Tarikh Pendaftaran Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia

Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah pun dilancarkan. Dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia telah diperkenalkan bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Isi Kandungan

PAKEJ LANGGANAN INTERNET KELUARGA MALAYSIA

2 pakej yang diperkenalkan di dalam Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia adalah Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia. Info lanjut berkenaan pakej tersebut :

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja ini bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik.

  1. Pakej prabayar khusus untuk remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
  2. Harga pakej boleh didapati dengan hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30)
  3. Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).
  4. Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.
  5. Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Pakej Peranti Keluarga Malaysia, iaitu pakej yang membantu keluarga mendapatkan peranti dengan harga yang mampu milik.

  1. Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
  2. Pakej ini termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
  3. Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

TARIKH PENDAFTARAN

Tempoh pendaftaran bagi Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia ini akan dibuka mulai 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022.

Cara Pendaftaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebelum 15 Oktober 2021.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media penuh di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM. (Klik Disini)

infografik dari Bernama

241273725 3754178434806663 8577054781764335430 n.jpg? nc cat=101&ccb=1 5& nc sid=8bfeb9& nc ohc=u6DeYhRsPc8AX Bo5Vm&tn=djTde644f4J7CWnm& nc ht=scontent.fmkz1 1

Klik Disini untuk lebih info bantuan dan semakan permohonan

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tarikh Pendaftaran Pakej Langganan Internet Keluarga Malaysia" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment