Rumah Residensi Prihatin 2022. Permohonan Rumah Residensi Prihatin telah dibuka semua bagi tahun 2022 khas untuk golongan B40. Rumah Residensi Prihatin adalah merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah yang lahir, menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.
Lokasi Rumah Residensi Prihatin 2022
Lokasi bagi Rumah Residensi Prihatin bagi tahun 2022 ini diwujudkan sebagai Perumahan Mampu Milik bagi golongan B40 yang mana perumahan tersebut akan dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Tujuan utama Residensi Prihatin diperkenalkan adalah demi membantu golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana supaya dapat memiliki rumah pertama mereka di Wilayah Persekutuan dengan kos yang mampu dimiliki.
Kementerian Wilayah Persekutuan mensasarkan untuk membina 10,000 unit rumah Residensi Prihatin di di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tempoh 3 tahun mulai 2021 hingga 2024.
Kelayakan Permohonan
Untuk kelayakan permohonan Rumah Residensi Prihatin 2022 ini, anda haruslah menepati syarat kelayakan seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan kasar bulanan RM5000 dan kebawah
- Keutamaan pemohon yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
- Permohonan berdaftar di Portal Residensi Prihatin
- Permohonan untuk rumah pertama sahaja
- Sekatan Jualan (Moratorium 10 tahun)
Cara Permohonan
Jika anda menepati syarat dan kelayakan seperti dinyatakan diatas, anda layak memohon Rumah Residensi Prihatin 2022. Untuk membuat permohonan, anda boleh layari portal rasmi Residensi Prihatin di :
[adinserter block=”11″]- Klik ‘Daftar Minat’
- Klik ‘Saya Layak’
- Lengkapkan maklumat dan profil
- Pilih lokasi rumah
- Muat turun akuan sumpah dan tandatangan surat berkenaan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah
- Muat naik semua dokumen permohonan
- Sahkan profil dan dokumen sokongan
Selain dari itu, anda juga perlu memuat naik beberapa dokumen lain bagi melengkapkan permohonan iaitu :
- Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal RESIDENSI PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA.
- Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.
- Sekiranya anda telah memohon projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (dahulunya di kenali RUMAWIP) anda tidak boleh lagi memohon projek Residensi Prihatin Keluarga Malaysia.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Rumah Residensi Prihatin 2022, anda boleh hubungi :
Tel : 03 -8889 7640
Emel : mailto:urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my
Klik Disini untuk lagi info bantuan dan permohonan untuk anda