Blog

  • Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19

    Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19

    Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19. Melihat kepada pendekatan yang diambil negara seperti Singapura, United Kingdom serta beberapa negara lain yang lebih awal memulakan proses pemberian vaksin, mereka telah mula memberikan dos penggalak berdasarkan bukti-bukti saintifik. Pemberian dos penggalak serta dos tambahan juga adalah selari dengan saranan yang diberikan oleh Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE), WHO terutamanya kepada golongan yang mempunyai imuniti yang rendah dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Kumpulan barisan hadapan juga diutamakan.

    PELAKSANAAN VAKSIN PENGGALAK COVID-19

    Panel Pakar Perubatan KKM meneliti keberkesanan serta keselamatan dos penggalak daripada pelbagai sumber dan mendapati satu (1) dos penggalak (booster) mampu meningkatkan tahap imuniti terhadap COVID-19. Golongan yang diberikan keutamaan untuk menerima dos tambahan serta dos penggalak telah diperincikan di dalam Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 17/2021 bertarikh 17 Oktober 2021. Kini golongan tersebut sedang dalam fasa pemberian dos penggalak. Strategi KKM seterusnya adalah untuk meluaskan pemberian dos penggalak kepada golongan tersebut :

    • Individu berumur 18 tahun ke atas dengan komorbiditi
    • Individu yang berumur 40 tahun ke atas
    • Ibu mengandung
    • Petugas barisan hadapan (selain petugas kesihatan)

    Pemilihan vaksin bergantung kepada kelulusan regulatori dan kelulusan indikasi penggunaan oleh pakar perubatan merawat sama ada daripada jenis homologous atau heterologous dengan dos primer terakhir. Setakat ini hanya vaksin Comirnaty telah diberikan kelulusan sebagai dos penggalak secara homologous selepas tempoh 6 bulan menerima dos primer. Manakala vaksin-vaksin lain dalam proses semakan oleh panel pakar dan regulatori. Sehingga 11 November 2021, dianggarkan sebanyak 144.57 juta dos penggalak telah diberikan di peringkat global manakala sebanyak 825,497 dos telah diberikan di Malaysia.

    x5

    Untuk pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19, KKM akan terus memantau perkembangan COVID- 19 dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama akan meneruskan PICK dengan pemberian dos tambahan dan dos penggalak bagi memastikan Keluarga Malaysia menerima perlindungan yang optimum daripada COVID-19. Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM, segeralah mendaftar dan dapatkan vaksin COVID-19 agar anda dan keluarga dilindungi daripada virus merbahaya ini.

    Untuk info lanjut berkaitan Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19 boleh terus ke pautan rasmi [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi terkini dan kemaskini untuk anda

  • Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48/DG44 Di KPM

    Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48/DG44 Di KPM

    Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48/DG44 Di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) kini dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa semua Warganegara Malaysia yang layak untuk memohon jawatan seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48/DG44
    Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
    Nama Majikan : Kementerian Pendidikan Malaysia
    Gaji : (Rujuk Info dibawah)
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2021

    Bidang Jawatan :

    1. Pengurusan Dan Profesional (Pendidikan / Perkhidmatan Sosial)

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48/DG44 Di KPM adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG48/DG44

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Pegawai Perkihdmatan Pendidikan (pegawai KPM sahaja) yang telah disahkan dalam perkhidmatan, serta berada di gred DG41/DG44/ DG48/ DG52 sahaja
    2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan / Bachelor Pendidikan/ Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    3. Penilaian Prestasi (LNPT/ PBPPP) melebihi 85% bagi 3 tahun terkini
    4. Bebas tindakan tatatertib/ SPRM/ pinjaman tegar
    5. Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas pengurusan
    6. Diperakukan oleh ketua jabatan

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk membuat permohonan, pemohon boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut :

    1. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang BPsK/001/02B seperti di pautan [Klik Disini]
    2. Pemohonan hendaklah dikemukakan melaui ketua jabatan masing-masing yang disertakan dengan markah penilaian prestasi tahunan (LNPT/PBPPP) untuk 3 tahun terakhir
    3. Semua permohonan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan, salinan kad pengenalan dan salinan buku perkhidmatan kerajaan yagn terkini dan kemaskini
    4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendkalah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cmx22cm ke alamat berikut :

      Setiausaha Bahagian
      Bahagian Psikologi dan Kaunseling
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Aras 1, Blok E9, Kompleks E
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 Putrajaya
      (u.p Unit Khidmat Pengurusan)

    5. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan atau tidak dikemukakan melaui ketua jabatan adalah ditolak
    6. Semua permohonan di borang perlu diisi dengan jelas. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menerima makluman berkenaan urusan temuduga tersebut. Dengan itu, pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemohon tersebut tidak dapat dihubungi.
    7. Bagi urusan temuduga pula, Calon yang layak akan dipanggil temuduga selewat-lewatnya dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh tutup permohonan.

    Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48/DG44 Di KPM boleh terus ke pautan rasmi [Klik Disini]

    Klik Sini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Semakan BKM Bujang RM350

    Semakan BKM Bujang RM350

    Semakan BKM Bujang RM350. Dalam Bajet 2022, kerajaan melaksanakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu bantuan tunai bertujuan untuk meringankan kos sara hidup yang dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah. Untuk kategori bujang pula, kerajaan memperuntukkan Rm350 seorang jika mempunyai pendapatan RM2500 dan kebawah dalam sebulan.

    SYARAT BKM BUJANG

    Untuk penerima BKM Bujang, terdapat beberapa syarat utama iaitu :

    1. Berstatus bujang atau ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidakl mempunyai anak
    2. Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
    3. Mempunyai pendapatan sebanyak Rm2500 dan kebawah sebulan

    Masih belum ada maklumat terperinci untuk tarikh pembayaran bantuan ini. Makluman tarikh pembayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

    PERMOHONAN BKM BUJANG

    Data penerima untuk BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan mendapat GKP akan dimasukkan dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

    Pemohon perlu membuat permohonan baru BKM jika tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDN. Manakala untuk penerima sedia ada dan mempunyai perubahan maklumat, pemohon perlu membuat kemas kini maklumat dalam masa yang telah ditetapkan. Tarikh kemas kini BKM Bujang boleh dibuat bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia untuk Kategori Bujang boleh terus ke “soalan lazim pengguna mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)” di pautan berikut : [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi info berkaitan bantuan dan semakan permohonan untuk anda

  • Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu

    Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu

    Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu masih dibuka dan masih menerima permohonan dari pemohon yang ingin mendirikan rumah sendiri terutama bagi penduduk Negeri Terengganu.

    PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

    Untuk permohonan rumah mampu milik ini, ia mempunyai 3 jenis pakej dan terbuka kepada rakyat Negeri Terengganu. 3 pakej yang terbuka kepada semua penduduk tetap Terengganu adalah :

    1. RMM JENIS A
    2. RMM JENIS B
    3. Skim pembiayaan perumahan Terengganu (i-Rahman)

    SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

    Untuk memohon, pemohon perlu menepati syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan :

    JENIS A

    1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

    2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

    3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

    4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

    5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

    6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:

    • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
    • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.

    7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

    8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

    9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

    JENIS B

    1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

    2. 21 tahun keatas

    3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.

    4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

    5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

    6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.

    7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.

    8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

    i-RAHMAN

    1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);

    2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;

    3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;

    4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00

    5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut

    6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;

    7. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan

    8. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

    CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

    Permohonan dan pendaftaran boleh dibuat di portal rasmi E-perumahan Terengganu [Klik Disini]

    Untuk Maklumat Lanjut berkenaan permohonan rumah mampu milik Negeri Terengganu boleh terus hubungi :

    Alamat :
    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
    (BAHAGIAN PERUMAHAN)
    TINGKAT BAWAH NO.28,
    PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
    20000 KUALA TERENGGANU.
     Telefon :
    + 09-626 7999
    + 09-631 7999
     E-mel : perumahan@terengganu.gov.my
    Klik Disini untuk lebih info permohonan dan semakan untuk anda
  • Bajet 2022-Bantuan Awal Persekolahan Rm150

    Bajet 2022-Bantuan Awal Persekolahan Rm150

    Bajet 2022-Bantuan Awal Persekolahan Rm150. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

    BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

    Bantuan ini adalah  secara ‘One-off’ kepada ibu bapa murid atau pelajar yang layak untuk mendapatkan BAP ini. Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid. Pembayaran akan dibuat pada awal tahun 2022 melalui :

    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

    KELAYAKAN MENDAPATKAN BAP

    Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

    • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
    • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
    • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

    bantuan awal persekolahan 2022

    PERMOHONAN BAP 2022

    Untuk membuat permohonan Bantuan Awal Persekolah bagi tahun 2022 ini, ibu bapa atau penjaga boleh memuat turun borang permohonan melalui pautan dibawah :

    Borang PB1 : [Klik Disini]

    Borang PB2 : [Klik Disini]

    Selain itu juga, ibu bapa atau penjaga perlu melampirkan sekali beberapa dokumen bersama borang permohonan di atas :

    1. Salinan Sijil lahir anak

    2. Kad pengenalan ibu bapa

    3. Bukti pendapatan ( salinan slip gaji) .

    4. Sekiranya tiada slip gaji perlu isi borang Pengesahan Pendapatan.( PB2)

    *Semua salinan dokumen perlu disahkan salah seorang* :

    • Pegawai kerajaan kumpulan A ( Pengurusan dan Profesional)
    • Pengerusi JKKK
    • Penyelia Pembangunan Mukim
    • Penghulu
    • Penggawa
    • Ketua Kampung

    Setiap permohonan lengkap boleh dikembalikan kepada pihak sekolah.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2022 boleh terus ke pautan portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info berkaitan bantuan dan permohonan untuk anda