Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2021 YPJ Sesi 2

Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2021 YPJ Sesi 2 (Yayasan Pelajaran Johor). Permohonan akan dibuka semula khusus untuk pelajar Diploma Dan Ijazah Sepenuh Masa Sahaja dan terbuka kepada pelajar IPTA dan IPTS terpilih. Skim bantuan ini menyediakan bantuan kewangan iaitu sebanyak RM500 untuk Diploma dan RM1000 Ijazah Sarjana Muda.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan yang dilanjutkan bagi skim bantuan pendaftaran ke IPT 2021 YPJ Sesi 2 ini akan dibuka pada 20 September sehingga 30 September 2021 

May be an image of text that says 'YAYASAN PELAJARAN JOHOR Imbas Disini Untuk Memshon! PELAJARAN PERMOHONAN SBP DILANJUTKAN! SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT 2021 DIPLOMA RM 500 IJAZAH SARJANA MUDA RM 1000 TEMPOH PERMOHONAN 20 SEPT SEHINGGA 30 SEPT 2021 *Permohonan tertakluk kepada terma dan syarat https://portal.ypj.gov.my Yayasan Pelajaran Johor yayasanpelajaranjohor'

SYARAT PERMOHONAN

Untuk memohon skim bantuan pendaftaran ke IPT 2021 YPJ Sesi 2 terdapat beberapa syarat dan terma yang perlu anda patuhi :

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

CARA PERMOHONAN

Untuk mereka yang ingin memohon skim bantuan pendaftaran ke IPT 2021 YPJ Sesi 2 ini boleh terus ke pautan [Klik Sini]

Dokumen Wajib : 

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  6. Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)
  7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya.

CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN

Dibawah adalah cara untuk menghantar permohonan untuk skim bantuan pendaftaran ke IPT 2021 YPJ Sesi 2 :

  1. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan Masuk kan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  2. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  3. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  4. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.
  5. Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) dan hantar slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin – boleh rujuk di laman web YPJ : [Klik Sini]

Klik Disini Untuk lebih info berkaitan bantuan dan pendidikan untuk anda

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2021 YPJ Sesi 2" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment