Author: Linda

  • Tarikh Pendaftaran Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia

    Tarikh Pendaftaran Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia

    Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah pun dilancarkan. Dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia telah diperkenalkan bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

    PAKEJ LANGGANAN INTERNET KELUARGA MALAYSIA

    2 pakej yang diperkenalkan di dalam Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia adalah Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia. Info lanjut berkenaan pakej tersebut :

    Pakej Remaja Keluarga Malaysia

    Pakej Remaja ini bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik.

    1. Pakej prabayar khusus untuk remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
    2. Harga pakej boleh didapati dengan hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30)
    3. Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).
    4. Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.
    5. Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad

    Pakej Peranti Keluarga Malaysia

    Pakej Peranti Keluarga Malaysia, iaitu pakej yang membantu keluarga mendapatkan peranti dengan harga yang mampu milik.

    1. Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
    2. Pakej ini termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
    3. Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

    TARIKH PENDAFTARAN

    Tempoh pendaftaran bagi Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia ini akan dibuka mulai 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022.

    Cara Pendaftaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebelum 15 Oktober 2021.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media penuh di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM. (Klik Disini)

    infografik dari Bernama

    Klik Disini untuk lebih info bantuan dan semakan permohonan

     

  • Jawatan Kosong Penolong Jurutera Gred JA29 Di IIUM

    Jawatan Kosong Penolong Jurutera Gred JA29 Di IIUM

    Jawatan Kosong Penolong Jurutera Gred JA29 Di IIUM ( International Islamic University Malaysia) kini dibuka. IIUM mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak / tetap. IIUM merupakan sebuah universiti antarabangsa terkenal yang komited sepenuhnya untuk mencapai kecemerlangan menyeluruh dalam usaha akademik dan pentadbirannya. 

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Penolong Jurutera Gred JA29
    Lokasi Jawatan : Kulliyyah of Education @ IIUM Gombak Campus
    Nama Majikan : International Islamic University Malaysia (IIUM)
    Gaji : (Rujuk info dibawah)
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

    Bidang Jawatan :

    1. Pentadbiran

    Tarikh Tutup Permohonan : 21 September 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 Di IIUM adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Semua calon mesti memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk peperiksaan lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Sijil Kejuruteraan Elektronik yang diiktiraf oleh Kerajaan dari mana-mana politeknik tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
    2. Diploma Kejuruteraan Elektronik yang diiktiraf oleh Kerajaan, dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
    3. Baik dalam mengendalikan dan menyelenggara peralatan audio dan visual.
    4. Mampu melakukan penyelenggaraan dan pembaikan kecil peralatan Audio Video
    5. Kemahiran analitik dan penyelesaian masalah yang baik.
    6. Pengalaman dalam membantu menyediakan spesifikasi teknikal untuk memperoleh peralatan AV akan menjadi kelebihan tambahan
    7. Mampu bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
    8. Bermotivasi diri, berbilang tugas dan mampu bekerja di bawah tekanan.

    Perokok tidak digalakkan untuk memohon

    Pemohon yang disenarai pendek yang kini merupakan kakitangan Kerajaan Malaysia atau Badan Berkanun di Malaysia diminta untuk menghantar salinan cetak permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta laporan sulit dan rekod perkhidmatan terkini.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Calon yang berminat untuk memohon jawatan ini hendaklah mendaftar dan log masuk ke laman web International Islamic University Malaysia (Klik Disini)

    Iklan penuh berkaitan jawatan ini boleh (Klik Disini)

    Sila nyatakan gaji yang ingin dipohon dan sertakan slip gaji terkini sebagai rujukan.

    Klik Disini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya yang lain untuk anda

  • Jawatan Kosong Jururawat Gred U29 Di IIUM

    Jawatan Kosong Jururawat Gred U29 Di IIUM

    Jawatan Kosong Jururawat Gred U29 Di IIUM ( International Islamic University Malaysia) kini dibuka. IIUM mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak / tetap. IIUM merupakan sebuah universiti antarabangsa terkenal yang komited sepenuhnya untuk mencapai kecemerlangan menyeluruh dalam usaha akademik dan pentadbirannya. 

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Jururawat Gred U29
    Lokasi Jawatan : Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM Kuantan Campus
    Nama Majikan : International Islamic University Malaysia (IIUM)
    Gaji : (Rujuk info dibawah)
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap

    Bidang Jawatan :

    1. Pentadbiran

    Tarikh Tutup Permohonan : 31 December 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Jururawat Gred U29 Di IIUM adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Semua calon mesti memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk peperiksaan lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN JURURAWAT GRED U29

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Diploma Kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau institusi yang setaraf dengannya, DAN telah mendaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
    2. Memiliki Annual Practicing Certificate (APC) yang aktif.
    3. Mampu bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
    4. Mempunyai tahap motivasi, disiplin dan keperibadian yang tinggi.
    5. Mampu bekerja dalam satu pasukan, komited dan berdedikasi untuk bekerja.
    6. Memiliki tahap integriti yang tinggi.
    7. Mampu bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum.
    8. Pemohon yang mempunyai sijil asas di bidang kejururawatan penjagaan kritikal sangat digalakkan untuk memohon.

    Perokok tidak digalakkan untuk memohon

    Pemohon yang disenarai pendek yang kini merupakan kakitangan Kerajaan Malaysia atau Badan Berkanun di Malaysia diminta untuk menghantar salinan cetak permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta laporan sulit dan rekod perkhidmatan terkini.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Calon yang berminat untuk memohon jawatan ini hendaklah mendaftar dan log masuk ke laman web International Islamic University Malaysia (Klik Disini)

    Iklan penuh berkaitan jawatan ini boleh (Klik Disini)

    Sila nyatakan gaji yang ingin dipohon dan sertakan slip gaji terkini sebagai rujukan.

    MAKLUMAT LANJUT :

    Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi :

    IIUM Medical Centre
    International Islamic University Malaysia
    Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
    Bandar Indera Mahkota
    25200 Kuantan
    Pahang Darul Makmur
    Tel: 09-5912500 ext. 2507/1076/1030
    Fax: 09-5912699
    Email: iiummc@iium.edu.my
    Website: www.iiummc.edu.my

    Klik Disini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya yang lain untuk anda

  • Semakan Surat Tawaran Program Sarjana Muda UiTM Sepenuh Masa Sesi 1 2021

    Semakan Surat Tawaran Program Sarjana Muda UiTM Sepenuh Masa Sesi 1 2021

    Pengumuman penting berkaitan Semakan Surat Tawaran Program Sarjana Muda UiTM Sepenuh Masa Sesi 1 2021 (Universiti Teknologi MARA) akan dibuka. Pemohon yang telah memohon dan membuat pendaftaran boleh membuat semakan di portal rasmi.

    SEMAKAN SURAT TAWARAN MENGIKUT KATEGORI PERMOHONAN

    Pemohon yang ingin membuat Semakan Surat Tawaran Program Sarjana Muda UiTM Sepenuh Masa Sesi 1 2021 boleh dibuat melaui 2 cara dan pemohon boleh memilih cara semakan masing-masing mengikut kategori permohonan pendaftaran sebelum ini :

    Permohonan melalui Online UPU

    Pemohon yang membuat permohonan yang dilakukan melaui akaun Online UPU bagi Lepasan STPM/ Matrikulasi KPM/ ASASI/ STAM/ Diploma Uitm/ Diploma IPT lain telah boleh membuat semakan surat tawaran

    bermula pada 17 September 2021 (Jumaat) Jam 3 petang.

    Disertakan pautan terus ke Online UPU : (Klik Sini)

    Permohonan melalui Online Uitm

    Pemohon yang membuat permohonan yang dilakukan melaui akaun Online UiTM bagi Lepasan Penerapan Semester Akhir Undang-Undang UiTM (PI005) dan juga Lepasan Diploma UiTM (yang memohon program Perubatan, Pergigian & Farmasi) telah boleh membuat semakan surat tawaran

    bermula pada 17 September 2021 (Jumaat) Jam 3 petang.

    Disertakan pautan terus ke Online Uitm : (Klik Sini)

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan Surat Tawaran Program Sarjana Muda UiTM (proses pengambilan/syarat program/keputusan kemasukan) ke Uitm boleh hubungi :

    No tel : (Klik Sini)

    Faks: (+603) 5544 3170 / 5543 8534
    Web: http://pengambilan.uitm.edu.my

    Pengarah
    Bahagian Pengambilan Pelajar
    Kompleks Antarabangsa
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam, Selangor

    Klik Sini untuk lebih info berkaitan semakan hebahan keputsan lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2021/2022

     

  • Permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP

    Permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP

    Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP (Yayasan Wilayah Persekutuan) ini ditawarkan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sepenuh masa di peringkat IJAZAH PERTAMA bagi kemasukan semester pertama sesi 2021/2022.

    SYARAT PERMOHONAN SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YWP

    Untuk membuat permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP ini, pemohon hendak lah memenuhi syarat-syarat utama seperti berikut :

    • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
    • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
    • Tawaran adalah tertakluk kepada : Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam atau Kemasukan ke semester 1, tahun 1
    • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan. Berikut adalah kaedah pengiraan pendapatan perkapita keluarga :
      Pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap) dibahagikan dengan bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan.

    KELAYAKAN AKADEMIK

    1. Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
    2. Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma

    TATACARA PERMOHONAN

    1. Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
    2. Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.
    3. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar :
    • Surat Beranak.
    • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
    • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
    • Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada)
    • Keputusan / transkrip peperiksaan : SPM atau STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma

    PERINGATAN

    Pemohon yang tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya

    Pemohon-pemohon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga

    Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

    PERMOHONAN SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI YWP

    Kepada pemohon yang berminat untuk mendapatkan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP, menepati syarat-syarat yang diberikan serta faham tatacara permohonan biasiswa ini boleh memuat turun borang permohonan Klik Disini

    Tarikh Tutup Permohonan : 6 Oktober 2021

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut boleh layari laman portal rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan (Klik Sini)

    Info langsung berkaitan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (Klik Sini)

    Anda juga boleh hubungi:

    Tel : +603 2698 3073
    Fax : +603 26983075
    Email : info@yayasanwp.org.my

    Klik Sini untuk lagi info berkaitan pendidikan untuk anda