Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu masih dibuka dan masih menerima permohonan dari pemohon yang ingin mendirikan rumah sendiri terutama bagi penduduk Negeri Terengganu.

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

Untuk permohonan rumah mampu milik ini, ia mempunyai 3 jenis pakej dan terbuka kepada rakyat Negeri Terengganu. 3 pakej yang terbuka kepada semua penduduk tetap Terengganu adalah :

  1. RMM JENIS A
  2. RMM JENIS B
  3. Skim pembiayaan perumahan Terengganu (i-Rahman)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

Untuk memohon, pemohon perlu menepati syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan :

JENIS A

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:

  • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
  • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

JENIS B

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.

7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.

8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

i-RAHMAN

1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);

2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;

3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;

4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00

5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut

6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;

7. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan

8. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

Permohonan dan pendaftaran boleh dibuat di portal rasmi E-perumahan Terengganu [Klik Disini]

Infografik

Untuk Maklumat Lanjut berkenaan permohonan rumah mampu milik Negeri Terengganu boleh terus hubungi :

Alamat :
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)
TINGKAT BAWAH NO.28,
PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
20000 KUALA TERENGGANU.
 Telefon :
+ 09-626 7999
+ 09-631 7999
 E-mel : [email protected]
Klik Disini untuk lebih info permohonan dan semakan untuk anda
Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment