Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif Bagi Mangsa Banjir

Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif Bagi Mangsa Banjir. Bagi anda yang terkesan akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa inisiatif khusus untuk anda dengan bantuan-bantuan yang akan meringankan beban anda akibat musibah banjir.

Antaranya ialah Baucar Diskaun Automotif didalam Program #KeluargaMalaysia Untuk pebaikan dan penggantian kenderaan terjejas akibat banjir.

Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia

Baucar Diskaun Automotif

Baucar Diskaun Automotif ini adalah inisiatif kerajaan yang digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif ini menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.

Syarikat Diskaun
Proton Diskaun balik pulih kenderaan dan servis tunda percuma, diskaun 25 % upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti
Perodua Servis tunda percuma dan upah baik pulih percuma, 50% diskaun untuk alat ganti kereta
Syarikat Kenderaan MAA Servis tunda percuma serta diskuan sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan
Kerajaan Menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah Rm1000 kepada mangsa banjir
Nota Pengurangan kos akan dipotong terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau penggantian melalui invois yang dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah

 

Tarikh Tuntutan Baucar Diskaun Automotif

Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automotif adalah pada 31 Mac 2022

Syarikat Yang terlibat Dalam Baucar Diskaun Automotif

Terdapat 19 syarikat automotif yang terlibat untuk bantuan diskaun :

Bil Syarikat
1 Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)
2 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton)
3 Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
4 UMW Toyota Motor
5 Honda Malaysia
6 Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
7 Volvo car Malaysia
8 TC Euro Cars (Renault)
9 Mercedes-Benz Malaysia
10 BMW Malaysia
11 Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
12 Mazda, Peugeot dan KIA
13 TC Subaru
14 Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
15 Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd
16 Boon Siew Honda Sdn Bhd
17 Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas)
18 Mofaz Motosikal Sdn Bhd
19 KMSB Motors Sdn Bhd (Suzuki)
   
Senarai syarikat yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa

FB IMG 1641629178093

Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif

Untuk anda yang terkesan akibat banjir dan ini mendapatkan Baucar Diskaun Automotif boleh ikuti langkah dibawah

  1. Kepada pemilik kenderaan yang terlibat banjir boleh menghubungi syarikat automotif untuk mengetahui pusat servis yang terdekat.
  2. Anda dinasihat supaya membuat tuntutan daripada pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai baucar diskaun automotif anda boleh merujuk facebook rasmi Menteri Kewangan di pautan : [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif Bagi Mangsa Banjir" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment