Permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP

Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP (Yayasan Wilayah Persekutuan) ini ditawarkan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sepenuh masa di peringkat IJAZAH PERTAMA bagi kemasukan semester pertama sesi 2021/2022.

SYARAT PERMOHONAN SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YWP

Untuk membuat permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP ini, pemohon hendak lah memenuhi syarat-syarat utama seperti berikut :

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
  • Tawaran adalah tertakluk kepada : Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam atau Kemasukan ke semester 1, tahun 1
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan. Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :
    Pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap) dibahagikan dengan bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan.

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
  2. Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma

TATACARA PERMOHONAN

  1. Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
  2. Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.
  3. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar :
  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
  • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada)
  • Keputusan / transkrip peperiksaan : SPM atau STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma

PERINGATAN

Pemohon yang tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya

Pemohon-pemohon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga

Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

PERMOHONAN SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YWP

Kepada pemohon yang berminat untuk mendapatkan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP, menepati syarat-syarat yang diberikan serta faham tatacara permohonan biasiswa ini boleh memuat turun borang permohonan Klik Disini

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Oktober 2021

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman portal rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan (Klik Sini)

Info langsung berkaitan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (Klik Sini)

Anda juga boleh hubungi:

Tel : +603 2698 3073
Fax : +603 26983075
Email : [email protected]

Klik Sini untuk lagi info berkaitan pendidikan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment