Biasiswa Sultan Ibrahim, Yayasan Pelajaran Johor. Berita baik untuk anak jati Johor yang ingin mendapatkan biasiswa Sultan Ibrahim. Permohonan akan dibuka tidak lama lagi untuk pemohon yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan untuk mendapatkan Biasiswa Sultan Ibrahim Yayasan Pelajaran Johor akan dibuka pada tarikh
21 September 2021 sehingga 30 September 2021
SYARAT AM PERMOHONAN
Permohonan untuk mendapatkan biasiswa ini perlu juga menepati syarat-syarat am yang telah ditetapkan :
- Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
- Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
- Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
- Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
- Pengajian adalah sepenuh masa
- Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
- Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat
SYARAT KHUSUS AKADEMIK
Syarat khusus akademik juga diperlukan untuk mendapatkan Biasiswa Sultan Ibrahim ini :
Peringkat Ijazah Sarjana
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara
Peringkat Doktor Falsafah
- Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara
- Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT
TEMPOH TAJAAN
Tempoh tajaan biasiswa ini adalah mengikut syarat khusus yang telah ditetapkan iaitu :
- Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun
- Doktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun
Kadar Biasiswa Sultan Ibrahim :
Kadar bayaran biasiswa ini adalah tertakluk kepada 2 kategori khusus :
- Kategori Ijazah Sarjana Muda : Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000 akan mendapat elaun sara hidup RM12,000 setahun
- Kategori Doktor Falsafah : Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 akan mendapat elaun sara hidup RM18,000 setahun
CARA PERMOHONAN
Untuk memohon Biasiswa Sultan Ibrahim ini, pemohon perlulah menyediakan dokumen-dokumen khusus dan juga telah disahkan. Dokumen tersebut adalah :
- Salinan Slip permohonan
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
- Salinan surat tawaran pengajian
- Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum
- Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)
- Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian
Selain itu juga, pemohon perlu menyediakan sekali salinan sijil-sijil penyertaan / penghargaan sepanjang pembelajaran.
Untuk menghantar dokumen sokongan pula, pemohon perlulah mengikut cara dan tatatertib seperti berikut :
- Susun dokumen sokongan mengikut turutan (rujuk slip pengesahan permohonan)
- Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan ke dalam sampul surat bewarna coklat bersaiz A4
- Tuliskan jenis permohonan di penjuru kanan atas sampul iaitu ‘BSI’
- Masukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan)
- Bagi yang memilih kaedah POS, Sila gunakan perkhidmatan POS yang mempunyai ‘tracking number’
Permohonan atas talian boleh dilakukan di pautan terus ke Yayasan Pelajaran Johor [Klik Disini]
Klik Disini Untuk lebih bantuan dan info pendidikan untuk anda