Jawatan Kosong Di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Jawatan Kosong Di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 kini dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka beberapa peluang kerjaya di Yayasan Didik Negara (YDN) untuk warganegara Malaysia yang layak untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan :

  1. Ketua Pembantu Tadbir (1 kekosongan)
  2. Pembantu Tadbir ( 4 kekosongan)
  3. Pemandu (1 kekosongan)

Lokasi Jawatan : Yayasan Didik Negara
Nama Majikan : Kementerian Pendidikan Malaysia
Gaji : (Rujuk info diabwah)
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI KPM

Syarat utama bagi lantikan jawatan kosong di KPM yang dinyatakan diatas adalah seperti dibawah:

Ketua Pembantu Tadbir :

Taraf Jawatan : Kontrak /3 tahun
Gaji Bulanan : RM 2,700.00
Elaun (termasuk KWSP dan PERKESO) : RM 897.00

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 26 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan
  3. Bebas dari rekod jenayah
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan

Keutamaan calon yang diberi pertimbangan adalah mempunyai sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman dan berkebolehan dalam mengetuai perlaksanaan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kakitangan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi.

Pembantu Tadbir :

Taraf Jawatan : Kontrak /3 tahun
Gaji Bulanan : RM 2,100.00
Elaun (termasuk KWSP dan PERKESO) : RM 808.85

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan
  3. Bebas dari rekod jenayah
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan

Keutamaan calon yang diberi pertimbangan adalah mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dan berkebolehan dalam mengetuai perlaksanaan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kakitangan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi termasuk tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi.

Pemandu :

Taraf Jawatan : Kontrak /3 tahun
Gaji Bulanan : RM 1,600.00
Elaun (termasuk KWSP dan PERKESO) : RM 635.15

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  2. Memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilain Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  3. lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (Kecuali lesen memandu dalam percubaan -P)
  4. Bebas dari rekod jenayah
  5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan

Keutamaan calon yang diberi pertimbangan adalah berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

CARA PERMOHONAN

Untuk jawatan kosong di KPM ini, cara permohonan adalah seperti dibawah :

  1. Calon yang berminat untuk memohon perlu mengisi borang permohonan seperti di lampiran berserta dengan salinan resume yang terkini. [Klik Disini]
  2. Salinan Sijil Akademik tertinggi dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  3. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan melaui pos/ serahan tangan atau emel kepada :

Urusetia Yayasan Didik Negara,
Kementerian Pendidikan Negara,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 5, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(U.p : Unit bukan Guru, Cawangan Perkhidmatan)

Emel : [email protected]

PROSES PERLANTIKAN

Untuk proses temuduga, hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga jawatan kosong di KPM. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarng panggilan ke temuduga dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan.

Segala perbelanjaan menghadiri temuduga ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Keputusan temuduga bagi jawatan kosong di KPM ini hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan perlantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan perlantikan daripada Ketua Pegawai Eksekutif YDN

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong di KPM boleh diajukan kepada pegawai berikut :

  • Encik Mas Affendi Bin Masarudin : 03-8884 7751
  • Puan Rosmilisa Binti Isa : 01-8884 7897

218229316 2691548047809086 6991026743531321670 n

Klik Disini Untuk lagi info berkaitan jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

 

Leave a Comment