiring dengan kekecewaan yang merundung hati. Namun, seperti hujan yang reda dan pelangi yang akhirnya muncul semula, lagu ini memberi harapan bahawa walaupun kesedihan menghampiri, kebahagiaan akan kembali selepas badai mereda.

    Shiha Zikir berkongsi perasaannya tentang lagu ini dengan penuh rasa syukur. “Kali pertama saya mendengar demo lagu ini, saya begitu teruja kerana ia memiliki elemen menyentuh hati yang sangat sesuai dengan tema drama yang sedang trending. Proses rakamannya juga sangat lancar dan mengambil masa hanya 3 jam berkat kerjasama yang hebat dengan John Jeeves,” katanya.

    Bercerita lebih lanjut mengenai cabaran dalam menghasilkan lagu ini, Shiha menjelaskan, “Cabaran terbesar adalah untuk memasuki mood lagu ini dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Saya perlu meletakkan diri saya dalam setiap lirik dan membayangkan kesakitan yang digambarkan untuk menyampaikan lagu ini dengan lebih jujur. Saya berharap Pelangi Kelabu dapat memberi kesan mendalam kepada pendengar, dan mereka akan merasai bahawa mereka tidak bersendirian dalam melalui kekecewaan ini.”

    Dicipta oleh John Jeeves, Iqie Hugh, dan Omar K, lagu ini tercetus daripada gambaran tentang kesedihan yang mengaburkan kebahagiaan. Walaupun pelangi seharusnya berwarna-warni, dalam lagu ini, ia digambarkan sebagai pelangi kelabu, simbol bagi perasaan yang pudar dan suram. John Jeeves memuji kebolehan Shiha Zikir dalam menyampaikan ekspresi yang berbeza melalui nyanyian, mengatakan bahawa kerjasama mereka sangat memuaskan kerana Shiha datang ke studio dengan persediaan yang matang dan idea-idea kreatif yang bernas.

    Menurut John Jeeves, Pelangi Kelabu adalah lagu yang perlu didengar kerana gabungan lirik yang penuh perasaan, melodi yang menarik, serta penyampaian Shiha yang begitu asli dan menyentuh hati. “Kami berharap lagu ini akan memberi impak yang mendalam kepada pendengar dan membuka dimensi baru bagi Shiha Zikir dalam dunia seni. Penghayatan beliau sangat mengesankan, dan kami amat teruja untuk berkongsi karya ini dengan peminat muzik tanah air,” tambahnya.

    Pelangi Kelabu kini boleh didengari melalui platform penstriman digital seperti iTunes, Spotify, dan YouTube Music. Bagi peminat muzik, ini adalah peluang untuk menikmati karya baru yang penuh dengan emosi dan pengalaman yang boleh dirasai dalam setiap detik lagu.

    Untuk mendapatkan kemas kini terkini tentang projek-projek terkini dan perkembangan terbaru dari Alternate Records & Talents, anda boleh mengikuti mereka di media sosial melalui Facebook, Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_).