Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif

Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif Kini sudah dibuka untuk permohonan dan pendaftaran. Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah lontaran idea baru yang terhasil dari Fakulti Pendidikan UKM dengan usahasama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) dan Koperasi Pendidik Bangi Berhad (KPBB).

PROGRAM DPLI UKM

Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah. Demikian, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

Fakulti Pendidikan di bawah kelolaan UKM SHAPE dan KPBB yang terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma. Mungkin ini peluang terakhir yang membolehkan anda untuk menjadi warga pendidik dengan kadar yuran berpatutan. Fakulti Pendidikan kini membuka tawaran kemasukan ke Program ini bagi kemasukan ambilan 2022.

May be an image of text that says 'RE L JAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Eksekutiz CutiSekolah PENGAMBILAN KOHORT 2022 PENGAMBILAN PELAJAR DIBUKA SEKARANG! Kelayakan Ikhtisas Guru Pengiktirafan MQA Pensyarah Berpengalaman Semester Yuran Berpatutan (Ansuran) Kuliah Semasa Cuti Sekolah @ukmdiploma'

PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN

Untuk mendaftar dan membuat permohonan, selain dari pertanyaan dan mengetahui maklumat lanjut berkaitan program DPLI UKM Eksekutif ini, boleh terus menyertai “group telegram Intake 2022” [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi info berkaitan peluang pendidikan dan program-program bantuan pendidikan untuk anda

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment