Jawatan Kosong Di Koperasi PDRM Berhad

Jawatan Kosong Di Koperasi PDRM Berhad. Koperasi Polis Diraja Malaysia Behad telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan :

  1. Eksekutif Ar-Rahnu
  2. Kerani

Lokasi Jawatan : Kuala Lumpur

Nama Majikan : Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Gaji : Rm 1,300 sehingga Rm3,000

Tarikh Tutup Permohonan : Disember 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di Koperasi PDRM Berhad adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI KOPERASI PDRM BERHAD

Untuk syarat lantikan jawatan kosong di Koperasi PDRM Berhad mengikut jenis jawatan :

EKSEKUTIF AR-RAHNU

  1. Warganegara Malaysia berumur 25 – 35 tahun (calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja di organisasi yang menjalankan operasi Ar-Rahnu mestilah tidak melebihi 40 tahun);
  2. Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana / Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Perniagaan / Syariah / Pemasaran / Perakaunan / Kewangan / Perbankan Islam) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan;
  3. Memiliki kelulusan peringkat SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik / Matematik Tambahan / Prinsip Akaun serta lulus dalam tiga matapelajaran lain;
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman bekerja di syarikat yang menjalankan aktiviti Ar-Rahnu adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan;
  5. Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer/internet; dan
  6. Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.

KERANI

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 – 30 tahun (calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja mestilah tidak melebihi 35 tahun).
  2. Berkelulusan di peringkat Diploma (keutamaan dalam bidang Pengurusan Perniagaan/Syariah/Pemasaran/Perakaunan/Kewangan/ Perbankan Islam) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  3. Memiliki kelulusan SPM/SPVM/STPM atau yang setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta lulus dalam tiga matapelajaran lain;
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman bekerja di syarikat/koperasi yang menjalankan aktiviti kredit atau ar-rahnu adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan;
  5. Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer/internet; dan
  6. Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.

Capture 2

CARA PERMOHONAN

Untuk pemohon yang ingin memohon jawatan kosong di Koperasi PDRM Berhad dan layak serta menepati syarat utama lantikan juga syarat tertentu perlantikan jawatan, boleh terus ke pautan ‘JobStreet’ untuk iklan penuh dan pautan memohon : [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya terkini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Di Koperasi PDRM Berhad" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment