Blog

  • Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif

    Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif

    Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif Kini sudah dibuka untuk permohonan dan pendaftaran. Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah lontaran idea baru yang terhasil dari Fakulti Pendidikan UKM dengan usahasama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) dan Koperasi Pendidik Bangi Berhad (KPBB).

    PROGRAM DPLI UKM

    Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah. Demikian, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

    Fakulti Pendidikan di bawah kelolaan UKM SHAPE dan KPBB yang terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma. Mungkin ini peluang terakhir yang membolehkan anda untuk menjadi warga pendidik dengan kadar yuran berpatutan. Fakulti Pendidikan kini membuka tawaran kemasukan ke Program ini bagi kemasukan ambilan 2022.

    May be an image of text that says 'RE L JAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Eksekutiz CutiSekolah PENGAMBILAN KOHORT 2022 PENGAMBILAN PELAJAR DIBUKA SEKARANG! Kelayakan Ikhtisas Guru Pengiktirafan MQA Pensyarah Berpengalaman Semester Yuran Berpatutan (Ansuran) Kuliah Semasa Cuti Sekolah @ukmdiploma'

    PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN

    Untuk mendaftar dan membuat permohonan, selain dari pertanyaan dan mengetahui maklumat lanjut berkaitan program DPLI UKM Eksekutif ini, boleh terus menyertai “group telegram Intake 2022” [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info berkaitan peluang pendidikan dan program-program bantuan pendidikan untuk anda

     

  • Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad

    Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad

    Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad. Sarawak Plantation Berhad adalah salah satu perintis dalam industri kelapa sawit di Sarawak. Kumpulan ini memiliki beberapa ladang dan kilang yang berdekatan dengan jalan raya utama di Sarawak. Sarawak Plantation dengan ini menjemput semua warganegara Malaysia yang layak terutama kepada anak jati Sarawak untuk menyandang jawatan-jawatan di bawah. Antara Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad : 

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. General Manager (Plantation) / Senior Operation Manager
    2. Operation Manager
    3. Division-In-Charge
    4. Security Manager
    5. Account Officer
    6. Logistic In-Charge
    7. Field Supervisor
    8. Wire Technician
    9. Trainee Engineer (R&D)

    Lokasi Jawatan : Sarawak
    Nama Majikan : Sarawak Plantation Berhad
    Gaji : Tidak Dinyatakan
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : Tidak Dinyatakan

    SYARAT UTAMA LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI SARAWAK PLANTATION BERHAD

    Syarat utama lantikan bagi senarai Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN KHUSUS MENGIKUT JAWATAN

    Syarat lantikan untuk Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad ini memerlukan pemohon yang layak memohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    GENERAL MANAGER (PLANTATION) / SENIOR OPERATION MANAGER

    1. Diploma atau Ijazah dalam Pertanian, kelebihan jika mempunyai Sijil Pertubuhan Penanam Pertanian
    2. Berkebolehan bekerja di bawah tarikh akhir pelaporan yang ketat
    3. Memiliki kemahiran analisis, penyelesaian masalah dan kebolehan membuat keputusan
    4. Kemahiran interpersonal, penyeliaan dan bimbingan yang baik
    5. Pengalaman minimum 5 – 10 tahun dalam bidang pengurusan harta tanah

    OPERATION MANAGER

    1. Memiliki ijazah / diploma dalam Pengurusan Perladangan / Sains Pertanian atau dalam disiplin yang berkaitan
    2. Pengalaman kerja minimum 7 tahun dalam jawatan eksekutif atau pengurusan di ladang kelapa sawit
    3. Pengalaman mengurus ladang tanah gambut dan mineral akan menjadi kelebihan

    DIVISION IN-CHARGE

    1. Memiliki sekurang-kurangnya sijil dalam bidang pertanian / SAVTI atau diploma dalam Pengurusan Perladangan / Pertanian Sains atau apa-apa disiplin yang berkaitan.
    2. Mereka yang hanya mempunyai sijil SPM / STPM akan dipertimbangkan dengan minimum 3 tahun bekerja di lapangan pengalaman
    3. Mempunyai pengalaman mengendalikan bidang matang dan belum matang akan menjadi kelebihan tambahan

    SECURITY MANAGER

    1. Sijil / Diploma Pengurusan Keselamatan minimum atau yang setaraf dengan 10 tahun pengalaman dalam Pengurusan Keselamatan.
    2. Pesara Inspektor atau Leftenan (PDRM atau ATM) dengan pengalaman minimum 5 tahun di Tahap penyeliaan / pengurusan dalam industri Perladangan.
    3. Harus menjadi seorang yang berintegriti dengan kemahiran interpersonal dan kepemimpinan yang baik.

    ACCOUNT OFFICER

    1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Profesional dalam Kewangan / Perakaunan atau setaraf. Mereka yang mempunyai akreditasi profesional yang menyokong (mis. CPA atau ACCA) akan mempunyai kelebihan.
    2. Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang kuat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.
    3. Mahir dalam Aplikasi Microsoft Office seperti MS Word, MS Excel dan MS PowerPoint dan mahir dalam sistem perakaunan berkomputer.
    4. Memiliki kemahiran analitik yang kuat, integriti dan bermotivasi diri dengan kemampuan untuk bekerja secara bebas di dalam garis masa yang ditetapkan dan pemain pasukan yang kuat.

    LOGISTIC IN-CHARGE

    1. Memiliki sekurang-kurangnya SPM / STPM atau sijil dari SAVTI atau disiplin yang berkaitan.
    2. Memiliki lesen motosikal yang sah.

    FIELD SUPERVISOR

    1. Memiliki sekurang-kurangnya SPM / STPM atau sijil dari SAVTI atau mana-mana disiplin yang berkaitan.
    2. Memiliki lesen motosikal yang sah.
    3. Mempunyai pengalaman di kawasan belum matang atau kawasan pembangunan baru.

    WIRE TECHNICIAN

    1. Mempunyai pengalaman sebelumnya dengan mesin pendawaian dan kenderaan.
    2. Pengetahuan yang kuat mengenai sistem elektrik dan amalan pendawaian yang selamat.
    3. Sikap baik dan rajin bekerja.

    TRAINEE ENGINEER (R&D)

    1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan (Mekanikal / Mekatronik).
    2. Mempunyai pengalaman dalam menggunakan AutoCAD, SOLIDWORKS dan 3D-printer.
    3. Memiliki kemahiran analitik yang kuat, integriti dan bermotivasi diri dengan kemampuan untuk bekerja secara bebas dalam menetapkan garis masa dan pemain pasukan yang kuat.
    4. Lulusan baru digallakn untuk memohon.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad ini, Gaji dan imbuhan yang menarik akan ditawarkan kepada calon yang berjaya. Calon yang berminat boleh menulis surat permohonan rasmi untuk Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad atau menghantar e-mel kepada Sarawak Plantation Berhad dengan menyertakan resume lengkap yang menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji semasa dan sertakan sekali dengan gambar berukuran passport yang terkini dan hantarkan ke :

    HUMAN RESOURCE, LEGAL AND SECRETARIAL MANAGER,
    SARAWAK PLANTATION AGRICULTURE DEVELOPMENT SDN BHD,
    WISMA SPB LOT 1174, BLOCK 9, MCLD MIRI WATERFRONT, JALAN PERMAISURI,
    98000 MIRI, SARAWAK.

    Atau emelkan resume lengkap dan dokumen yang berkaitan anda ke hrd@spbgroup.com.my

    Untuk info lanjut boleh terus ke pautan rasmi berkaitan Jawatan Kosong Di Sarawak Plantation Berhad [Klik Disini]

    Sarawak Plantation kicks off FY21 on high note, pays five sen dividend | The Edge Markets

    Klik Disini untuk lebih info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Kosong Guru Matematik Tambahan Di MITTIS

    Jawatan Kosong Guru Matematik Tambahan Di MITTIS

    Jawatan Kosong Guru Matematik Tambahan Di MITTIS. Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (MITTIS) telah membuka peluang kerjaya kepada semua warganergara Malaysia yang layak utk menyandang jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Guru Matematik Tambahan (1 kekosongan)
    Lokasi Jawatan : MITTIS
    Nama Majikan : MITTIS
    Gaji : tidak dinyatakan
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 13 Oktober 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Guru Matematik Tambahan di MITTIS adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    4. Beragama Islam
    5. Mempunyai syahsiah yang baik
    6. Berminat menjadi guru
    7. Berdisiplin
    8. Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk merebut peluang Jawatan Kosong Guru Matematik Tambahan ini, pemohon boleh menghantar emel resume kepada mittissb@yahoo.com

    Permohonan haruslah dibuat sebelum 13 Oktober 2021. Tarikh temuduga adalah pada 18 Oktober 2021.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong Guru Matematik Tambahan di MITTIS ini boleh terus hubungi :

    • Ustazah Azian : 019-862 6700
    • Cik Athirah : 013-370 7443

    Atau terus ke portal rasmi MITTIS di [Klik Disini]

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  • Jawatan Kosong Di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

    Jawatan Kosong Di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

    Jawatan Kosong Di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 kini dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka beberapa peluang kerjaya di Yayasan Didik Negara (YDN) untuk warganegara Malaysia yang layak untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Ketua Pembantu Tadbir (1 kekosongan)
    2. Pembantu Tadbir ( 4 kekosongan)
    3. Pemandu (1 kekosongan)

    Lokasi Jawatan : Yayasan Didik Negara
    Nama Majikan : Kementerian Pendidikan Malaysia
    Gaji : (Rujuk info diabwah)
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI KPM

    Syarat utama bagi lantikan jawatan kosong di KPM yang dinyatakan diatas adalah seperti dibawah:

    Ketua Pembantu Tadbir :

    Taraf Jawatan : Kontrak /3 tahun
    Gaji Bulanan : RM 2,700.00
    Elaun (termasuk KWSP dan PERKESO) : RM 897.00

    1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 26 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan
    3. Bebas dari rekod jenayah
    4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan

    Keutamaan calon yang diberi pertimbangan adalah mempunyai sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman dan berkebolehan dalam mengetuai perlaksanaan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kakitangan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi.

    Pembantu Tadbir :

    Taraf Jawatan : Kontrak /3 tahun
    Gaji Bulanan : RM 2,100.00
    Elaun (termasuk KWSP dan PERKESO) : RM 808.85

    1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan
    3. Bebas dari rekod jenayah
    4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan

    Keutamaan calon yang diberi pertimbangan adalah mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dan berkebolehan dalam mengetuai perlaksanaan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kakitangan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi.

    Pemandu :

    Taraf Jawatan : Kontrak /3 tahun
    Gaji Bulanan : RM 1,600.00
    Elaun (termasuk KWSP dan PERKESO) : RM 635.15

    1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    2. Memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilain Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    3. lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (Kecuali lesen memandu dalam percubaan -P)
    4. Bebas dari rekod jenayah
    5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan

    Keutamaan calon yang diberi pertimbangan adalah berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

    CARA PERMOHONAN

    Untuk jawatan kosong di KPM ini, cara permohonan adalah seperti dibawah :

    1. Calon yang berminat untuk memohon perlu mengisi borang permohonan seperti di lampiran berserta dengan salinan resume yang terkini. [Klik Disini]
    2. Salinan Sijil Akademik tertinggi dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
    3. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan melaui pos/ serahan tangan atau emel kepada :

    Urusetia Yayasan Didik Negara,
    Kementerian Pendidikan Negara,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Aras 5, Blok E12, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
    (U.p : Unit bukan Guru, Cawangan Perkhidmatan)

    Emel : bpsm.ydn21@moe.gov.my

    PROSES PERLANTIKAN

    Untuk proses temuduga, hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga jawatan kosong di KPM. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarng panggilan ke temuduga dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan.

    Segala perbelanjaan menghadiri temuduga ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

    Keputusan temuduga bagi jawatan kosong di KPM ini hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan perlantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan perlantikan daripada Ketua Pegawai Eksekutif YDN

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong di KPM boleh diajukan kepada pegawai berikut :

    • Encik Mas Affendi Bin Masarudin : 03-8884 7751
    • Puan Rosmilisa Binti Isa : 01-8884 7897

    Klik Disini Untuk lagi info berkaitan jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

     

  • Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober

    Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober

    Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober, Perdana Menteri Malaysia Datuk Ismail Sabri melalui Sidang Media Khas Perdana Menteri pada 10 Oktober 2021 jam 3 petang mengumumkan pergerakan rentas negeri dibenarkan Bermula Isnin 11 Oktober 2021. Pergerakan hendaklah memerlukan beberapa syarat penting dan perlu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

    Jelas Datuk Ismail Sabri Yaakob,  keputusan tersebut diambil memandangkan Malaysia sudah mencapai 90%  kadar vaksinasi populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). “Alhamdulilah kadar vaksinasi lengkap orang dewasa menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencapai 90%. Walaubagaimanapun data terkini akan dikemasiki pada malam ini ”

    SYARAT UTAMA PERGERAKAN RENTAS NEGERI

    Namun beliau memaklumkan syarat utama kepada mereka yang ingin merentasi negeri 11 Oktober ini adalah mesti lengkap 2 dos vaksin. Ini bermakna inidvidu yang belum lengkap dua dos vaksin atau tidak mengambil vaksin tidak dibenarkan merentas negeri. Meskipun tiada SJR rentas negeri yang khusus bagi menyekat pergerakan, PDRM masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana-mana sahaja antaranya di kawasan R&R untuk mengesan kesalahan berkenaan.

    Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara akan terus dipakai selepas kebenaran pergerakan rentas negeri. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata SOP berkenaan akan turut terpakai untuk mengawal pergerakan mereka yang enggan menerima suntikan vaksinasi dengan mengawal kebebasan yang mereka ada untuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun mereka merentas negeri.

    KAWASAN PKPD TIDAK DIBENARKAN

    Selain berita kebenaran merentas negeri pada 11 Oktober ini, beliau juga memaklumkan bahawa kawasan PKPD tidak termasuk didalam kebenaran merentas negeri ini. Penduduk di dalam kawasan PKPD perlulah menunggu sehingga status PKPD dimansuhkan terlebih dahulu. SJR tetap diadakan di kawasan PKPD seperti biasa.

    AKTIVITI PERLANCONGAN DIBENARKAN

    Dengan pengumuman berkenaan, beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti perlancongan juga telah dibenarkan beroperasi dan dengan syarat menjaga SOP yang telah ditetapkan. Pihak berkuasa PDRM juga akan membuat semakan secara rambang untuk memeriksa Sijil Vaksinasi di aplikasi MySejahtera di mana-mana sahaja samada di premis atau pun di sekatan jalan raya.

    PERGERAKAN DARI LUAR NEGARA

    Bagi pergerakan dari luar negara pula, “My Travel Pass” telah pun tidak perlu lagi digunakan. Dengan ini pergerakan ke luar negara juga dibenarkan walaupun untuk tujuan perlancongan. Walaupun sebelum ini pergerakan ke luar negara yang menggunakan “My Travel Pass” adalah tujuan rasmi sahaja, dengan pengumuman terbaru ini, pergerakan ke luar negara untuk perlancongan adalah dibenarkan.

    Untuk kembali pulang ke tanah air, perlulah membuat ” Swab Test” 3 hari sebelum bergerak pulang. Apabila tiba di Malaysia pula, mereka yang pulang dari luar negara perlu membuat “Swab Test’ sebelum memulakan proses kuarantin kendiri di rumah.

    Untuk Video penuh pengumuman ini boleh terus ke pautan portal rasmi Astro Awani : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lebih informasi, semakan dan permohonan, juga jawatan kosong dan kerjaya di MyPermohonan.com