Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2022/2023

IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 SECARA “CONTRACT OF SERVICE” DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022/2023

Penempatan

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2022/2023

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2022/2023 3

Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara “Contract Of Service” di:

(i) Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)
(ii) Madrasah Moden Terengganu (MMT)
(iii) Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
(iv) Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)

Jawatan

JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred DG41
Taraf JawatanKontrak (Contract Of Service)
Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2022/2023

Syarat Kelayakan

Calon-calon hendaklah:

  1. Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman (*);
  2. Sihat tubuh badan;
  3. Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2023;
  5. Memiliki kelulusan akademik:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pemohon lulusan institusi pengajian luar negara perlu mengemukakan surat pengiktirafan Ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk dilampirkan bersama dokumen permohonan secara manual dan semua pemohon perlu membawa bersama surat pengiktirafan tersebut semasa menghadiri sesi temuduga.

(*)Sekiranya calon bukan rakyat Negeri Terengganu, calon perlu mengemukakan salinan sijil kelahiran / kad pengenalan bapa ( rakyat Terengganu) atau sijil kerakyatan Negeri Terengganu (calon).

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman
    sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my atau dengan melayari
    http://facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu mulai 06 Oktober 2022 (Khamis).
  • Bagi calon lepasan institusi pengajian luar negara, calon perlu
    mendapatkan borang permohonan secara manual di Jabatan
    Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) atau mengisi borang
    sebagaimana Lampiran A dan menghantar borang permohonan
    tersebut kepada JPINT sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur akan ditolak.
  • Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/
    memanipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-
    undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
    untuk menduduki Ujian Pengetahuan Am & Daya Berfikir sebelum di
    temu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    Gred DG41 Secara “Contract Of Service”.
  • Calon boleh membuat semakan status permohonan bagi saringan
    seterusnya melalui laman sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my dan http://facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu .

Tarikh Tutup Permohonan

19 Oktober 2022 (Rabu), sebelum jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ini, sila berhubung dengan
Pegawai di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, di talian
09-6252525 (u.p.: Ustaz Mohd Al-Hafiz bin Karim)

Iklan Bertarikh: 06 Oktober 2022

Klik Disini untuk mendapatkan pelbagai info pendidikan

Leave a Comment