Blog

  • Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf

    Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf

    Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf. Senarai jawatan kosong di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd telah pun dibuka untuk permohonan. Jawatan-jawatan yang tersenarai adalah terbuka kepada semua warganegara malaysia yang layak untuk membuat permohonan.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pembantu Pengeluaran
    2. Sales Executive
    3. Eksekutif Jualan Iklan (Sinar Harian)
    4. Pereka Grafik
    5. Wartawan Akhbar

    Lokasi Jawatan : Pelbagai Negeri
    Nama Majikan : Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
    Gaji : (Rujuk Info Dibawah)
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : Penghujung 2021

    JAWATAN KOSONG DI KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

    Kumpulan Media Karangkraf adalah penerbit, pencetak dan pengedar majalah, akhbar dan novel yang terbesar di Malaysia dan telah beroperasi di Malaysia sejak lebih dari 30 tahun lalu. Ia juga menerbit Al-Quran, Sinar Harian, hampir 30 majalah dan buku-buku dalam pelbagai kategori. Selain itu, Kumpulan Media Karangkraf merupakan salah sebuah pencetak komersial yang terbesar dan mempunyai mesin-mesin percetakan dan penjilidan yang tercanggih di Malaysia. Info Terkini Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf adalah seperti dibawah :

    SYARAT LANTIKAN DAN BIDANG TUGASAN

    Untuk Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf ini, Disenaraikan dibawah adalah bidang tugasan, kelayakan utama dan juga lokasi jawatan berkenaan :

    Pembantu Pengeluaran

    Bidang Tugasan:

    • Membantu Operator menjalankan mesin percetakan / penjilidan
    • Memasang plet, menukar blanket dan melaksanakan proses penyediaan percetakan / penjilidan
    • Menentukan segala bahan mentah sebelum proses percetakan disediakan secukupnya
    • Membantu operator dalam membuat penyelenggaraan yang asas.

    Kelayakan:

    • Pengalaman tidak diperlukan. Latihan dan tunjuk ajar akan diberikan.
    • Kelulusan minima SPM atau SKM yang berkaitan. Pemegang Diploma juga adalah dialu-alukan.
    • Sanggup bekerja mengikut syif, melakukan kerja lebih masa dan mampu bekerja di bawah seliaan yang minimum.

    Lokasi : Shah Alam

    Wartawan Akhbar

    Bidang Tugasan :

    • Boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia.
    • Menghasilkan penulisan berita yang kreatif, tepat, dan in depth.
    • Boleh menghasilkan berita untuk “print” & digital
    • Boleh menghasilkan MOJO yang menarik.

    Kelayakan:

    • Mempunyai bakat visual yang baik dalam menulis berita.
    • Mempunyai bakat visual yang baik dalam menulis berita.
    • Berupaya bekerja di bawah tekanan waktu, dan sentiasa menepati ‘deadline’ .
    • Sanggup bekerja di luar waktu pejabat, termasuk hari-hari cuti umum.
    • Wajib mempunyai lesen memandu.
    • Ada Diploma / Degree dalam Mass Comm, Media atau berkaitan.
    • 1-2  tahun pengalaman dalam penulisan akhbar.

    Lokasi : Shah Alam

    Sales Executive

    Bidang Tugasan :

    • Bertanggungjawab dalam meningkatkan jumlah jualan serta kutipan jualan tahunan seperti yang dirancang.
    • Menetapkan pelantikan dan memperkenalkan perkhidmatan & produk (Karangkraf Medicare Sdn Bhd) yang syarikat ada kepada prospek.
    • Bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada prospek.
    • Untuk sentiasa mengekalkan hubungan yang sihat dengan prospek.
    • Sentiasa mengambil keutamaan dalam memastikan barangan siap adalah permintaan pelanggan.
    • Untuk menyuarakan sebarang komen atau cadangan oleh pelanggan kepada syarikat untuk analisis atau tindakan selanjutnya.
    • Bertanggungjawab dalam mendapatkan jualan daripada pelanggan baharu atau sedia ada.
    • Bertanggungjawab dalam mengutip bayaran daripada pelanggan:
    • Untuk memastikan pelanggan membuat pembayaran tepat pada masanya.
    • Bertanggungjawab sepenuhnya dalam kontrak untuk memastikan pembayaran dibuat. 
    • Bekerjasama dengan semua jabatan dan anak syarikat.

    Lokasi : Shah Alam

    Eksekutif Jualan Iklan (Sinar Harian)

    Bidang Tugasan :

    • Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf ini bertanggungjawab dalam menjual pakej pengiklanan kepada pelanggan merentasi semua media yang boleh dijual seperti cetakan. Digital, media sosial, acara.
    • Untuk mencapai KPI yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dan memastikan keseimbangan kepentingan antara pelanggan dan syarikat.
    • Untuk memahami sepenuhnya industri yang ditugaskan oleh eksekutif pengiklanan juga dari segi: Pemain pasaran dalam industri, Pertumbuhan potensi industri, Kejatuhan industri dan kelemahan.
    • Untuk memahami sepenuhnya produk yang diwakili. Oleh itu akan memerlukan: Tahap pengetahuan produk yang tinggi, Kajian pesaing, Rancangan masa depan produk
    • Untuk mencari pelanggan melalui semua medium yang ada seperti rangkaian acara, surat khabar, direktori perniagaan, majalah, TV, radio dan lain-lain.
    • Menyediakan cadangan kepada pelanggan berpotensi dan sedia ada. Cadangan untuk terdiri daripada kempen yang kreatif dan mantap merangkumi media cetak, digital, media sosial dan acara untuk memastikan mesej pelanggan dapat dicapai dengan pendedahan maksimum.
    • Tetapkan janji temu dengan prospek / pelanggan dan hadir untuk meyakinkan pelanggan untuk menandatangani pakej pengiklanan.
    • Untuk memastikan semua transaksi jualan dan kertas kerja dilakukan mengikut prosedur dan tepat pada masanya (pastikan mengikut SOP syarikat): Kontrak, Invois / penyata akaun, Koleksi
    • Memastikan konsep dan reka bentuk pengiklanan untuk pelanggan adalah mengikut spesifikasi dalaman dan memenuhi kehendak pelanggan.
    • Memantau dengan teliti bahan pengiklanan yang diterima tepat pada masanya dan berhubung dengan unit yang berkaitan seperti Pasukan Grafik, Pasukan Komersial, Pasukan Digital dan Pasukan Editorial.
    • Pastikan semua penghantaran pengiklanan dilaksanakan dengan sewajarnya.
    • Minimumkan pembatalan iklan daripada pelanggan dengan sentiasa berkomunikasi dengan mereka.
    • Mengambil bahagian secara aktif dalam semua aktiviti dan acara yang diadakan oleh syarikat.

    Kelayakan:

    • Diploma / Ijazah Pemasaran / Jualan / Perniagaan atau dalam bidang berkaitan. Pengalaman: 1-2 tahun dalam bidang berkaitan.
    • Ilmu: Boleh bertutur dengan lancar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu / Kreatif dalam menyusun pakej jualan.
    • Personaliti: Bersedia untuk belajar, Berdikari, Perhatian terhadap butiran, bersedia untuk mengembara.

    Lokasi : Shah Alam

    Pereka Grafik

    Bidang Tugasan :

    • Mengimplementasi idea & konsep buku menerusi rekaletak dan penghasilan / penggunaan gambar dan grafik yang bersesuaian.
    • Merancang aliran kerja agar dapat menepati tarikh sasaran kerja atau deadline.
    •  Berusaha untuk mengekal dan mempertingkatkan mutu dalam rekabentuk untuk setiap tugas yang diberikan.
    • Minima Diploma dalam bidang Rekabentuk Grafik atau yang berkaitan. Mempunyai kreativiti yang tinggi dan latar belakang rekaletak majalah / buku / iklan.
    • Berpengalaman dalam perisian Photoshop, Illustrator dan QuarkXpress. Kemahiran menggunakan perisian In Design akan diberi keutamaan.
    • Mampu mengurus diri dan tugasan bagi mencapai deadline.
    • Berpengetahuan dalam proses repro dan proses percetakan.

    Lokasi : Shah Alam

    Kerjaya @ Karangkraf

    PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

    Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf, anda boleh layarai portal rasmi Kumpulan Media Karangkraf di [Klik Disini]

    Untuk Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf, Anda perlu mendaftar dan log masuk untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Di Kumpulan Media Karangkraf.

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di PERDA

    Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di PERDA

    Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di PERDA. PERDA adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, telah membuka permohonan jawatan kosong & kerjaya tetap, terbuka kepada semua warganegara Malaysia terutama anak jati Negeri Pulau Pinang.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pembantu Tadbir Gred N19
    Lokasi Jawatan : Pulau Pinang
    Nama Majikan : Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
    Gaji : Minima RM1,352 dan Maksima RM4,003
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Jawatan : Tetap
    Tarikh Tutup Permohonan : 15 November 2021

    Bidang Jawatan :

    1. PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 Di PERDA adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN PEMBANTU TADBIR GRED N19 DI PERDA

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    May be an image of text that says 'PERDA JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG Sukacita bersama-sama ini disertakan iklan kekosongan jawatan tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Jawatan Gred Taraf Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N Kekosongan Tetap 1 Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 November 2021 Semua permohonan per udibuat 'online' di web www. terus laman Sistem Perjawatan Ûaa ng berikut http://erecruit.perda.gov.my Merealisasikan Harapan Rakyat 604-3141-100 www.perda.gov.my officialperda'

    PERMOHONAN JAWATAN

    Permohonan boleh dibuat secara atas talian sahaja melalui laman web Sistem Penjawatan Perda [Klik Disini]

    Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK jika :

    1) Permohonan tidak dibuat secara ‘online’;
    2) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
    3) Permohonan tidak lengkap

    Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

    Untuk Maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan jawatan kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di PERDA boleh terus ke portal rasmi PERDA [Klik Disini]

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Bajet 2022 – Bantuan E-Wallet Untuk Belia

    Bajet 2022 – Bantuan E-Wallet Untuk Belia

    Bajet 2022 – Bantuan E-Wallet Untuk Belia. Bantuan Ewallet RM150 Untuk Belia Melalui Program E-Start telah diperkenalkan di perbentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program itu akan memanfaatkan lebih 2 juta belia dengan peruntukan bernilai RM300 juta.

    BELIA berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi bakal menerima kredit RM150 secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.

    estart belia

    BANTUAN E-WALLET UNTUK BELIA

    e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

    CARA PERMOHONAN

    Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan program e-start dan juga perbentangan bajet 2022 yang lain, boleh terus ke pautan rasmi Bajet 2022 di [Klik Disini]

    KLIK DISINI untuk info lain berkaitan bantuan dan permohonan untuk anda.

    Bajet 2022: Warna pic lembut jadi pilihan Tengku Zafrul - Kosmo Digital

  • Bajet 2022 – Bantuan Keluarga Malaysia

    Bajet 2022 – Bantuan Keluarga Malaysia

    Bajet 2022 – Bantuan Keluarga Malaysia. Dalam pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia 2022 ini lebih fokus kepada beberapa kategori dan kumpulan sasar yang layak sehingga bantuan berjumlah RM2,500.

    Jumlah pembayaran bantuan ini telah dinaikkan dimana sebelum ini berjumlah RM1,800 yang dilaksanakan pada Bantuan Prihatin Rakyat sebelum ini.

    BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

    Dalam pembentangan Belanjawan 2022, jumlah bantuan yang akan diagihakn adalah berdasarkan kepada tiga kategori seperti berikut:

    1. RM2,000 untuk isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan berjumlah RM2,500 ke bawah sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit.
    2. RM500 untuk ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan mempunyai pendapatan bulanan hingga RM5,000.
    3. Bantuan tambahan berjumlah RM300 diberikan kepada isi rumah warga emas.

    BANTUAN KATEGORI BUJANG

    Selepas pembentangan Bajet 2022, ramai individu ingin tahu pelaksanaan pemberian bantuan untuk kategori bujang disebabkan tidak diumumkan untuk bantuan kategori bujang dalam pembentangan semalam.

    Oleh itu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz memberi kenyataan terhadap pertanyaan tersebut dalam akaun rasmi beliau di platform Facebook.

    Rujuk Post Dibawah :

    CARA PERMOHONAN

    Kaedah untuk memohon BKM 2022 tidak diumumkan secara teliti lagi oleh pihak kerajaan dan dijangka akan dimaklumkan pada awal tahun 2022. Seperti sebelum ini, hampir kesemua bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah berdasarkan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

    TARIKH BAYARAN

    Tarikh pembayaran bantuan untuk BKM 2022 akan diumumkan setelah semua pemohon iaitu individu atau keluarga yang layak dapat dikenal pasti dan diperoleh data mereka.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Bajet 2022 serta info berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia boleh terus layari portal rasmi Kemeterian Kewangan di [Klik Disini]

    KLIK DISINI untuk lagi info bantuan dan permohonan untuk anda

  • EMS Industrial Competency Program UTM

    EMS Industrial Competency Program UTM

    EMS Industrial Competency Program UTM iaitu Program Kompetensi Industri EMS anjuran UTM Career Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  kini dibuka untuk permohonan untuk kemasukan kedua (Batch2).

    EMS INDUSTRIAL COMPETENCY PROGRAM UTM

    Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan graduan terhadap keperluan pekerjaan khusus dalam industri pembuatan elektronik. Selain itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah graduan untuk kebolehsuaian dalam persekitaran kerja industri mengatasi cabaran dengan norma baharu semasa pandemik. 

    Program ini juga adalah untuk meningkatkan kecekapan graduan terhadap keperluan pekerjaan khusus dalam industri elektronik dan pembuatan. Ia juga meningkatkan Kemahiran insaniah graduan untuk kebolehsuaian dalam persekitaran kerja industri pembuatan elektronik.

    FAEDAH PROGRAM

    Antara faedah dan kemudahan yang disediakan dari progam ini adalah kursus yang berlangsung selama 12 hari dan juga 18 hari latihan kerja. Dengan elaun dan penginapan yang disediakan untuk peserta. Setelah selesai calon akan dilantik sebagai jurutera pelatih selama 6 bulan dengan gaji sebanyak RM2,500. Selepas 6 bulan, jurutera pelatih yang berjaya akan dinaikkan pangkat ke jurutera dengan gaji yang lebih tinggi dan juga faedah-faedah lain.

    May be an image of text that says 'penjana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara UTM MALAYSIA v.S. CP EMS INDUSTRY COMPETENCY PROGRAM V.S Industry & UTM Centre of Academic Experiential Learning APPRENTICE & UPSKILLING PROGRAM Benefits: OPEN FOR GRADUATE STUDENTS OF BACHELOR'S DEGREE: MECHANICAL ENGINEERING ELECTRICAL ENGINEERING MECHATRONICS ENGINEERING SALARY- 2,500.00 50PARTICIPANTS LOCATION UTM JOHOR BAHRU Allowance Accommodation 12 Days course 18 Days job training Appointed as trainee engineer for months RM2500 salary After months, successful trainee engineers will be promoted to Engineer with salary higher than RM2500 and other benefit REGISTER HERE DEADLINE OCTODER 30 OCTOBER 2021 f utmileague utmileague@utm.my https://ileague.utm.my 013-8795897/011-61302785'

    TENTATIF EMS INDUSTRIAL COMPETENCY PROGRAM UTM

    Disertakan kepada pemohon tentatif program ini untuk kemudahan pemohon bersedia lebih awal :

    31 Okt 2021 & 1 Nov 2021
    Pendaftaran di Scholar's Inn UTM
    
    1 Nov 2021
    Rehat dan persediaan diri
    
    2 Nov 2021 (Seminar Dewan SKM)
    - Taklimat kursus
    - Pengenalan kursus dan pengenalan daripada VS Industry
    - Kecekapan Kerja dalam Industri Sistem Mekanikal Elektrik
    
    3 Nov 2021 (Dalam talian)
    Kemahiran Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja
     
    4 Nov- Cuti Deepavali
    
    5 - 6 Nov 2021 (F2F)
    Kumpulan A (25 pax): AutoCAD;
    Kumpulan B (25 pax): Kerja keras
    Bilik Komputer SKM, C24
    
    7- 9 ​​Nov 2021
    OSHA
    Bilik Seminar SKM, C23
    
    10 - 11 Nov 2021 (Dalam Talian)
    Instrumentasi dan Pengukuran Perindustrian Termaju
    WebEx
    
    12 - 13 Nov 2021
    Kumpulan B (25 pax): AutoCAD;
    Kumpulan A (25 pax) : Kerja keras
    Bilik Komputer SKM, C24
    
    14 Nov 2021
    Penulisan dan Pembentangan Laporan Teknikal Lanjutan
    Bilik Seminar SKM, C23
    
    15 Nov 2021 (9 PG - 12 MLM)
    Majlis penutup di Dewan Sri Perdana
      
    16 Nov 2021
    Bermula sebagai Jurutera Pelatih di VS Industry

    SYARAT DAN CARA PERMOHONAN

    Syarat permohonan untuk EMS Industrial Competency Program ini adalah :

    1. Terbuka kepada pelajar Siswazah Ijazah Sarjana Muda dalam :
      i ) Kejuruteraan Mekanikal
      ii) Kejuruteraan Elektrik
      iii) Kejuruteraan Mekatonik
    2. Sertakan Resume pemohon atau curriculum vitae bersama penyerahan pendaftaran

    Cara Permohonan untuk EMS Industrial Competency Program ini boleh terus mengisi borang secara atas talian di [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi info berkaitan pendidikan dan juga bantuan pendidikan untuk anda