Jalur Gemilang

Jalur Gemilang. Sebelum mengecapi kemerdekaan, Majlis Raja-Raja telah menubuhkan jawatankuasa khusus untuk mereka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu. Hasilnya, pada 29 November 1949 rekaan seorang arkitek kerajaan dari Johor, Mohamed bin Hamzah telah dipilih.Nama Jalur Gemilang pula lahir pada kemerdekaan negara yang ke 40 dimana seorang pegawai Jabatan Muzium Negara dan Ankuiti mengusulkan nama tersebut sebagai nama rasmi bendera negara.

BENDERA MALAYSIA JALUR GEMILANG 

Bendera adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, kekuasaan dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bendera didefinisikan sebagai sepotong kain (lazimnya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau sebagai isyarat mahupun panji-panji.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bendera didefinisikan sebagai sepotong kain (lazimnya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau sebagai isyarat mahupun panji-panji.

SEJARAH BENDERA PERSEKETUAN TANAH MELAYU

Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1948. Satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan telah diadakan dan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada bulan Mei 1948. Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373 corak reka bentuk bendera dan telah dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 November 1949 untuk dibuat pertimbangan dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga pilihan reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan rekaan oleh Mohamed bin Hamzah, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Johor telah mendapat pilihan majoriti. Pihak Majlis Perundangan Persekutuan telah meminta untuk pindaan dibuat terhadap bintang pecah lima kepada bintang pecah 11 bagi menunjukkan perpaduan 11 negeri sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Untuk jalur gemilang, pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan antaranya pada warna bulan sabit dan bintang dari warna putih ke warna kuning bagi melambangkan warna diraja . Akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Pada 19 Mei 1950, reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George IV. Bendera ini telah dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur pada 26 Mei 1950. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, upacara rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini diadakan di Padang Kelab Selangor. Bendera ini telah dinaikkan dengan diiringi lagu kebangsaan ‘Negaraku’ yang buat pertama kali diperdengarkan kepada umum.

MAKSUD WARNA JALUR GEMILANG

Di bawah adalah maklumat berkaitan Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang untuk makluman umum. Selain itu, anda juga boleh merujuk lirik lagu Jalur Gemilang yang seringkali disiarkan sebagai lagu patriotik ketika bulan kemerdekaan.

Berikut adalah perincian warna yang digunakan pada bendera kebangaan rakyat Malaysia :-

1) Biru

Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain

2) Merah

Menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta

3) Putih

Menjadi lambang kesucian serta keluhuran hati masyarakat

4) Kuning

Warna Di Raja yang khusus melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan.

MAKSUD LAMBANG PADA JALUR GEMILANG

Di bawah adalah maksud kepada lambang-lambang yang digunakan pada reka bentuk Bendera:

1) Bulan Dan Bintang

Menunjukkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara

2) Bintang Pecah 14

Menggambarkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan

3) 14 Jalur

14 Jalur menunjukkan 13 buah negeri dan satu wilayah persekutuan sebagai anggota di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia.

MAKSUD NAMA JALUR GEMILANG

1) Jalur

Maksud kepada 14 jalur yang berwarna merah putih. Lambang jalur menunjukkan satu haluan yang lurus , dimana hala tuju yang sama menjadi anutan seluruh rakyat negara dari Perlis sehingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara

2) Gemilang

Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang Lambang kecemerlangan negara serta rakyat Malaysia dalam mendepani setiap cabaran yang datang. Ia turut menunjukkan kesungguhan dan kegigihan rakyat untuk menaikkan imej negara

infografik fakta jalur gemilang

Klik Sini untuk lebih info berkaitan jalur gamilang

Klik sini untuk informasi lain untuk anada

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jalur Gemilang" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment