Bayaran BPR Fasa 3 Semakan Tarikh Bayaran & Jumlah

Bayaran BPR Fasa 3. Seperti yang kita lihat , pembayaran BPR bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah dilaksnakan pada yang lalu , kini penerima BPR hanya menunggu pembayaran BPR Fasa 3 yang dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan September 2021. Melalui bekas perdana menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin , beliau telah berkata dalam pembentangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Ekonomi Pemulihan (PEMULIH) bahawa pembayaran BPR Fasa 3 dilaksanakan dalam bulan September.

UNTUK KATEGORI BUJANG

Bagi kategori Bujang , untuk pembayaran Fasa 3 tidak melibatkan kategori bujang kerana amaun pembayaran kategori sudah lengkap dibayar pada Fasa 1 dan Fasa 2 yang lepas.

JUMLAH BANTUAN BAYARAN BPR FASA 3

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan mengikut pendapatan isi rumah :

  1. Pendapatan Isi Rumah (RM2,500)
    > Kurang daripada 1 orang anak bakal menerima : RM500
    > Mempunyai 2 orang anak dan ke atas bakal menerima : RM1100
  2. Pendapatan Isi Rumah (RM2,500-RM4,000)
    >Kurang daripada 1 orang anak bakal menerima : RM200
    >Mempunyai 2 orang anak dan ke atas : RM600
  3. Pendapatan Isi Rumah (Rm4001-RM5000)
    >Kurang daripada 1 orang anak bakal menerima (Pemohon yang berumur 60 tahun) : RM 200
    >Kurang daripada 1 orang anak bakal menerima : RM100
    >Mempunyai 2 orang anak dan ke atas :  RM200

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN

  1. Layari poral rasmi :  https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Log masuk
  3. Tekan Butang Semak Status
  4. Status Pembayaran akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bayaran BPR fasa 3, anda boleh hubungi di talian hotline LHDNM : 1800-88-2747

Klik Disini Untuk lebih info bantuan dan semakan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bayaran BPR Fasa 3 Semakan Tarikh Bayaran & Jumlah" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment