BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang!

BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang! Jika BKC anda sebelum ini berstatus gagal kredit kerana beberapa perkara dan isu, anda boleh membuat semakan semula dan membuat kemas kini bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021 untuk menerima proses bayaran BKC fasa seterusnya. Begitu juga bagi wakil penerima BKC, anda boleh mengemas kini maklumat penerima BKC bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021. Pengguna perlu membuat pendaftaran sama seperti BPN ,BPR untuk login atau log masuk ke system My BKC.

KEMAS KINI MAKLUMAT MyBKC

Cara Pendaftaran MyBKC

  1. Untuk log masuk kali pertama My BKC, anda perlu mendaftar MyBKC terlebih dahulu seperti berikut:
  2. Klik Log Masuk / Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  4. Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
  5. Klik Daftar Akaun
  6. Maklumat Keselamatan. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
  7. Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
  8. Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
  9. Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
  10. Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
  11. Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
  12. Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
  13. Jawab 5 Soalan yang disediakan
  14. Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
  15. Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
  16. Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
  17. Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
  18. Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
  19. Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
  20. Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
  21. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status

Cara Login MyBKC

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
  6. Status Permohonan
  7. Amaun Keseluruhan Diterima
  8. Maklumat Pembayaran
  9. Paparan Borang

Cara Kemas Kini Maklumat MyBKC

Untuk kemas kini maklumat MyBkC anda, kini boleh membuat kemaskini makluamt akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan bayaran fasa seterusnya.

Cara Kemas Kini Maklumat MyBKC (Wakil)

Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu.
  1. Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
  2. Tekan butang Log Masuk
  3. Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

Untuk membuat pengemaskinian MyBKC, boleh terus ke laman sesawang rasmi MyBKC di [Klik Disini]

BKC Fasa 2: Semakan, Tarikh & Baki Bayaran (Miskin Tegar, B40, M40)

Klik Disini untuk lagi Info semakan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "BKC Anda Berstatus Gagal? Kemas Kini Maklumat MyBKC Anda Sekarang!" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment