Author: Destina Asia

  • SALMA TAMPIL SINGLE BAHARU ‘ATAS NAMA CINTA’

    Dengan penuh keyakinan, penyanyi berbakat, Salma mengungkapkan harapannya melalui single terbarunya, Atas Nama Cinta, yang dilancarkan pada 23 Februari lalu. Setiap karya yang diciptakannya mengandungi sebuah harapan agar usaha yang disalurkan dengan sepenuh jiwa dapat meraih tempat istimewa di dalam hati para pendengar.

    Salma, 33, berharap Atas Nama Cinta hasil ciptaan bersama Knight Cydeen dan Syaf Ramli dapat memacu kembali nama, seterusnya memahat posisi selesa pada perjalanan karier seninya selepas hampir 13 tahun berjuang. Diterbitkan bersama Awal Muzik Entertainment dan CQ Music Malaysia, Salma berkata, dia tidak pernah lelah berusaha, malah percaya Atas Nama Cinta mampu memberikan kepuasan buat peminat yang tidak jemu menanti karya terbarunya.

    “Sebelum Atas Nama Cinta, ada beberapa single yang Salma hasilkan cuma kurang mendapat sambutan. Namun, Salma sentiasa percaya dengan rezeki yang tertulis dan berusaha mencari lagu baharu yang memenuhi kehendak Salma serta peminat.

    “Sebaik mendengar lagu ini, terdetik di hati Salma untuk merakamkannya sebagai single terbaharu. Salma tertarik dengan komposisi dan lirik lagu ini yang sangat puitis.

    “Kali pertama mendengar demo dan menghayati bait liriknya, Salma seperti mahu menangis. Serius, ia sangat menyentuh hati dan perasaan membuatkan Salma tidak mampu menolaknya,” kata anak kelahiran Tawau, Sabah itu.

    Bakat yang dicungkil menerusi program Mentor musim kelima dan 3 Juara itu mengakui, pengalaman lalu banyak membantunya sepanjang menyiapkan proses rakaman Atas Nama Cinta. Mengambil masa dua jam untuk melengkapkan kerja rakaman, Salma berkata, dia memanfaatkan semua pengalaman selama 13 tahun berada dalam industri muzik dan dicurahkan sepanjang merakamkan Atas Nama Cinta.

    “Salma membuat persediaan lebih rapi, terutama dalam memahami melodi dan lirik supaya dapat memberikan penghayatan yang terbaik ketika proses rakaman. Salma tahu ramai yang menaruh harapan tinggi untuk melihat Salma terus mencipta kejayaan.

    “Alhamdulillah, pengalaman lalu banyak membantu Salma ketika menyiapkan single ini. Mungkin dulu Salma lebih memikirkan bagaimana untuk mencapai nota-nota tinggi ketika menyanyi, tetapi sekarang itu bukan lagi keutamaan.

    “Salma kini lebih memberikan fokus kepada penghayatan kerana mahu pendengar benar-benar merasai nyanyian Salma. Itu lebih penting kerana Salma mahu nyanyian Salma lebih seimbang, pada masa sama menyentuh hati ramai,” katanya.

    Atas Nama Cinta, akui Salma, sedikit istimewa kerana lagu itu pernah cuba dirakamkan oleh beberapa penyanyi, tetapi tidak diterbitkan atas beberapa faktor.

    “Mungkin ini yang dikatakan rezeki. Alhamdulilah, apabila lagu ini sampai ke tangan Salma, semua proses berjalan dengan begitu baik sekali. Cuma dari sudut susunan muzik, Salma minta diubah sedikit untuk disesuaikan dengan cara penyampaian Salma.

    “Secara peribadi, Salma tiada masalah untuk bekerja dengan komposer senior atau baharu. Salma tidak pernah meletakkan sebarang syarat kerana apa yang penting, Salma mahu terus melangkah, berusaha dan bekerja keras untuk memastikan karya Salma diterima.

    “Salma yakin pada rezeki dan siapa tahu lagu ini dapat membawa Salma untuk kembali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu selepas kali terakhir membolosi dengan Akhirnya Cinta pada AJL 32,” katanya.

    Mengulas mengenai cabaran dan persaingan dalam industri muzik, Salma tidak menafikan ada ketika dia terkesan apabila peminat sering membandingkan kemampuannya dengan penyanyi lain. Bagi Salma, seperti insan lain, dia juga mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Justeru, dia berharap peminat lebih terbuka dan menerima kekurangan serta kelebihannya kerana itu yang membentuk identitinya sebagai Salma.

     “Salma berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi kata perangsang dan semangat untuk Salma terus berkarya. Cuma, Salma berharap mereka menerima Salma dengan segala kelebihan dan kekurangan yang Salma ada.

    “Pada era media sosial, perjalanan seseorang anak seni itu lebih mencabar tetapi Salma sentiasa positif. Salma peka dengan komen yang diberikan dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

    Atas Nama Cinta sangat bermakna buat Salma kerana ia menjadi pembakar semangat untuk Salma terus bertahan dalam industri muzik. Pastinya Salma ingin membawa bakat ini pergi lebih jauh,” katanya.

    Menyifatkan kelahiran Atas Nama Cinta sebagai permulaan yang baik untuk 2024, Salma menyimpan impian untuk mencipta nama lebih besar di rantau Nusantara, termasuk menembusi pasaran Indonesia.

    “Itu antara impian besar Salma dan semua itu tidak mustahil jika kita bekerja keras. Namun, Salma akur, semua itu berbalik kepada rezeki. Salma sangat berharap Atas Nama Cinta menjadi pilihan untuk dimainkan di stesen radio dan dapat dicalonkan dalam carta Muzik Muzik.

    “Doakan semoga usaha terbaharu Salma ini membuahkan hasil kerana Salma juga memasang impian untuk melakar kejayaan besar dalam karier yang Salma cintai ini,” katanya.

    *****************************************

    INFO RAKAMAN:

    ATAS NAMA CINTA

    Artis: Salma Asis

    Komposer: Knight Cydeen & Syaf Ramli

    Lirik: Knight Cydeen & Syaf Ramli

    Susunan Muzik: Shoga Tan

    Terbitan: Awal Muzik Entertainment/CQ Music Malaysia

  • AMIR JAHARI’S ‘HASRAT’ IS AJL 38 WINNER

    The 38th Anugerah Juara Lagu (AJL 38) proved to be the most iconic when the entire Malaysian people were thrilled and delighted when ‘Hasrat’ was named the song champion. This emotional and heart-catching work for the audience is a complete invention, and the singing is by Amir Jahari.

    The prestigious award has managed to reach 6.4 million TV views, showing a 13% increase over AJL 37 during its live broadcast on TV3 on March 3, 2024, starting at 9:00 p.m. Television access is also the highest record since 2021. Total live streams exclusively on www.tonton.com.my watch as well as the Watch app on March 3, 2024 also recorded a 153% increase in total watch hours on Watch. Access through social media platforms also showed an increase of 39.3% with a total record of 3.2 billion and famous on social media over three days. (sources: Nielsen, Tonton & Meltwater).

    According to Ms. Nini Yusof, Chief Executive Officer, Prima Media Television Network and Primeworks Studios, “AJL 38 succeeded in achieving its goal as the most iconic AJL in its organization of the best song. The stunning opening performance and the MUZIKAVERSE theme also sparked incredible inspiration and creativity from all parties like the station, production, and line-up of AJL 38 finalists, and also contributed to a very unique concept of performance and stage design. On behalf of TV3, I would like to congratulate and thank the more than 200 Media Prima employees who have been involved in celebrating AJL 38. Keep working and delivering fresh, exciting, entertaining, and inspiring content to everyone. Thanks also to the sponsors who jointly realized this most iconic AJL stage.”

    Since its establishment, the Anugerah Juara Lagu (AJL) has aimed to nominate the best song of each year. The Anugerah Juara Lagu are an important platform in the Malaysian music industry that brings together a variety of musical genres produced by local music employees and provides opportunities for them to highlight their talent and creativity. Besides, the program is also an intermediary that connects fans with their favorite singers and witnesses the evolution of AJL over 38 years of publication.

    AJL 38 watched 12 songs intersect to embrace the titles of Champion, Second Place, Third Place, Best Vocal, and Best Performance. The Award Night compares two iconic charismatic lawyers, Sherry Alhadad and Alif Satar. The Red Carpet was hosted by Fizi Ali and Fiza Frizzy which aired on TV9 at 8.30 p.m.

    AJL 38 opens the curtain with a very energetic performance with a girl band concept that combines two vocalists, namely Shila Amzah and Vanessa Reynauld, and for the second time an opening performance with international and local medley songs. Sissy Iman as a keyboard player with three very talented young musicians, namely Naimi Daini (drums), Tasneem Bolhasan (bass), and Anis Kalisa (guitar). Interlude AJL38 was also celebrated by three great singers: Datuk Zainal Abidin, Ella, and Dayang Nurfaizah.

    AJL 38 is specially sponsored by Alha Alfa as the main sponsor. It looks different with Alha Alfa; the difference is our uniqueness.” “Given by Applecrumby, the Capable Treasure.” “Collaboration with Anker, Teknologi Terkini, Menjana Generasi Bijak Malaysia.” Hot FM as a radio companion. OhBulan!, XTRA, and Seismik as digital partners.

    AJL 38 winning line:

    Category Prize Winner
    Champion RM 100,000 and a trophy Hasrat

    Composer/Lyricist/Singer: 

    Amir Jahari

    Second Place RM 50,000 and a trophy Sutera

    Composer: Aisha Retno & MFMF

    Lyricist / Singer: Aisha Retno                                                                                        

    Third Place RM 30,000 and a trophy Jangan Mati Rasa Itu

    Composer/Lyricist/Singer: 

    Aina Abdul

    Best Vokal 

    RM 12,000 and a trophy Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

    Best Performance

    RM 12,000 and a trophy Sutera – Aisha Retno

    Alha Alfa Choice Singer

    RM12,000 and a trophy Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

    The AJL 38 production session was led by Russell Mark Rodrigues, Head of Production, Branding, and Entertainment Unit TV3, Shazreena Mohd Kassim as executive publisher, and Shahrizan Razalli as publisher.

    For more information and the latest developments on the TV3 program, visit www.xtra.com.my and follow the official social media pages on Facebook, Instagram, and Twitter at @TV3Malaysia. Use #AJL38 and #muzikaverse to warm up the conversation on the social media platform.

  • Berhibur Sambil Beramal, Ijmal Cinta Ramadan

    Berhibur Sambil Beramal, Ijmal Cinta Ramadan

    Mereka mengetahui kelebihan bulan Ramadan, jadi mereka sangat menantikan kedatangan bulan Ramadan setiap tahun.

    Ia bukan sekadar satu bulan biasa, tetapi juga memberi peluang yang unik untuk meningkatkan kesedaran spiritual, meningkatkan ibadah, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Mengambil keberkatan bulan suci itu, syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang bakal diadakan pada 23 Mac di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

    Konsert Ijmal Cinta Ramadan bakal menampilkan barisan penyanyi lagenda tanah air seperti Datuk Hattan, Ella dan Aris Ariwatan.

    Penganjur Mubarak Akhtar berkata, Konsert Ijmal Cinta Ramadan bukanlah sebuah persembahan berbentuk hiburan semata-mata, tetapi sebuah acara yang sarat dengan nilai- nilai spiritual yang sesuai dan bermakna dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

    Menurutnya, orang ramai yang membeli tiket juga turut berpeluang untuk beramal.

    “Seperti biasa, pada petang itu akan berlangsung tadarus al-Quran dan tazkirah yang mendalam sebelum kita semua bersama-sama berbuka puasa. Kemudian, kita akan melaksanakan solat maghrib secara berjemaah.

    “Kita juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan. Selepas itu, solat isyak dan tarawih akan diadakan. Dan barulah persembahan yang ditunggu-tunggu bermula,” katanya.

    Menurutnya, penganjur juga tidak melupakan insan seni yang berdepan masalah Kesihatan dan kewangan.

    “Pada acara ini juga, kita turut meraikan 10 anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan untuk kita berikan sumbangan. Semoga ia dapat membantu meringkan beban mereka menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

    Berkongsi mengenai pemilihan artis, Mubarak berkata ketiga-tiga mereka mempunyai kelompok peminat tersendiri selain kesudian mereka untuk terbabit dalam persembahan istimewa ini.

    “Ketiga-tiga artis ini tidak hanya mempunyai kelompok peminat yang besar tetapi juga menunjukkan kesudian yang luar biasa untuk terbabit dalam persembahan istimewa ini. Sesuatu yang cukup bermakna apabila mereka sudi untuk menjayakan konsert ini,” katanya.

  • AJL 38 ANUGERAH JUARA LAGU 2024

    Lagu yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi bakal terjawab pada malam ini. Anda boleh menonton siaran langsung anugerah tersebut dari Axiata Arena Bukit Jalil bermula 9.00 malam di TV3 atau strim secara eksklusif di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan terbaik daripada bakat-bakat tempatan!

    Sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun. Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik. Selain itu, AJL juga merupakan platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka selain menjadi perantara menghubungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun. 

    AJL ialah acara tahunan gilang – gemilang yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik! Tahun ini, AJL 38 bakal menjadi AJL paling ikonik yang sentiasa hangat diperbualkan hingga bila-bila masa. Ia akan membuatkan peminat tegar mengimbau kembali kegemilangan AJL dan terus meraikan bakat – bakat muda yang berkolaborasi dengan penyanyi ‘senior’.

    Tahun ini, AJL 38 mengetengahkan tema ‘MUZIKAVERSE’, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE dimana kita menggabungkan dunia yang berbeza antara penyanyi, penulis lirik dan komposer dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu. 

    Malam anugerah menggandingkan dua ikon pengacara yang berkarisma iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Karpet Merah dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang disiarkan di TV9 pada pukul 8.30 malam. 

    AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu bakal berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Penonton juga boleh mengundi untuk 2 kategori iaitu Persembahan Terbaik melalui  undian di www.tonton.com.my/AJL38  dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa dengan hanya dengan mengimbas QR Kod yang tertera di kaca TV.

    AJL 38 membuka tirai dengan persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld, dan julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa dan tempatan. Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan 3 pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar). Interlude AJL38 pula dijayakan oleh 3 penyanyi hebat iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella dan Dayang Nurfaizah.

    AJL 38  dibawakan khas oleh Alha Alfa sebagai penaja utama Tampil berbeza bersama Alha Alfa, Perbezaan itu Keunikan Kita.” “Digayakan oleh Applecrumby, Kayangan Yang Mampu.”Rakan Penaja Panadol, Diserap 2 kali Lebih Cepat.”Kolaborasi bersama Anker, Teknologi Terkini, Menjana Generasi Bijak Malaysia.”Hot FM sebagai rakan radio. OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital.

    Selaku penaja utama AJL 38 kali ini, Alfa Alfa mengeluarkan set eksklusif Muzikaverse Alha Alfa dengan 4 koleksi premium, menjanjikan solekan tampak lebih sempurna dan menawan. Collagen Serum Foundation, Gabungan Lip Oil dan Lip Booster juga Egg Brush, kini hanya dengan RM159.90 sahaja. Cara pembelian dengan hanya mengimbas QR kod yang tertera di kaca TV pada malam AJL nanti.

    Bagi menghangatkan lagi AJL 38, Applecrumby, jenama produk bayi popular memperkenalkan Applecrumby AJL Baby Theatre dimana buat pertama kalinya disediakan bilik istimewa yang baby friendly untuk menonton AJL. Layanan VIP yang sungguh istimewa ini adalah eksklusif untuk 10 KOL ibu bapa dan bayi mereka serta 10 pemenang yang terpilih menerusi peraduan Gaya Applecrumby. Mereka dapat menyaksikan siaran langsung AJL 38 di Applecrumby AJL Baby Theater yang disediakan khas di Axiata Arena Bukit Jalil bersama-sama dengan anak kecil mereka. Applecrumby turut menyediakan tempat menukar lampin dan bilik menyusu bayi yang dilengkapi dengan produk Applecrumby untuk keselesaan mereka.

    Penjualan tiket AJL 38 telah bermula dari 5 Feb 2024 hingga 3 Mac 2024 di laman web www.tonton.com.my dengan jualan melebihi 8000 tiket Kategori front seat hanya terhad kepada 200 tiket habis terjual dalam masa 48 jam.  Kategori front seat akan diberikan tempat duduk paling hadapan di Arena, malahan mereka juga diberikan keistimewaan untuk merasai pengalaman karpet merah dan Photobook edisi khas AJL 38. 

    Peminat juga boleh membeli barangan eksklusif AJL 38 termasuk T-shirt eksklusif AJL 38 (RM39), tote bag AJL 38 (RM25) dan lanyard AJL 38 (RM15). 

    Berikut ialah senarai 12 buah lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 38:

    LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
    Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul Aina Abdul Aina Abdul
    Bintang  Hael Husaini Hael Husaini Hael Husaini
    Sutera Aisha Retno Aisha Retno & MFMF Aisha Retno
    Hasrat Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari
    Inilah Jalannya Masdo Noh Salleh  Noh Salleh
    Darah Marsha Milan Naim Daniel & Firdaus Rahmat Naim Daniel & Firdaus Rahmat
    Waktu Hasif Upin &

    Ziana Zain

    Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
    Astana Ernie Zakri Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
    Kucuma  Wany Hasrita & Afieq Shazwan A.Ramlie & Ezra Kong A.Ramlie & Ezra Kong
    Kalam  Shiha Zikir  Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
    Selagi Ku Ada Khai Bahar & Nabila Razali Amylea Amylea
    Santai  Naqiu Faizal Tahir Faizal Tahir

     

    Senarai kategori anugerah dan hadiah:

    Kategori Hadiah Pemenang
    Juara Lagu RM 100,000 dengan trofi Hasrat

    Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi: 

    Amir Jahari

    Tempat Kedua RM 50,000 dengan trofi Sutera

    Komposer: Aisha Retno & MFMF

    Penulis Lirik / Penyanyi: Aisha Retno                                                                                        

    Tempat Ketiga RM 30,000 dengan trofi Jangan Mati Rasa Itu

    Komposer/Penulis Lirik/Penyanyi: 

    Aina Abdul

    Vokal Terbaik  RM 12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul
    Persembahan Terbaik  RM 12,000 dan trofi Sutera – Aisha Retno
    Penyanyi Pilihan Alha Alfa RM12,000 dan trofi Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

    Sidang produksi AJL 38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues, Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai penerbit.

     Barisan juri profesional Anugerah Juara Lagu 38 diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail, dan disertai oleh Dato’ Wah Idris, Dato’ Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis, dan Adlin Aman Ramli. 

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL38  #muzikaverse untuk menghangatkan lagi perbualan di platform media sosial. 

  • Himpun Artis Ternama “Loop Music Festival

    Himpun Artis Ternama “Loop Music Festival

    LOOP MUSIC FESTIVAL akan meraikan perjalanan muzik yang berulang-ulang melalui masa dan zaman dengan menghimpunkan lagenda-lagenda ikonik negara bersama pendominasi carta muzik tempatan.

    Pada 11 Mei 2024, Axiata Arena Bukit Jalil akan diserikan dengan kepelbagaian genre muzik yang menakjubkan. Dari nuansa mendalam pop, balada yang menyentuh jiwa, getaran hebat rock, irama Malaysia yang memperkaya warisan, kreativiti yang merdeka dari genre indie, dan sehinggalah sentuhan alunan dangdut yang mengasyikkan peminat muzik yang hadir.

    Antara barisan artis terkenal tanah air yang bakal mengisi perjalanan LOOP MUSIC FESTIVAL ialah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, XPDC, Masdo, Insomniacks, Amelina, Noraniza Idris dan Sufian Suhaimi.

    Tidak ketinggalan Aisha Retno, Ronnie Hussein, Nadeera Zaini, Usop, Lucidrari, Disko Santan (Codogg & Awyn) dan Arish Mikael.

    LOOP MUSIC FEST yang dibawakan secara eksklusif oleh RJ Sales Sdn. Bhd akan berlangsung dari jam 2 petang sehingga 11:30 malam. Penganjuran acara ini pastinya akan menjadi titik tumpuan bagi peminat muzik yang ingin menghayati nostalgia dan inovasi dalam satu acara yang epik.

    Penerbit LOOP MUSIC FEST Rosix Omar berkata, fenomena penganjuran festival muzik kini menjadi satu trend yang semakin berkembang dan digemari.

    Menurutnya, adalah amat penting untuk merancang festival ini dengan teliti bagi memastikan kelangsungannya dalam jangka masa panjang.

    “Kami begitu teliti dalam pemilihan artis, kerana barisan artis yang dipilih adalah berdasarkan tema dan konsep LOOP MUSIC FESTIVAL itu sendiri. Bukan sahaja mewakili era dan masing-masing, malah mereka ini juga barisan artis yang mendominsi carta muzik tanah air. Tidak boleh dinafikan barisan artis yang ditampilkan memiliki aura dan pengaruh yang kuat dan memberi impak yang berkekalan sehingga kini,” katanya.

    Tambah Rosix Omar lagi, LOOP MUSIC FESTIVAL bukan sekadar festival muzik ‘indoor’ biasa, tetapi sebuah peristiwa yang akan mengumpulkan lebih dari 11,000 peminat muzik tempatan dalam satu tempat.

    “Dengan antusiasme yang tinggi, saya percaya bahawa acara ini akan menjadi penanda aras untuk komuniti muzik tempatan serta menjadi platform yang unggul untuk memperkenalkan bakat-bakat baru dan menonjolkan kepelbagaian genre muzik.”

    “Kami berusaha untuk menyajikan persembahan dan pengalaman muzik yang terbaik untuk penonton yang hadir dengan menyatukan artis-artis hebat diatas satu pentas.

    “Dengan kehadiran barisan artis yang mengagumkan dan durasi persembahan yang telah diatur, pihak penganjur yakin bahawa nilai tiket sungguh berbaloi. Tambah lagi, festival ini bakal diadakan di lokasi yang memberikan keselesaan kepada mereka yang hadir,” katanya.

     

    INFO LOOP MUSIC FEST Dikuasakan oleh AirAsia & Tune Group.

    • Tarikh: 11 Mei 2024
    • Masa: 2 petang-11.30 malam
    • Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil
    • Tiket: ticket2u.com
    • Harga tiket: RM168 (Black Zone), RM178 (White Zone), RM258 (Fly Zone), RM278 (Red Zone) dan RM478 (Tune Zone)