Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Di MBAS

Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Di MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) kini dibuka. MBAS mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak / tetap. Keutamaan diberikan kepada anak negeri Kedah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Lokasi Jawatan : Kedah
Nama Majikan : Majlis Bandaraya Alor Setar
Gaji : Minima RM2,318 | Maksima RM9,618
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Taraf Jawatan : Tetap dan Kontrak
Bidang Jawatan :

  1. Sistem Maklumat – Pengurusan dan Profesional

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Oktober 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di MBAS adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di MBAS

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 DI MBAS

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  1. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau
  2. ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,522.44); atau
  3. ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau
  4. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERMOHONAN JAWATAN

  1. Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di [Klik Sini]
  2. Tiada caj bayaran dikenakan kepada pemohon jawatan MBAS.
  3. Borang permohonan jawatan perlu disertakan dengan salinan dokumen berikut :
    >Gambar berukuran pasport
    >Kad pengenalan
    >Sijil kelahiran
    >Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi
    >Transkrip keputusan peperiksaan
    >Lain-lain dokumen sokongan( sekiranya perlu )
    Salinan Dokumen Tidak Perlu Pengesahan Salinan Sebenar
  4. Untuk semakan pengiktirafan kelayakan akademik bagi pelantikan dalam Perkhidmatan Awam, pemohon perlu melampirkan salinan pengiktirafan kelayakan melalui laman web www.mqa.gov.my.
  5. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di bahagian kiri sebelah atas sampul surat permohonan.
  6. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4 ke alamat :DATUK BANDAR
    MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
    JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.
  7. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.
  8. Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian seterusnya dan temuduga. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mail.
  9. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
  10. Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak ;
    > Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang diiklankan.
    > Borang permohonan jawatan tidak lengkap diisi. Pemohon diminta mengisi semua ruangan yang ada pada borang permohonan jawatan MBAS.

Untuk maklumat lanjut berkenaan iklan jawatan kosong ini boleh terus ke laman web rasmi MBAS : [Klik Sini]

Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya yang lain untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Di MBAS" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment