Semak Sijil Digital Vaksinasi Di MySejahtera Anda

Semak Sijil Digital Vaksinasi Di MySejahtera Anda. Selepas anda sudah mendapat vaksin, aplikasi MySejahtera anda akan mendapat sijil digtal vaksinasi dan dikemas kini dengan nama anda, nombor kad pengenalan anda, tarikh vaksin, jenis vaksin, tempat vaksin dan batch vaksinasi anda. Sijil Digital Vaksinasi ini akan dikemas kini dengan latar gambar bewarna kuning selepas 2 minggu anda lengkap 2 dos vaksin.

Polis siasat laporan penjualan sijil vaksinasi digital palsu | Astro Awani

SEMAK SIJIL DIGITAL VAKSINASI ANDA

Untuk menyemak dan mengemaskini Sijil Digital Vaksinasi di Aplikasi MySejahtera anda. Ada beberapa langkah mudah untuk anda lakukan.

  1. Log masuk ke akaun MySejahtera
  2. Klik ikon Profil yang berada di sebelah kanan bawah aplikasi
  3. Profil akan memaparkan maklumat anda seperti nombor telefon, nombor kad pengenalan anda, negeri, status risiko Covid-19 dan sijil digital vaksinasi anda
  4. Scroll hingga bawah, anda boleh lihat paparan Sijil Digital Vaksinasi anda yang telah dijana

May be an image of text that says 'STATUS VAKSINASI DI MYSEJAHTERA MySejahtera Sila semak status vaksinasi sebelum meninggalkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Status vaksinasi anda boleh dilihat dalam tab Profil, selepas status risiko anda. COVID-19 Vaccination Status Adawiyah Ashar 830101011012 COVID-19 Vaccination Digital Certificate AdawiyahA 830101011012 Dose1: Vaccination Certificate Adawiyah 30101011012 Sijil vaksinasi selepas pertama C286792694 Sijil vaksinasi selepas dos kedua vaksincovid.gov.my LENGKAP VAKSINASI hari pas tt oskeua Vaksin a:2 hari selepas LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)'

SIJIL DIGITAL VAKSINASI TIDAK DIKEMASKINI

Selain itu juga, ada juga yang mengadu bahawa mereka tidak mendapat sijil digital vaksinasi di dalam apliaksi MySejahtera masing-masing walaupun sudah lengkap menerima dua dos vaksin. Beberapa situasi dan kemungkinan isu ini berlaku adalah kerana :

  1. Terdapat mereka yang menerima vaksinasi dos pertama dan kedua di lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berbeza.
  2. Menolak tarikh asal vaksinasi yang diberikan di dalam MySejahtera
  3. Kesilapan pengguna memasukkan data peribadi ke dalam Aplikasi Mysejahtera
  4. Kemasukan data secara manual oleh PPV dimana data penerima vaksin tidak melalui notifikasi MySejahtera, contoh program walk-in/outbreach/luar negara dimana ia perlu disahkan dan dikemaskini terlebih dahulu.

Langkah penyelesaian bagi masalah ini adalah  :

  1. Pembersihan data akan dilakukan oleh MOSTI & KKM untuk selesaikan isu.
  2. Orang ramai yang belum peroleh sijil digital boleh guna kad fizikal vaksinasi untuk sementara waktu

May be an image of text

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan program vaksinasi di Malaysia boleh terus ke laman sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) [Klik Disni]

Klik Sini untuk lebih info berkaitan bantuan , semakan dan permohonan

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Semak Sijil Digital Vaksinasi Di MySejahtera Anda" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment