Bajet 2022 – Bantuan E-Wallet Untuk Belia. Bantuan Ewallet RM150 Untuk Belia Melalui Program E-Start telah diperkenalkan di perbentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program itu akan memanfaatkan lebih 2 juta belia dengan peruntukan bernilai RM300 juta.
BELIA berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi bakal menerima kredit RM150 secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program e-Start, sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.
BANTUAN E-WALLET UNTUK BELIA
e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan program e-start dan juga perbentangan bajet 2022 yang lain, boleh terus ke pautan rasmi Bajet 2022 di [Klik Disini]
KLIK DISINI untuk info lain berkaitan bantuan dan permohonan untuk anda.