Ketua Sokongan Operasi Terima Faedah PERKESO Lebih RM80,000

AVvXsEibjvN8NbrLEPHm6M0uzI rsjo0rv7GMVlyD1beywTX0IFanACWVXWPprRH4zR ms1hGY38OeoYIqxQz1ILul PwLCHfqJU HQxLk2p2Q5VS8nlpG9L0HOyF6a6YlF1 YRiLZxtdVRmzWSDG83amRF3p2BwftSFJ4mGuttHCpvUu99MIHh Blyu9cbitik=w559 h372

 

Selepas hujan muncul pelangi, itulah ungkapan tepat menggambarkan perasaan Siti Zubaidah Mohammed apabila menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) sebanyak RM80,959.20.

Beliau menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas disahkan mengalami kecacatan pada saraf tulang belakang di bahagian thoracic menyebabkan kehilangan fungsi motorik pada kaki dan pinggul oleh Jemaah Doktor pada 21 Disember tahun lalu.

Wanita berusia 52 tahun itu bekerja sebagai Ketua Sokongan Operasi di sebuah syarikat akauntan bertauliah menderita penyakit ini akibat terjatuh ketika ingin menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja pada 1 Ogos 2022 namun berbekalkan kecekalan beliau berjaya berjalan semula dengan bantuan tongkat selepas enam bulan kemalangan hasil rawatan pemulihan yang ditawarkan PERKESO.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohammad berkata, PERKESO bukan sekadar menyediakan jaringan keselamatan sosial yang berfungsi sebagai penampan daripada isu kewangan akibat bencana domestik, tetapi agensi yang ditubuhkan sejak Oktober 1971 ini juga kini menyediakan rawatan pemulihan.

Perkhidmatan ini diberikan demi memastikan aspek produktiviti pekerja kekal terjamin, sekali gus berupaya melindungi kelangsungan sosioekonomi masyarakat.

“Pemberian faedah kepada pencarum juga merupakan salah satu testimoni paling efektif dalam memberi pemahaman kepada rakyat berkenaan kepentingan caruman perlindungan keselamatan sosial komprehensif yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi PERKESO.

AVvXsEjhRXb Tlc8GEhUu2hIGoBhlPfOFKbh3Q3S0kRRMrYfDOEnP0LNd1D4rQ8bAnSwCBh7Hcl 8h 02fg4BkZ5panK12d44Z2E1mREsBRFpSrV1MjXX43j1Pu1gewHg4t2hJfJ8Utd4KewE2tRur4tsvIDIMRTJpi08LXyhIr0kZjMkNXu0RIw2j27Klgj45o=w573 h381

“Seramai 12 penerima faedah merangkumi, empat penerima Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), empat penerima Faedah HUK, dua penerima Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) serta dua lagi penerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dengan keseluruhan bayaran faedah berjumlah RM 222,002.01,” ujar beliau lagi.

Dalam Majlis Iftar KESUMA PEKRESO 2024, 40 ibu tunggal, penjaga dan 92 anak-anak termasuk anak yatim juga menerima sumbangan hamper dan sumbangan duit raya sebagai buah tangan kepada mereka untuk menyambut aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu, Abdul Rahman juga turut melancarkan filem pendek raya terbitan PERKESO bertajuk ‘Pesan Ayah’ yang membawa mesej perlindungan dan kasih sayang seorang ayah kepada keluarganya yang turut sama membantu melancarkan persiapan Aidilfitri meskipun di tengah kesibukan menyelesaikan tugas hakiki di pejabat serta usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Filem pendek ini dilakonkan oleh Zamarul Hisham, Syiqin Kamal, Idan Aedan dan Rafique Iskandar dan boleh ditonton dalam platform Youtube menerusi saluran rasmi PERKESO iaitu @PERKESOofficial.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha KESUMA, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed

Mengenai PERKESO
PERKESO, agensi Kerajaan yang menyediakan perlindungan sosial kepada pekerja swasta, Badan Berkanun/Kerajaan, bekerja sendiri dan suri rumah serta tanggungannya daripada keadaan luar jangka. Iaitu, kemalangan, hilang upaya, penyakit, kematian dan kehilangan pekerjaan. Perlindungan ini berkonsepkan insurans sosial dengan prinsip ‘Prihatin’ dan ‘no one left behind’. PERKESO beroperasi di 54 Pejabat, 5 Pusat Rehabilitasi dan 293 MyFutureJob One Stop Center di Malaysia. Layari www.perkeso.gov.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1300 22 8000.

Leave a Comment