Blog

  • NEET Empowerment 2.0, Semakan Dan Permohonan

    NEET Empowerment 2.0, Semakan Dan Permohonan

    NEET Empowerment 2.0. adalah suatu koloborasi antara University Antarabangsa UNITAR ( Universiti Tun Abdul Razak ) dan PERKESO ( Pertubuhan Keselamatan Sosial ) dalam membantu warganegara Malaysia dalam memulakan langkah pertama di dalam dunia pekerjaan.

    NEET EMPOWERMENT 2.0

    Dengan lebih 1,000 peluang pekerjaan dan peluang kerjaya untuk yang layak memohon di syarikat-syarikat terkenal Malaysia beserta latihan selama 5 hari untuk mempersiapkan diri pemohon dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Dengan koloborasi strategik antara UNITAR dan PERKESO, inisiatif NEET Empowerment akan mendapat sambutan baik dari pemohon yang belum bekerja atau masih mencari pekerjaan. Antara program yang ditawarkan didalam NEET Empowerment 2.0 secara PERCUMA adalah :

    1. Program Profesional dalam Operasi Pejabat Hadapan (Front Office)
    2. Program Profesional dalam Analisis Microsoft Excel
    3. Program Profesional dalam Pemasaran untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana
    4. Porgram Profesional dalam Perkhidmatan Pelanggan
    5. Program Profesional dalam Jualan Dan Pemasaran

     

    SYARAT-SYARAT  PERMOHONAN

    Untuk membuat permohonan, anda haruslah mematuhi syarat-syarat yang diberikan. Antara syarat utama dalam permohonan dalam program NEET Empowerment 2.0 koloborasi antara UNITAR dan PERKESO adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur dari 18 hingga 60 tahun
    3. Pemohon adalah pekerja yang diberhentikan kerja di sektor Swasta dan mencarum di Skim Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)

    CARA PERMOHONAN

    Untuk permohonan, pemohon yang menepati syarat-syarat yang diberikan boleh membuat permohonan secara atas talian di pautan rasmi UNITAR [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lebih peluang kerjaya dan jawatan kosong lain untuk anda

  • BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang!

    BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang!

    BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang! Jika BKC anda sebelum ini berstatus gagal kredit kerana beberapa perkara dan isu, anda boleh membuat semakan semula dan membuat kemas kini bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021 untuk menerima proses bayaran BKC fasa seterusnya. Begitu juga bagi wakil penerima BKC, anda boleh mengemas kini maklumat penerima BKC bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021. Pengguna perlu membuat pendaftaran sama seperti BPN ,BPR untuk login atau log masuk ke system My BKC.

    KEMAS KINI MAKLUMAT MyBKC

    Cara Pendaftaran MyBKC

    1. Untuk log masuk kali pertama My BKC, anda perlu mendaftar MyBKC terlebih dahulu seperti berikut:
    2. Klik Log Masuk / Semakan Status
    3. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
    4. Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
    5. Klik Daftar Akaun
    6. Maklumat Keselamatan. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
    7. Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
    8. Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
    9. Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
    10. Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
    11. Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
    12. Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
    13. Jawab 5 Soalan yang disediakan
    14. Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
    15. Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
    16. Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
    17. Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
    18. Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
    19. Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
    20. Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
    21. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status

    Cara Login MyBKC

    1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
    2. Masukkan Nombor MyKad
    3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
    4. Masukkan Kata Laluan
    5. Maklumat yang akan dipaparkan
    6. Status Permohonan
    7. Amaun Keseluruhan Diterima
    8. Maklumat Pembayaran
    9. Paparan Borang

    Cara Kemas Kini Maklumat MyBKC

    Untuk kemas kini maklumat MyBkC anda, kini boleh membuat kemaskini makluamt akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan bayaran fasa seterusnya.

    Cara Kemas Kini Maklumat MyBKC (Wakil)

    Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu.
    1. Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
    2. Tekan butang Log Masuk
    3. Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
    4. Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

    Untuk membuat pengemaskinian MyBKC, boleh terus ke laman sesawang rasmi MyBKC di [Klik Disini]

    BKC Fasa 2: Semakan, Tarikh & Baki Bayaran (Miskin Tegar, B40, M40)

    Klik Disini untuk lagi Info semakan dan permohonan untuk anda

  • Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan

    Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan

    Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan. Untuk pengetahuan anda, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakata (JKM) terdapat satu perkhidmatan bantuan yang boleh diberikan kepada pemohon yang layak. Bantuan yang dimaksudkan itu adalah Bantuan Latihan Perantis. Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Jumlah bagi bantuan yang disediakan adalah sebanyak RM200 sebulan untuk seorang pemohon.

    SYARAT MEMOHON BANTUAN RM200 JKM

    Untuk memohon, pemohon haruslah menepati syarat-syarat yang diberikan :

    1. Mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
    3. Kes-kes Seliaan Akhlak; atau
    4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
    5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
    • Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan

    CARA PERMOHONAN

    Untuk memohon, anda perlu lengkapkan borang permohonan dan hantar ke pajabat JKM yang berhampiran. Untuk memudahkan urusan pentabiran, anda diminta untuk membawa sekali dokumen sokongan seperti berikut:

    • Salinan Kad pengenalan pemohon
    • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal Bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal Bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada) dan;
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan

    Borang Permohonan

    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan : [Klik Disini]
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan : [Klik Disini]

    Bantuan bulanan JKM akan dinaikkan kepada RM 1000 — MYKMU.NET

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan RM200 dari JKM boleh terus ke pautan portal rasmi : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi maklumat bantuan dan permohonan untuk anda

  • Jawatan Kosong Pelatih Pengurusan Di YPPB

    Jawatan Kosong Pelatih Pengurusan Di YPPB

    Jawatan Kosong Pelatih Pengurusan Di YPPB (Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera) kini dibuka. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri memberi tumpuan kepada pengukuhan pembinaan keupayaan ke arah bakat Bumiputera yang mampan. Antara objektif Yayasan Peneraju adalah meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi program pembiayaan akademik, pensijilan TVET, profesional & spesialis. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera kini membuka peluang kerjaya kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pelatih Pengurusan Di YPPB
    Lokasi Jawatan : Pahang
    Nama Majikan :Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
    Gaji : Tidak Dinyatakan
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2021

    Bidang Jawatan :

    1. Pengurusan Program & Penyampaian Perkhidmatan (PSDM)

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Pelatih Pengurusan Di YPPB adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN PELATIH PENGURUSAN DI YPPD

    • Pelajar lulusan baru atau akhir tahun yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 3.00.
    • Kemahiran menggunakan Microsoft Office (Excel, PowerPoint & Word) atau perisian lain yang berkaitan untuk menyelesaikan tugas yang diperlukan.
    • Penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, lisan dan tulisan.
    • Mampu bekerja secara bebas dan bijak
    • Rajin, perhatian terhadap perincian dan kemampuan untuk melaksanakan tugas dengan pengawasan minimum.
    • Sikap dan pemikiran yang positif.

    DISKRIPSI TUGAS

    Diskripsi tugas jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

    1. Pengesahan invois dan memastikan semua penyampaian lengkap dan tepat untuk tujuan pembayaran.
    2. Menjejaki penyerahan invois yang perlu dibayar oleh vendor berdasarkan tonggak pembayaran.
    3. Menguruskan surat-menyurat terutama yang berkaitan dengan tuntutan invois.
    4. Siapkan laporan akruan dan peruntukan setiap bulan / suku tahunan, dihasilkan dari PRISM untuk diserahkan kepada Kewangan.
    5. Menguruskan pemfailan dokumentasi dan menghasilkan laporan.
    6. Mengadakan taklimat / kursus penyegaran mengenai perubahan baru panduan / SOP / polisi dalam PSDM semasa perjumpaan bulanan.
    7. Untuk melaksanakan sebarang tugas ad-hoc apabila diperlukan.

    Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)

    PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Pelatih Pengurusan Di YPPB, anda haruslah menghantar cover letter dan resume ke : careers@yayasanpeneraju.com.my.

    Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

    Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Pelatih Pengurusan Di Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera [Klik Disini]

    Talian am: +603-2727 9000
    Emel: info@yayasanpeneraju.com.my

    Klik Disini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik – Tarikh Tutup 31 Oktober

    Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik – Tarikh Tutup 31 Oktober

    Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik. MySPR SPPA, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan kuasa kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mendaftar sebagai pemilih dalam Pilihan Raya yang akan datang. Bagi memudahkan proses tersebut, pendaftaran secara automatik akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Oleh itu, seramai 5.8 juta rakyat yang berkelayakan untuk menjadi pemilih secara automatik boleh melakukan semakan di MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik bermula 1 hingga 31 Oktober 2021

    Kini, pengundi yang berumur 18 tahun dan ke atas sudah layak untuk mengundi di kawasan masing-masing sekiranya terdapat pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Sebelum ini, had mendaftar untuk menjadi seorang pengundi adalah bagi mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas. Langkah ini dapat membantu negara dalam melibatkan lebih ramai golongan muda untuk menentukan halatuju negara melalui proses demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

    SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK

    Berikut dikongsikan maklumat berkaitan MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik sebagai panduan untuk anda melihat cara semakan dan informasi lain yang berkenaan. Menurut Facebook rasmi SPR, berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan berkenaan sistem semakan pra pendaftaran pemilih automatik:

    kenyataan media pra pendaftaran pemilih automatik

    kenyataan media pra pendafataran pemilih automatik

    TARIKH SEMAKAN SPPA

    Sebagai warganegara Malaysia, sekiranya anda sudah berumur 18 tahun dan ke atas, anda boleh membuat semakan pra pendaftaran autonatik yang dilakukan oleh SPR pada tempoh:

    Tarikh Buka Semakan: 1 Oktober 2021

    Tarikh Tutup Semakan : 31 Oktober 2021

    CARA MEMBUAT SEMAKAN SPPA

    Secara Online

    1. Sila layari Laman Rasmi : [Klik Disini]
    2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda sempang atau jarak
    3. Isi kod captcha yang diberikan
    4. Klik semak
    5. Sekiranya anda menerima mesej berikut :
      a) Anda belum cukup 18 tahun dan tidak terlibat di dalam urusa pra pendaftaran automatik – Anda belum mencapai umur yang dibenarkan
      b) Anda adalah pemilih berdaftar dan tidak terlibat dalam urusn pra-pendaftaran automatik. SEMAK MAKLUMAT ANDA DISINI – Anda telah mendaftar sebagai pemilih
      c) Anda sudah memohon menjadi pemilih. Maklumat anda sedang diproses dan tidak terlibat dalam pra-pendaftaran Automatik – Anda telah memohon sebagai pemilih
      d) Sila hubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri-(di talian)- untuk membuat pengesahan rekod atau anda membuat ADUAN- Sila hubungi Pejabat Pilihan Raya yang dipaparkan
      e) No. Kad Pengenalan anda tidak dijumpai. Pastikan no. kad pengenalan yang dimasukkan adalah betul atau anda boleh membuat ADUAN- Maklumat anda tiada dalam rekod SPR

    Cara Membuat Pengesahan Maklumat

    Setelah semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik anda berjaya, klik SEMAK MAKLUMAT DI SINI, rekod maklumat anda akan dipaparkan. Ikuti langkah seterusnya iaitu:

    1. Skrol sehingga bahagian pengesahan maklumat
    2. Jawab soalan yang dipaparkan sama ada Ya atau Tidak
    3. Masukkan no. telefon yang sah serta emel jika ada. Jika tiada emel, ikuti langkah seterusnya
    4. Klik Hantar dan mesej pengesahan akan dipaparkan
    5. Klik butang OK, sistem akan paparkan maklumat Tarikh Pengesahan Terakhir, No. Telefon dan emel.

    Cara Membuat Aduan

    Sekiranya anda mendapat mesej yang memberikan arahan untuk membuat aduan, sila ikuti langkah di bawah:

    1. Skrin aduan pengesahan maklumat akan dipaparkan
    2. Sila lengkapkan maklumat seperti Nama penuh anda, Alamat seperti dalam MyKad, Negeri, Bandar, Poskod, Emel, No. Telefon dan Aduan anda
    3. Klik Hantar dan buat pengesahan No. Tiket aduan akan dipaparkan dan simpan untuk semakan status aduan
    4. Aduan boleh dicetak atau dikirim ke alamat emel yang telah anda daftarkan

    Secara Manual

    Anda boleh hadirkan diri ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara (dikongsikan di bawah)

    Imbas QR kod Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan Senarai lokasi SPPA adalah seperti berikut:

    senarai tempat semakan sppa myspr

    Untuk Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik, Anda dikehendaki untuk menyemak dan mengesahkan maklumat masing-masing dan membuat aduan kepada SPR jika terdapat sebarang masalah. Jika alamat yang dipaparkan adalah alamat lama atau tidak lagi didiami, sila alamat kad pengenalan anda di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik, boleh terus hubungi Suruhanjaya Pilihan Raya :

    No telefon : 03-8892 7018

    Facebook rasmi SPR : [Klik Disini]

    Portal Rasmi SPR : [Klik Disini]

    Manual Pengguna Sistem SPPA : [Klik Disini]

    Hari mengundi PRK Port Dickson bermula - Semasa | mStar

    Klik Disini untuk bnyak lagi info dan maklumat terkini untuk anda