Masa Yang Tepat Untuk Spider ‘Keluar Sarang’ Memandangkan Banyak Terlibat Dengan Persembahan Di Festival Dan Gig Kecil

AVvXsEhHFQcdrQmet8YZe8yA70TKid RsngPFivRujGa04fvOI4dT7iGAuBzgxjSvqWFiacVB3lcyTtIZtHE CRuVyvbwj2iHGiGxFkD B PBBWFaC Juli1WW1stdgaE285V3sCHJjSxRBCIkGoWuAy6ABr9bquRGm1niH4XUXo1HaNPvekem4rBUsqEsyEvxA=w640 h426

Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 adalah konsert yang telah dinantikan dengan penuh girang oleh peminat-peminat muzik rock dan ska di Malaysia. Konsert ini dijangka menjadi satu acara yang mengagumkan di mana peminat dapat menikmati persembahan langsung dari kugiran Spider, yang merupakan salah satu kugiran terkemuka dalam genre tersebut di Malaysia.

Memilih tanggal 22 Jun 2024, Zepp Kuala Lumpur akan menjadi saksi rendisi lagu
terbaik Spider seperti Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin,
dan Nazraku dilantunkan dengan ‘gila’ dalam Spider Keluar Sarang Live In Kuala
Lumpur.

Tentu sahaja membayangkan kelincahan Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan sudah cukup membuat peminat teruja.

Sementelah kugiran yang diasaskan di Johor Bahru ini bukan pemain baharu dalam
belantika muzik. Spider adalah salah satu kugiran legenda tanah air yang penuh karya
sinis dalam stail tersendiri.

Spider dengan album-albumnya termasuk yang perdana, Ngam Ho dan terakhir,
Ankabut yang lahir pada tahun 2016 sudah mencetak pelbagai sejarah sekaligus
menjadi kugiran rujukan sepanjang hampir 30 tahun berkarier.

Justeru Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024 disifatkan sebagai perjalanan panjang yang layak dinikmati bersama saat ia ‘keluar sarang’.

Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan mencipta sensasi tersendiri di sebalik para penggeraknya.

“Secara jujurnya pihak IFIX Entertainment sudah lama mengikuti perjalanan karier
Spider. Spider adalah kugiran legenda yang bukan hanya memberi hiburan kosong
tetapi banyak maksud tersirat dalam karya mereka.

“Karya-karya yang dilahirkan Spider cukup tersendiri menjadikan mereka sebagai
kugiran rujukan buat generasi masa kini yang mahu mencipta aliran muzik seumpama
Spider.

“Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio
penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu
popular yang diminati ramai.

“Dengan kredibiliti Spider ditambah mereka sudah lama tidak melakukan konsert solo
sendiri, IFIX Entertainment berbesar hati membawakan Spider Keluar Sarang Live In
Kuala Lumpur 2024 pada 22 Jun 2024,” ujar IFIX Entertainment.

Sudah sekian lama mengidamkan sebuah konsert solo, Tam menyifatkan persetujuan di antara Spider dan IFIX Entertainment dapat dicapai dengan baik kerana konsep dan misi yang dibawa.

“Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil
usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk kami ‘keluar sarang’.

“Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan
kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas
dalam konsert berskala besar.

“Tentu saja Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan menjadi medan
tempur paling kecoh pernah dianjurkan,” ujar Tam.

Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM179 sehingga RM259 yang boleh dibeli menerusi tapautix.asia.

 

INFORMASI

ACARA: SPIDER KELUAR SARANG LIVE IN KUALA LUMPUR 2024
LOKASI: ZEPP KL
TARIKH: 22 JUN 2024

PENGANJUR: IFIX ENTERTAINMENT
HARGA TIKET: RM159 (Aladin), RM199 (Mungkinkah Terjadi) RM259 (Relaku Pujuk) dan untuk tiket VIP boleh hubungi 0192222192 atau emel [email protected]
PEMBELIAN: tapautix.asia

Leave a Comment