Jawatan Kosong Ketua Pustakawan Gred S54 Di UniSZA

Jawatan Kosong Ketua Pustakawan Gred S54 Di UniSZA. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej 1971, dengan ini mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan memohon untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak, tetap atau peminjaman sepertimana berikut:

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Ketua Pustakawan Gred S54
Lokasi Jawatan : Terengganu
Nama Majikan : Universiti Sultan Zainal Abidin
Gaji : Minima RM6,070 dan Maksima RM13,138
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Oktober 2021 (12 tengahari)

Tempoh Lantikan :

Satu (1) hingga tiga (3) tahun perkhidmatan bagi setiap lantikan tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti.

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Ketua Pustakawan Gred S54 Di UniSZA adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Lulus SPM dengan Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN KETUA PUSTAKAWAN GRED S54 DI UniSZA

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  1. Mempunyai kelayakan ljazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  3. Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KRITERIA PEMILIHAN

  1. Pengalaman
    Pernah mengetuai Jabatan/ Bahagian penting di mana-mana Universiti serta berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perpustakaan.
  2. Kebolehan Memimpin & Mengurus
    Mempunyai “people skill” yang boleh menerajui tranformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi selaras “core business” Universiti serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kerja cemerlang.
  3. Reputasi
    Menjadi “role model” kepada semua peringkat staf, selain mempunyai pengalaman dan “proven track record” serta disanjung baik dan dihormati masyarakat dalam dan luar kampus.
  4. Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal Yang Mantap
    Mempunyai kemahiran komunikasi dan “interpersonal” yang mantap.
  5. Personaliti
    Seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, “team player”, berpandangan jauh, proaktif, dinamik, bertanggungjawab, beretika, berintegriti, patriotik dan bermotivasi tinggi.
  6. Pengurusan Perubahan & Risiko
    Berusaha menguruskan perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan mengggunakan segala sumber dan keupayaan sedia ada. Berusaha mengurangkan risiko dalam setiap hasil kerja yang dilaksanakan melalui aktiviti pengurusan risiko.

PERMOHONAN JAWATAN

Calon boleh mengemukakan permohonan jawatan Ketua Pustakawan Gred S54 dengan menyertakan maklumat seperti berikut:

  1. Curriculum vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar ukuran passport, salinan sijil akademik, lain –lain dokumen sokongan
  2. Ringkasan perancangan sekiranya dilantik sebagai Ketua Pustakawan.
  3. Calon hendaklah disahkan sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.
  4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  5. Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana pihak Universiti boleh mencalonkan mana-mana calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih.
  6. Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:

Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
E-mel: [email protected]
Telefon: 09-668 8360

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan Ketua Pustakawan Gred S54 boleh hubungi :

Puan Majedah binti Mokhtar (09-668 8369)
[email protected]

Puan Wan Mazrina binti Wan Mansor (09-668 8398)
[email protected]

Atau terus ke portal rasmi UniSZA di pautan berikut : [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi Info jawatan kosong dan kerjaya untuk anda

 

Leave a Comment