Majlis Perasmian 10 Tahun Festival Ramadan Selangor 2024 (Festira) Di SACC Mall

AVvXsEhC8a3r7qXEMixUh7XahjmkVrQDm6hoB2KlGFg5wuEKpa8XjTjU0j7Cz NymoC 898YDdbTVT9NL9RiIBlKwRRpCFUrRUj5zYGhWYJ4BhccJkMuTULbm5qdot9nmhlf bK1Z4vzvINdFnekSyt7OoYhsfQph2PS4HlBrUBbWVaof8aq0QG4wddOQ2UFa8y=w640 h528

Festival Ramadan Selangor 2024 (Festira) merupakan acara yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan diadakan di lima lokasi yang berbeza. Lokasi-lokasi tersebut termasuk Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi, SACC Mall, SACC Walk, dan Plaza Alam Sentral. Festival ini melibatkan kira-kira 1,200 peniaga yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan produk untuk pelawat. Festira berlangsung dari 22 Februari hingga 9 April, memberikan peluang kepada penduduk tempatan dan pengunjung untuk menikmati atmosfera Ramadan yang meriah dan membeli-belah di tempat-tempat tersebut.

Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata memasuki sedekad penganjuran, Festira menyasarkan kehadiran dua juta pengunjung sepanjang 48 hari diadakan.

“Artis tanah air turut berniaga kali ini antaranya Datuk Afdlin Shauki, Ako Mustapha, Tyzo Xynder dan Hijjaz yang menjual pakaian serta keperluan raya lain.

Najwan berkata lagi, beberapa artis tempatan juga bakal membuat persembahan antaranya Haiza, Elyana, Ezlynn, Najwa Latiff, Dafi, Amylea serta Syura bertujuan menarik lebih ramai pengunjung.

“Penganjur turut adakan program agihan bubur lambuk Kampung Baru secara percuma, solat tarawih berjemaah selain menyediakan kaunter bayaran zakat.”

“Sebelum ini Plaza Alam Sentral seperti yang semua ketahui adalah sedikit kurang menarik dan kita berharap di bawah PREC ia akan hidup semula,” katanya.

AVvXsEjKWO3SkUN1qYcKUZJssM50CatDTVXwCejSaS e0Kt8f3vcxkQG7pRR95ZszI4aOh73tx37VnxMjX7TQ2guCkhlkJzenCXUL7MKyZ4oFMWYgWjCvMCwMyZHg4cOxUeBdai9earG6L4L8jSY1BzHAi 2p8D9Q8U7 xU VaVizbJESlmwSj9Gloixzl7TCTX=w640 h404

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, Plaza Alam Sentral merupakan aset baharu PKNS yang telah diambil alih sejak bulan Disember yang lalu dan banyak yang perlu dilakukan untuk menarik pengunjung kembali ke pusat beli-belah tersebut.

“PKNS telah merancang pelbagai projek naik taraf bagi menambah baik dan memberi nafas baharu kepada bangunan ni kelak.

Katanya lagi, Plaza Alam Sentral akan dijenamakan semula dan menjelang tahun depan orang ramai akan menyaksikan Plaza Alam Sentral yang berwajah baharu.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Majlis Perasmian 10 Tahun Festival Ramadan Selangor 2024 (Festira) Di SACC Mall" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment