Category: Semakan & Permohonan

Semakan & Permohonan bagi bantuan, pendidikan dan pelbagai lagi.

  • Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu

    Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu

    Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu masih dibuka dan masih menerima permohonan dari pemohon yang ingin mendirikan rumah sendiri terutama bagi penduduk Negeri Terengganu.

    PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

    Untuk permohonan rumah mampu milik ini, ia mempunyai 3 jenis pakej dan terbuka kepada rakyat Negeri Terengganu. 3 pakej yang terbuka kepada semua penduduk tetap Terengganu adalah :

    1. RMM JENIS A
    2. RMM JENIS B
    3. Skim pembiayaan perumahan Terengganu (i-Rahman)

    SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

    Untuk memohon, pemohon perlu menepati syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan :

    JENIS A

    1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

    2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

    3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

    4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

    5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

    6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:

    • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
    • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.

    7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

    8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

    9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

    JENIS B

    1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

    2. 21 tahun keatas

    3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.

    4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

    5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

    6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.

    7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.

    8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

    i-RAHMAN

    1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);

    2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;

    3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;

    4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00

    5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut

    6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;

    7. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan

    8. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

    CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

    Permohonan dan pendaftaran boleh dibuat di portal rasmi E-perumahan Terengganu [Klik Disini]

    Untuk Maklumat Lanjut berkenaan permohonan rumah mampu milik Negeri Terengganu boleh terus hubungi :

    Alamat :
    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
    (BAHAGIAN PERUMAHAN)
    TINGKAT BAWAH NO.28,
    PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
    20000 KUALA TERENGGANU.
     Telefon :
    + 09-626 7999
    + 09-631 7999
     E-mel : perumahan@terengganu.gov.my
    Klik Disini untuk lebih info permohonan dan semakan untuk anda
  • EMS Industrial Competency Program UTM

    EMS Industrial Competency Program UTM

    EMS Industrial Competency Program UTM iaitu Program Kompetensi Industri EMS anjuran UTM Career Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  kini dibuka untuk permohonan untuk kemasukan kedua (Batch2).

    EMS INDUSTRIAL COMPETENCY PROGRAM UTM

    Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan graduan terhadap keperluan pekerjaan khusus dalam industri pembuatan elektronik. Selain itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah graduan untuk kebolehsuaian dalam persekitaran kerja industri mengatasi cabaran dengan norma baharu semasa pandemik. 

    Program ini juga adalah untuk meningkatkan kecekapan graduan terhadap keperluan pekerjaan khusus dalam industri elektronik dan pembuatan. Ia juga meningkatkan Kemahiran insaniah graduan untuk kebolehsuaian dalam persekitaran kerja industri pembuatan elektronik.

    FAEDAH PROGRAM

    Antara faedah dan kemudahan yang disediakan dari progam ini adalah kursus yang berlangsung selama 12 hari dan juga 18 hari latihan kerja. Dengan elaun dan penginapan yang disediakan untuk peserta. Setelah selesai calon akan dilantik sebagai jurutera pelatih selama 6 bulan dengan gaji sebanyak RM2,500. Selepas 6 bulan, jurutera pelatih yang berjaya akan dinaikkan pangkat ke jurutera dengan gaji yang lebih tinggi dan juga faedah-faedah lain.

    May be an image of text that says 'penjana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara UTM MALAYSIA v.S. CP EMS INDUSTRY COMPETENCY PROGRAM V.S Industry & UTM Centre of Academic Experiential Learning APPRENTICE & UPSKILLING PROGRAM Benefits: OPEN FOR GRADUATE STUDENTS OF BACHELOR'S DEGREE: MECHANICAL ENGINEERING ELECTRICAL ENGINEERING MECHATRONICS ENGINEERING SALARY- 2,500.00 50PARTICIPANTS LOCATION UTM JOHOR BAHRU Allowance Accommodation 12 Days course 18 Days job training Appointed as trainee engineer for months RM2500 salary After months, successful trainee engineers will be promoted to Engineer with salary higher than RM2500 and other benefit REGISTER HERE DEADLINE OCTODER 30 OCTOBER 2021 f utmileague utmileague@utm.my https://ileague.utm.my 013-8795897/011-61302785'

    TENTATIF EMS INDUSTRIAL COMPETENCY PROGRAM UTM

    Disertakan kepada pemohon tentatif program ini untuk kemudahan pemohon bersedia lebih awal :

    31 Okt 2021 & 1 Nov 2021
    Pendaftaran di Scholar's Inn UTM
    
    1 Nov 2021
    Rehat dan persediaan diri
    
    2 Nov 2021 (Seminar Dewan SKM)
    - Taklimat kursus
    - Pengenalan kursus dan pengenalan daripada VS Industry
    - Kecekapan Kerja dalam Industri Sistem Mekanikal Elektrik
    
    3 Nov 2021 (Dalam talian)
    Kemahiran Komunikasi Berkesan di Tempat Kerja
     
    4 Nov- Cuti Deepavali
    
    5 - 6 Nov 2021 (F2F)
    Kumpulan A (25 pax): AutoCAD;
    Kumpulan B (25 pax): Kerja keras
    Bilik Komputer SKM, C24
    
    7- 9 ​​Nov 2021
    OSHA
    Bilik Seminar SKM, C23
    
    10 - 11 Nov 2021 (Dalam Talian)
    Instrumentasi dan Pengukuran Perindustrian Termaju
    WebEx
    
    12 - 13 Nov 2021
    Kumpulan B (25 pax): AutoCAD;
    Kumpulan A (25 pax) : Kerja keras
    Bilik Komputer SKM, C24
    
    14 Nov 2021
    Penulisan dan Pembentangan Laporan Teknikal Lanjutan
    Bilik Seminar SKM, C23
    
    15 Nov 2021 (9 PG - 12 MLM)
    Majlis penutup di Dewan Sri Perdana
      
    16 Nov 2021
    Bermula sebagai Jurutera Pelatih di VS Industry

    SYARAT DAN CARA PERMOHONAN

    Syarat permohonan untuk EMS Industrial Competency Program ini adalah :

    1. Terbuka kepada pelajar Siswazah Ijazah Sarjana Muda dalam :
      i ) Kejuruteraan Mekanikal
      ii) Kejuruteraan Elektrik
      iii) Kejuruteraan Mekatonik
    2. Sertakan Resume pemohon atau curriculum vitae bersama penyerahan pendaftaran

    Cara Permohonan untuk EMS Industrial Competency Program ini boleh terus mengisi borang secara atas talian di [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi info berkaitan pendidikan dan juga bantuan pendidikan untuk anda

  • Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif

    Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif

    Pengambilan Program DPLI UKM Eksekutif Kini sudah dibuka untuk permohonan dan pendaftaran. Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah lontaran idea baru yang terhasil dari Fakulti Pendidikan UKM dengan usahasama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) dan Koperasi Pendidik Bangi Berhad (KPBB).

    PROGRAM DPLI UKM

    Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah. Demikian, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

    Fakulti Pendidikan di bawah kelolaan UKM SHAPE dan KPBB yang terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma. Mungkin ini peluang terakhir yang membolehkan anda untuk menjadi warga pendidik dengan kadar yuran berpatutan. Fakulti Pendidikan kini membuka tawaran kemasukan ke Program ini bagi kemasukan ambilan 2022.

    May be an image of text that says 'RE L JAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Eksekutiz CutiSekolah PENGAMBILAN KOHORT 2022 PENGAMBILAN PELAJAR DIBUKA SEKARANG! Kelayakan Ikhtisas Guru Pengiktirafan MQA Pensyarah Berpengalaman Semester Yuran Berpatutan (Ansuran) Kuliah Semasa Cuti Sekolah @ukmdiploma'

    PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN

    Untuk mendaftar dan membuat permohonan, selain dari pertanyaan dan mengetahui maklumat lanjut berkaitan program DPLI UKM Eksekutif ini, boleh terus menyertai “group telegram Intake 2022” [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info berkaitan peluang pendidikan dan program-program bantuan pendidikan untuk anda

     

  • NEET Empowerment 2.0, Semakan Dan Permohonan

    NEET Empowerment 2.0, Semakan Dan Permohonan

    NEET Empowerment 2.0. adalah suatu koloborasi antara University Antarabangsa UNITAR ( Universiti Tun Abdul Razak ) dan PERKESO ( Pertubuhan Keselamatan Sosial ) dalam membantu warganegara Malaysia dalam memulakan langkah pertama di dalam dunia pekerjaan.

    NEET EMPOWERMENT 2.0

    Dengan lebih 1,000 peluang pekerjaan dan peluang kerjaya untuk yang layak memohon di syarikat-syarikat terkenal Malaysia beserta latihan selama 5 hari untuk mempersiapkan diri pemohon dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Dengan koloborasi strategik antara UNITAR dan PERKESO, inisiatif NEET Empowerment akan mendapat sambutan baik dari pemohon yang belum bekerja atau masih mencari pekerjaan. Antara program yang ditawarkan didalam NEET Empowerment 2.0 secara PERCUMA adalah :

    1. Program Profesional dalam Operasi Pejabat Hadapan (Front Office)
    2. Program Profesional dalam Analisis Microsoft Excel
    3. Program Profesional dalam Pemasaran untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana
    4. Porgram Profesional dalam Perkhidmatan Pelanggan
    5. Program Profesional dalam Jualan Dan Pemasaran

     

    SYARAT-SYARAT  PERMOHONAN

    Untuk membuat permohonan, anda haruslah mematuhi syarat-syarat yang diberikan. Antara syarat utama dalam permohonan dalam program NEET Empowerment 2.0 koloborasi antara UNITAR dan PERKESO adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur dari 18 hingga 60 tahun
    3. Pemohon adalah pekerja yang diberhentikan kerja di sektor Swasta dan mencarum di Skim Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)

    CARA PERMOHONAN

    Untuk permohonan, pemohon yang menepati syarat-syarat yang diberikan boleh membuat permohonan secara atas talian di pautan rasmi UNITAR [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lebih peluang kerjaya dan jawatan kosong lain untuk anda

  • BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang!

    BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang!

    BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang! Jika BKC anda sebelum ini berstatus gagal kredit kerana beberapa perkara dan isu, anda boleh membuat semakan semula dan membuat kemas kini bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021 untuk menerima proses bayaran BKC fasa seterusnya. Begitu juga bagi wakil penerima BKC, anda boleh mengemas kini maklumat penerima BKC bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021. Pengguna perlu membuat pendaftaran sama seperti BPN ,BPR untuk login atau log masuk ke system My BKC.

    KEMAS KINI MAKLUMAT MyBKC

    Cara Pendaftaran MyBKC

    1. Untuk log masuk kali pertama My BKC, anda perlu mendaftar MyBKC terlebih dahulu seperti berikut:
    2. Klik Log Masuk / Semakan Status
    3. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
    4. Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
    5. Klik Daftar Akaun
    6. Maklumat Keselamatan. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
    7. Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
    8. Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
    9. Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
    10. Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
    11. Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
    12. Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
    13. Jawab 5 Soalan yang disediakan
    14. Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
    15. Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
    16. Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
    17. Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
    18. Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
    19. Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
    20. Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
    21. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status

    Cara Login MyBKC

    1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
    2. Masukkan Nombor MyKad
    3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
    4. Masukkan Kata Laluan
    5. Maklumat yang akan dipaparkan
    6. Status Permohonan
    7. Amaun Keseluruhan Diterima
    8. Maklumat Pembayaran
    9. Paparan Borang

    Cara Kemas Kini Maklumat MyBKC

    Untuk kemas kini maklumat MyBkC anda, kini boleh membuat kemaskini makluamt akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan bayaran fasa seterusnya.

    Cara Kemas Kini Maklumat MyBKC (Wakil)

    Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu.
    1. Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
    2. Tekan butang Log Masuk
    3. Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
    4. Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

    Untuk membuat pengemaskinian MyBKC, boleh terus ke laman sesawang rasmi MyBKC di [Klik Disini]

    BKC Fasa 2: Semakan, Tarikh & Baki Bayaran (Miskin Tegar, B40, M40)

    Klik Disini untuk lagi Info semakan dan permohonan untuk anda