“Rasai Kepelbagaian menu di SACC: Buffet Ramadan”

rsz 1whatsapp image 2024 02 21 at 112842

SACC tidak hanya menawarkan hidangan lazat tetapi juga menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dan berkesan. Setiap hidangan, dari masakan Melayu tradisional hingga hidangan etnik Cina dan India, menggambarkan warisan budaya negara ini yang unik.

“Mengambil inspirasi daripada percampuran budaya dan masyarakat majmuk di Malaysia, SACC memilih Selera Orang Kita dengan slogan Bufet 25 Malam sebagai tema menu bufet Ramadan kali ini”, ujar Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd.

“Award Winning Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama chef-chef hebat SACC yang lain menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Kambing Kebuli, Mee Kari Nonya, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Masala Kentang, Ikan Stim Cantonese, Udang Goreng Telur Masin, Sotong Goreng Kam Heong serta menu istimewa tahun ini yang semestinya menjadi tarikan pengunjung iaitu Nasi Ambeng SACC”, ujar Azlina lagi ketika ditemu bual di Majlis Prebiu Buffet Ramadan SACC di sini.

rsz whatsapp image 2024 02 21 at 112836 1
SACC juga turut menyediakan pelbagai gerai makanan untuk pengunjung nikmati antaranya Apam Balik SACC, Air Kathira Power, Loh Shi Fun, Teppayanki & Kakiage Tempura, Aneka Goreng-Gorengan, Sup Periuk, Rojak Pasembor dan banyak lagi.

“Kelainan pada tahun ini, SACC turut menyediakan sajian mangkuk tingkat untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menikmati hidangan bufet Ramadan di SACC dilengkapi dengan nasi, 3 jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga RM159”, tambah Azlina.

“Selain itu, anak syarikat kami iaitu SACC Food Chain Sdn. Bhd. turut menyediakan tempahan hamper raya dan aneka biskut raya yang boleh dibawa pulang sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitiri atau boleh dijadikan sebagai hadiah korporat”, tambah Azlina lagi. Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan penjimatan melalui promosi istimewa yang sedang berlangsung di laman sesawang SACC https://www.saccramadan.com/iaitu Promosi Pembelian Awal RM98+ untuk dewasa
dan RM68+ untuk kanak-kanak yang berusia (7 sehingga 12 tahun) manakala di bawah 7 tahun adalah PERCUMA.

rsz 2whatsapp image 2024 02 21 at 112839
Bagi pelanggan Korporat SACC, Pakej Korporat yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM110+ lengkap dengan Penggunaan Ruang Dewan Khas, Kemudahan Skin LED, Pentas Mudah Alih, Kemudahan PA Sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang Pakej Korporat SACC, sila hubungi kami dan pegawai jualan kami akan sedia membantu anda. Tempahan dan pembelian awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511
8858 / 013-250 2858.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "“Rasai Kepelbagaian menu di SACC: Buffet Ramadan”" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment