Persembahan Live Ungu di Kuala Lumpur Menampilkan 30 Hits Teratas pada 25 Februari 2024!

rsz img20231129153234

 

Lagu-lagu klasik seperti “Cinta Dalam Hati” dan “Kekasih Gelapku” telah menjadi simbol kejayaan Ungu di panggung musik Indonesia dan Malaysia. Meskipun waktu terus berlalu, daya tarik emosional lagu-lagu ini tetap utuh, menandakan warisan timeless yang ditinggalkan oleh band ini.

Sifat malar segar dan mengundang nostalgia dalam setiap lagu yang dihasilkan malah selalu disifatkan punya kisah peribadi buat semua peminatnya membuatkan Ungu masih menjadi kugiran yang kemunculan mereka di atas panggung konsert selalu dinantikan.

 

Untuk menyuburkan  nostalgia dan kecintaan terhadap Ungu, AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini kembali bertemu peminat di Malaysia.

 

Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless : begitu konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena KL pada 25 Februari 2024 ini.

 

Kugiran yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengisi konsert dengan 1001 nostalgia dan kenangan baharu yang bakal dicipta.

 

“Kami sedar Ungu dan peminat di Malaysia sangat akrab dan penggemar di sini juga memainkan banyak peranan menyokong karier mereka sejak menembus pasaran di sini lebih satu dekad lalu.

 

“Oleh kerana itu, walaupun dalam perjalanan karier Ungu sudah melakukan banyak konsert atau persembahan di Malaysia namun kami di AKE Group tidak gentar membawa mereka kembali ke rumah kedua ini pada 25 Februari 2024.

 

“Kerana apa? Kerana selain kami yakin banyak peminat yang sudah merindui Ungu dan mahu menonton persembahan secara langsung dalam sebuah konsert, ia juga adalah kerana mereka memiliki segudang hit yang akan membuat Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless istimewa.

Screenshot 222

“Istimewa kerana Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless akan menyaksikan kugiran popular ini mempersembahkan sekitar 30 lagu hits di sepanjang karier mereka khusus buat peminat semua,” ujar Dato’ Bakhtiar dari AKE Group secara amnya dan menaungi AKE Seni khusus untuk aktiviti seni kumpulan AKE. AKE Seni  merupakan rakan kerjasama untuk konsert ini. 

 

Ini merupakan penglibatan kedua AKE Group dan AKE Seni selepas muncul dengan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti yang meninggalkan banyak momen bermanfaat dan manis buat khalayak yang hadir di Zepp Kuala Lumpur, 11 November lalu. 

 

Menguatkan kenyataan diberikan AKE Group, Ungu yang memiliki lapan album studio dengan yang sulung dirakamkan pada tahun 2002 iaitu Laguku, beberapa album keagamaan yang cukup hit termasuk SurgaMu (2006) serta album runut bunyi sendiri berikrar untuk tampil maksimal pada Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless.

 

“Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.

rsz 1dsc05855

“Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan Ungu akan dipersembahkan kepada peminat, Insya Allah.

 

“Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha.

 

Menurut Pasha, mereka bakal memedleykan lagu-lagu hits dari Malaysia dan Indonesia sebagai salah sebuah hadiah untuk para penonton kelak. 

 

Untuk sama-sama meraikan Ungu dan 30 karya hits mereka, jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2), RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1) dan RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING).

 

Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 menerusi Whatsapp.

 

Para penonton disarankan memakai salah satu aksesori, busana atau kasut berwarna UNGU bertepatan dengan konsep konsert ini kelak. Ini akan menambahkan keserian suasana malam itu kelak dengan limpahan warna Ungu yang bakal bertebaran di lokasi konsert. 

 

Para pembeli tiket melalui MAYBANK bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit.  Malayan Banking Berhad merupakan bank rasmi untuk konsert ini. 

 

Manakala penerbangan rasmi pula ialah Malaysia Airlines  rakan rasmi digital merupakan Astro Gempak serta rakan radio rasmi pula adalah Sinar FM, ERA fm, Zayan dan Gegar. 

 

Dan setelah mendapatkan tiket kalian, mari kita raikan Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless  di Megastar Arena, KL pada 25 Februari 2024. Sampai jumpa semua!

 

JANGAN LUPA TIKET MULAI DI JUAL PADA (JUMAAT 1hb Disember , pukul 11.00 pagi) di www.ticket2u.com.my

 

INFORMASI

 

ACARA: Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless 

TARIKH: 25 FEBRUARI 2024

LOKASI: MEGASTAR ARENA, KL

 

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT SDN BHD  

PENAJA UTAMA: AKE GROUP 

DENGAN KERJASAMA (PENGLIBATAN SENI): AKE SENI 

 

HARGA TIKET: 

RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING)

RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1)

RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2)

 

PEMBELIAN DI LAMAN SESAWANG: WWW.TICKET2U.COM.MY

PEMBELIAN DI TALIAN HOTLINE: 012 6530 700 (WHATSAPP)

Leave a Comment