PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2022

PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2022. Tenaga Nasional Berhad telah membuka peluang kerjaya dan latihan iaitu Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) Ready To Work (RTW) Fasa 7 (Pengambilan Tahun 2022). Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk menyertai latihan ini.

PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB

  • Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
  • Objektif utama PROTÉGÉ adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.
  • Antara instrumen penting di bawah PROTÉGÉ untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW)
  • Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia

Struktur Latihan PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 12 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:

  1. Soft-skills Training
  2. On-the-Job Training

Faedah Penyertaan

  • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan Cuti  Tahunan
  • Potongan PERKESO & EiS
  • Bayaran balik rawatan perubatan

Syarat Kelayakan PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang, serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang masih belum mendapat  pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini. 

Tenaga Nasional Berhad

Cara Permohonan

Untuk Iklan Penuh PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2022 anda boleh terus ke pautan portal rasmi TNB di [Klik Disini]

Untuk membuat permohonan dan mengisi borang boleh terus ke pautan [Klik Disini]

  • Anda dikehendaki untuk mendaftar dan log masuk sebelum mengisi borang permohonan
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 JANUARI 2022

Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya terkini seluruh Malaysia untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment