BANGLO SEKSYEN 12 DICIPTA KHUSUS UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA INDUSTRI FILEM TEMPATAN.

DSCN1313Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12, hasil terbitan pertama Intan Ladyana yang dicipta khusus untuk memberi sokongan kepada industri filem tempatan, dijadualkan akan berlangsung pada 25 Januari 2024. Intan Ladyana, seorang pelakon yang telah memperoleh pengiktirafan melalui penampilannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci, kini mengambil peranan utama dalam filem ini, yang dijangka akan mengagumkan peminatnya.

Pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.

DSCN1312Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air sepertiIntan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini. Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

DSCN1304Prisma Pictures Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "BANGLO SEKSYEN 12 DICIPTA KHUSUS UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA INDUSTRI FILEM TEMPATAN." adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment