Cara Tebus SAVE 3.0 RM400 Januari 2022

Kerajaan kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

Untuk makluman, program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia mengalakkan lebih ramai penggua mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.
Berikut adalah merupakan maklumat lanjut tentang bagaimana cara tebus SAVE 3.0 RM400.

APA ITU PROGRAM SAVE 3.0?

Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada â€˜first come first serve basis’.
  • Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  • Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  • Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0

Untuk makluman anda, Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Kategori 1Peti Sejuk atau Penghawa DinginRM200
Kategori 2Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.RM50/RM100/RM200
cara tebus SAVE 3.0 RM400
Cara Tebus SAVE 3.0 RM400 Januari 2022 2

KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

CARA PENEBUSAN

Berikut adalah cara tebus SAVE 3.0 RM400. Untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah di bawah:

Untuk maklumat lanjut, layari :

PlatformLink
Shopeehttps://shopee.com.my/m/program-save
Lazadahttps://www.lazada.com.my/program-save
PG Mallhttps://www.pgmall.my/
Untuk penebusan manualSila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

Tempoh Penebusan Program SAVE 3.0

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.



Lihat juga : Semak Kelayakan Untuk Kadar Tambahan BKM Anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Cara Tebus SAVE 3.0 RM400 Januari 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment