Author: Linda

  • Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2022/2023

    Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2022/2023

    IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 SECARA “CONTRACT OF SERVICE” DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022/2023

    Penempatan

    Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2022/2023

    Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu

    Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara “Contract Of Service” di:

    (i) Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)
    (ii) Madrasah Moden Terengganu (MMT)
    (iii) Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
    (iv) Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)

    Jawatan

    JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan
    Gred DG41
    Taraf JawatanKontrak (Contract Of Service)
    Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu 2022/2023

    Syarat Kelayakan

    Calon-calon hendaklah:

    1. Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman (*);
    2. Sihat tubuh badan;
    3. Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.
    4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2023;
    5. Memiliki kelulusan akademik:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Pemohon lulusan institusi pengajian luar negara perlu mengemukakan surat pengiktirafan Ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk dilampirkan bersama dokumen permohonan secara manual dan semua pemohon perlu membawa bersama surat pengiktirafan tersebut semasa menghadiri sesi temuduga.

    (*)Sekiranya calon bukan rakyat Negeri Terengganu, calon perlu mengemukakan salinan sijil kelahiran / kad pengenalan bapa ( rakyat Terengganu) atau sijil kerakyatan Negeri Terengganu (calon).

    Cara Memohon

    • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman
      sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my atau dengan melayari
      http://facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu mulai 06 Oktober 2022 (Khamis).
    • Bagi calon lepasan institusi pengajian luar negara, calon perlu
      mendapatkan borang permohonan secara manual di Jabatan
      Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) atau mengisi borang
      sebagaimana Lampiran A dan menghantar borang permohonan
      tersebut kepada JPINT sebelum tarikh tutup permohonan.
    • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur akan ditolak.
    • Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/
      memanipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-
      undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.
    • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
      untuk menduduki Ujian Pengetahuan Am & Daya Berfikir sebelum di
      temu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
      Gred DG41 Secara “Contract Of Service”.
    • Calon boleh membuat semakan status permohonan bagi saringan
      seterusnya melalui laman sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my dan http://facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu .

    Tarikh Tutup Permohonan

    19 Oktober 2022 (Rabu), sebelum jam 5.00 petang.

    Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ini, sila berhubung dengan
    Pegawai di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, di talian
    09-6252525 (u.p.: Ustaz Mohd Al-Hafiz bin Karim)

    Iklan Bertarikh: 06 Oktober 2022

    Klik Disini untuk mendapatkan pelbagai info pendidikan

  • Permohonan Bantuan Awal MAIDAM RM600 – RM2500

    Permohonan Bantuan Awal MAIDAM RM600 – RM2500

    Permohonan Bantuan Awal MAIDAM Bagi Pengajian Dalam Dan Luar Negara

    Yayasan Pendidikan MAIDAM merupakan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kerana Yayasan Pendidikan MAIDAM mengambil alih sebahagian aktiviti zakat pendidikan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

    Peranan YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM adalah menyediakan kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada masyarakat umum untuk bersama – sama menggembleng tenaga dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan.

    Permohonan Bantuan Awal MAIDAM Bagi Pengajian Dalam Dan Luar Negara

    𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD). Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian.

    Objektif

    Meringankan bebanan para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajian anak-anak mereka ke pusat pengajian.

    Syarat-syarat Permohonan

    • Fisabilillah dan Miskin.
    • Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
    • Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
    • Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian.
    • Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
    • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
    • Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
    • Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
    • Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan.
    • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

    Kadar Bayaran Bantuan

    Untuk Permohonan Bantuan Awal Yayasan Pendidikan MAIDAM bagi IPT dalam dan luar negara, kadar bantuan adalah seperti berikut :

    Permohonan Bantuan Awal MAIDAM

    Senarai Semak Dokumen

    1. Surat tawaran belajar yang rasmi.
    2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
    3. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
    4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ penjaga. * Penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja.
    5. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
    6. Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
    7. Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
    8. Slip permohonan.

    Cara Memohon

    Permohonan Bantuan Awal MAIDAM Bagi Pengajian Dalam Dan Luar Negara ini boleh dibuat secara online menerusi laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM di :

    https://yp.maidam.gov.my/iptonline/

    *Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB).

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

  • Rumah Mesra Rakyat RM75,000 – Permohonan Masih Dibuka Hingga Disember 2022

    Rumah Mesra Rakyat RM75,000 – Permohonan Masih Dibuka Hingga Disember 2022

    Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

    Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

    Harga & Reka Bentuk RMR

    Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga Rumah Mesra Rakyat mengikut tempat :

    1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

    • Harga : RM75,000
    • Subsidi pembinaan : RM20,000
    • Jumlah Pinjaman : RM55,000
    • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM300

    2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

    • Harga : RM85,000
    • Subsidi Pembinaan : RM20,000
    • Jumlah Pinjaman : RM65,000
    • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM350

    3. Kelulusan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

    • Harga : RM75,000 – RM106,000
    • Subsidi pembinaan : RM20,000
    • Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,500
    • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM300 – RM470

    Syarat Kelayakan Permohonan

    Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

    • Warganegara Malaysia.
    • Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
    • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
    • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
    • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadian / bebenan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik.
    • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk).

    Cara Membuat Permohonan RMR

    Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat :

    Secara Online

    • Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
    • Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap.
    • Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan dihantar ke emel yang didaftar.
    • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan.
    • Lengkapkan borang yang dikehendaki.
    • Setelah selesai mengisi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.
    • Hantar borang beserta dokumen lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan.

    Secara Manual

    • Borang permohonan boleh didapatkan di cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan.

    Dokumen Yang Diperlukan

    Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
    • Salinan kad pengenalan tuan tanah
    • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
    • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
    • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
    • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
    • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
    • Salinan sijil nikah pemohon
    • Borang laporan tapak bergambar

    NOTA :

    Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

    SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

    Rumah Mesra Rakyat

    Semakan Status Kelulusan

    Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

    Bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

    Tanggungjawab Pemohon

    Pemohon Rumah Mesra Rakyat bertanggungjawab untuk :

    • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
    • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
    • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
    • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
    • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu.

    Maklumat Lanjut Tentang Rumah Mesra Rakyat

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh hubungi :

    Ibu Pejabat
    Syarikat Perumahan Negara Berhad
    Tingkat 8, Wisma Perkeso
    Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur
    Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
    Emel: aduan@spnb.com.my

    Senarai Cawangan

    Cawangan Kedah
    No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
    Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
    Faks: 04-4500379
    Emel: spnb_semeling@spnb.com.my

    Cawangan Melaka
    No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
    Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
    Faks: 06-3369753
    Emel: spnb_melaka@spnb.com.my

    Cawangan Negeri Sembilan
    No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
    Seremban, Negeri Sembilan
    Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
    Faks: 06-601 3507

    Cawangan Terengganu
    No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
    Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
    Faks: 09-6627312
    Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

    Cawangan Perak
    No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
    Tel: 05-5264188 / 05-5263876
    Faks: 05-5264319
    E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

    Cawangan Pahang
    A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
    Tel: 09-573 3222
    Faks: 09-573 3666
    E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

    Cawangan Johor
    Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
    Tel: 07-2259900 / 07-2259911
    Faks: 07-2223233
    E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

    Cawangan Kelantan
    No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
    Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
    Faks: 09-7885545
    E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

    Cawangan Sarawak
    Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
    93050 Kuching, Sarawak.
    Tel: 082-230032 / 082-240032
    Faks: 082-230055
    E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

    Cawangan Sabah
    Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
    Tel: 088-791610 / 088-791612
    Faks: 088-791613
    E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

  • Hebahan Pencarian Perantis Usahawan Belia Sejahtera  (UBES)

    Hebahan Pencarian Perantis Usahawan Belia Sejahtera (UBES)

    Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan membuat mengambilan perantis Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES).

    📌 Syarat-syarat Kelayakan:

    ✅ Bumiputera, Islam & Rakyat Terengganu

    ✅ Berminat menjadi usahawan sepenuh masa

    ✅ Berumur 18 – 35 tahun

    ✅ Sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi

    📌 Untuk Pendaftaran Sila klik pautan berikut:

    https://bit.ly/permohonan-UBES

    ( 𝘴𝘪𝘭𝘢 𝘣𝘢𝘤𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭-𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭)

    📌 Tarikh tutup permohonan :

    28 Ogos 2022 – Ahad ( 𝙟𝙖𝙢 12.00 𝙩/𝙢𝙡𝙢)

    Hubungi utk pertanyaan @ 09-6242424 (Bahagian Pembangunan Usahawan)

  • Cara Semakan Keputusan SPM 2021

    Cara Semakan Keputusan SPM 2021

    Cara Semakan Keputusan SPM 2021. Anda kini boleh menyemak keputusan SPM secara atas talian atau “online” tanpa perlu hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sistem ini tidak bertujuan untuk mencetak slip keputusan peperiksaan.

    Calon mesti hadir kesekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021. Berikut disertakan cara membuat semakan keputusan SPM 2021.

    Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2021

    Tarikh pengumuman SPM biasanya diumumkan pada Mac setiap tahun. Namun disebabkan pandemik, terdsapat sedikit kelewatan dan perubahan pada jadual peperiksaan berkenaan. Bagi tahun 2022, tarikh keputusan SPM akan diwar-warkan dalam amsas terdekat oleh KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysai (LP)

    Terkini, Fasa Kemaskini UPUOnline telah dibuka dari 1 Jun hingga 28 Jun 2022

    Seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020 mulai 25 Februari lalu dan semakan keputusan SPM diumumkan secara online bermula jam 10 pagi pada 10 Jun 2021 (Khamis) sehingga 19 Jun 2021 (Sabtu).

    Kemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar :

    • Lepasan SPM : 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.
    • Lepasan STPM/Setaraf : 22 hingga 26 Ogos 2022 (Kecuali Diploma/Setaraf)

    Cara Semakan Keputusan SPM 2021

    Untuk cara semakan keputusan SPM 2021, anda boleh membuat semakan melalui kaedah berikut :

    Secara atas talian : myresult1.moe.gov.my

    Secara atas talian dan keputusan penuh : myresult2.moe.gov.my

    Slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan : myresult3.moe.gov.my

    Secara khidmat SMS : Taip SPM<jarak>NoKP<Jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886

    Semakan Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

    Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM. Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.

    Klik Disini untuk lagi semakan permohonan bantuan pelajaran untuk anda