Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di UniSHAMS

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di Universti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) kini dibuka. UniSHAMS mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak / tetap.

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pembantu Tadbir Gred N19
Lokasi Jawatan :Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Nama Majikan :Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Gaji : Minima RM1,352 dan Maksima RM4,003
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Taraf Jawatan :
Tempoh Lantikan (Kontrak) : 2 tahun (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengelola Universiti)
Tempoh Percubaan (Tetap) : 6 hingga 24 bulan (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengelola Universiti)
Bidang Jawatan :

  1. Perkeranian / Operasi

Tarikh Tutup Permohonan : 28 September 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU TADBIR  GRED N19 DI UniSHAMS

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
  2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
  3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
  4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mana-mana bidang.

PERMOHONAN JAWATAN

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di laman web http://syskuin.unishams.edu.my/rekrut/home.php dan muatnaik dokumen-dokumen berkaitan yang disahkan benar pada pautan Google Form yang dinyatakan di dalam laman sesawang tersebut.

Sila nyatakan gaji yang ingin dipohon dan sertakan slip gaji terkini sebagai rujukan.

Untuk Maklumat lanjut berkenaanJawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19Di UniSHAMS (Klik Sini)

Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya yang lain untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di UniSHAMS" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment