FIESTA RAYA @ THE CURVE MEMERIAHKAN RAMADAN DAN AIDILFITRI 2024

426830224 865842978881865 486186105859149383 n

Fiesta Raya @ The Curve yang dijadualkan bermula dari 12hb Mac hingga 9hb April 2024, menyediakan peluang kepada orang ramai untuk berkunjung dan mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri. Fiesta ini akan berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor, sepanjang bulan Ramadan 1445H. Fiesta ini merupakan hasil kolaborasi antara ANS Diversified Sdn Bhd, Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd., yang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang unik dan memuaskan untuk menyambut kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Jurucakap ANS Diversified Sdn. Bhd., Encik Ahmad Faizal Zulkipli berkata, festival yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan hari raya dan juadah makanan selain dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftar Amal bersama rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minima RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membawa pulang Duit Raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang.

WhatsApp%20Image%202024 03 01%20at%209.25.44%20AM

Dari kiri: En Ayob Majid (Pengerusi IRAMA), Mohd Farhan Aizwan (Head of Community Outreach TheNoor),  En Ahmad Faizal Zulkipli (Jurucakap ANS Diversified Sdn Bhd), Cik Elaine Liew (Central Manager the Curve), Dr Fitri Haris (Pengarah Urusan NiyatEnson Empire), Puan Farah Fakhira (Pengasas Khira Official) dan Puan Wan Nurul Jannah (Wakil Starvillion)

Selaku penganjur bersama NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Dr. Fitri Haris, beliau berkata, sepanjang fiesta berlangsung, para pengunjung akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama para pempengaruh terkenal tanah air seperti Tajul dan Isteri, Hajar LK, Farah Khira serta barisan artis-artis yang akan menghiburkan dan memberi pengisian jiwa seperti Kumpulan nasyid UNIC, Nizam Laksamana, Rabithah, Ikhwan Fatanna dan ramai lagi.

Terdapat 35 gerai barangan kelengkapan hari raya dan 15 gerai makanan ditawarkan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa sepanjang tempoh festival berlangsung selama 29 hari. Pihak penganjur turut berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Fiesta Raya @ The Curve tersebut sebagai acara tahunan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.

Dengan sokongan daripada Boustead the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga para penduduk di kawasan Mutiara Damansara. Pihak penganjur turut menyasarkan lebih 500,000 pengunjung ke Fiesta Raya @ The Curve tahun ini.

Bertemakan “”Kongsi Keriangan, Rasai Keunikan!”, Fiesta Raya @ the Curve, Mutiara Damansara adalah salah satu lokasi yang perlu dikunjungi sepanjang Ramadan bersama keluarga bagi menikmati pengalaman berbuka puasa secara santai di pusat beli-belah terkemuka itu, selain pembelian kelengkapan persiapan Hari Raya, menjelang Syawal ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 012-3153988 (Haji Kamal), 012-4056349 (Puan El) atau 012-3055861 (Puan Amira)

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "FIESTA RAYA @ THE CURVE MEMERIAHKAN RAMADAN DAN AIDILFITRI 2024" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment