Author: Destina Asia

  • ZEMVELO MENSASARKAN RM200 JUTA HASIL JUALAN UNTUK TAHUN 2024.

    Para peminat dan pengguna suplemen kesihatan mungkin tidak lagi asing dengan tumbuhan herba Sacha Inchi atau nama saintifiknya, Plukenetia Volubilis. Ia berasal dari Hutan Amazon Peru. Untuk pengetahuan, masyarakat Inca di Peru telah menggunakan Sacha Inchi sebagai sumber perubatan dan kesihatan sejak 3,000 tahun dahulu.

    Disember yang lalu, Naurish Sdn Bhd dengan gembira mengumumkan pengambilalihan ZEMVELO, sebuah jenama terkemuka yang tertumpu kepada produk Sacha Inchi, dan kilang pengeluarannya, Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd. Strategi ini meletakkan Naurish Sdn Bhd sebagai pemain utama dalam pasaran Sacha Inchi dan meningkatkan komitmennya untuk menghasilkan produk kesihatan berasaskan tumbuhan yang berkualliti tinggi.

    Pengambilalihan ini termasuk 22 Syarikat Jenama OEM Sacha Inchi di bawah naungan Sacha Inchi Marketing Sdn Bhd, menandakan perkembangan yang ketara dalam portfolio Naurish Sdn Bhd.

    Naurish Sdn Bhd berbangga dengan komitmennya untuk menghasilkan gelatin softgel berasaskan sayuran 100%. Syarikat ini tidak menggunakan bovin atau elemen berasaskan haiwan lain. Ini menjadikan Minyak Sacha Inchi dapat digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna, termasuk vegetarian dan vegan. Syarikat ini menekankan kepentingan pemilihan produk oleh pengguna, kerana softgel di dalam pasaran mungkin berasal dari sumber yang bukan berasaskan tumbuhan dan status halal yang meragukan.Berbeza dengan beberapa produk di pasaran yang mungkin mengisytiharkan softgel mereka berasaskan tumbuhan & halal tanpa pengesahan yang betul. ZEMVELO dengan bangga memegang sijil HALAL dan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, syarikat ini berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), mengukuhkan lagi komitmennya terhadap standard global dan keselamatan produk.

    Komitmen Naurish Sdn Bhd terhadap kecemerlangan tidak terbatas pada sijil sahaja. Setiap produk mengalami ujian makmal yang ketat untuk memastikan semua tahap vitamin dan omega 3, 6, 9 memenuhi standard kualiti tertinggi. Komitmen ini menekankan usaha berterusan syarikat dalam setiap aspek penawaran produknya.

    Alami kecekapan dalam kecergasan dengan softgel ZEMVELO yang mempunyai kadar kelarutan pantas, memastikan penyerapan optimum dalam masa hanya satu minit. Ini menetapkan standard baru, mengatasi kapsul konvensional (vegetable carrageenan) (4 minit) dan softgel (bovine) (3 minit).

    Naurish Sdn Bhd berharap dapat membawa manfaat Sacha Inchi kepada pengguna yang lebih luas, mengekatkan komitmen terhadap kualiti, kelestarian, dan kepuasan pelanggan.

  • MFWS 2024 Bawa Fesyen Modest Ke Peringkat Global

    Acara yang dinantikan sejak tahun lalu telah pun berlangsung pada 8 dan 9 Februari di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, acara KTT Modest Fashion & Womenpreneur Summit 2024 ini menampilkan 13 usahawan dan pemimpin wanita serta 12 jenama fessyen modest dari pelbagai negara.

    MFWS 2024 melancarkan misi hebat iaitu membentuk Komuniti Usahawan Wanita Antarabangsa (IWCA), menyatukan usahawan wanita dari seluruh dunia dalam segala sektor, untuk saling mendukung dan mempercepat pertumbuhan perniagaan masing-masing

    Untuk menjalankan misi ini, MFWS 2024 telah menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkongsi minat dalam memajukan keusahawanan wanita. Salah satu sokongan utama datang dari jenama kecantikan ternama Indonesia iaitu Wardah, yang turut menjadi penaja acara. Dini Ardi Wardini, Naib Presiden Inovasi dan Pembangunan Produk di Paragon Corp, syarikat induk Wardah, menyambut baik inisiatif ini sebagai idea yang bernas.

    Wardah turut memberikan sumbangan dengan membawa masuk beberapa penceramah yang merupakan pemimpin wanita dari dalam ekosistem syarikat mereka. Salah seorang daripada mereka ialah Dini Ardi Wardini, Naib Presiden Inovasi dan Pembangunan Produk Paragon Corp yang telah disebut sebelum ini.

    Satu aspek yang menarik mengenai MFWS 2024 ialah perbezaannya dengan persidangan perniagaan lain, dengan menampilkan pertunjukan modest fashion show sebagai tumpuan utama dari hari pertama hingga hari kelapan acara. Agenda ini menarik 11 jenama modest fashion terkemuka dan paling berpengaruh dalam industri, termasuklah Buttonscarves, By Ayu Dyah Andari, dan Sall.

    MFWS 2024 merupakan acara yang dianjurkan oleh PT Kreasi Mode Internasional, menarik minat ribuan usahawan wanita dari 66 negara yang berbeza. Walaupun hanya 22 negara yang berjaya terpilih untuk menyertai acara prestij ini di Kuala Lumpur. Tidak hanya itu, PT Kreasi Mode International juga berencana untuk mengadakan MFWS di Qatar menjelang akhir tahun 2024, menambahkan lagi sorotan kepada acara mode global ini.

     

  • ERNIE ZAKRI IS ACTIVELY PROMOTING HER LATEST ALBUM IN JAKARTA.

    Big news! Ernie Zakri, the acclaimed Malaysian singer, is presently on an electrifying promotional tour for her latest album “Aura,” which premiered just a few months back. The album’s enchanting single ‘Masing Masing,’ a compelling collaboration with Ade Govinda of Indonesia, has motivated Ernie to explore our neighboring country and illuminate this remarkable track.

    ‘Masing Masing’ isn’t just any song – it’s an emotive tale of heartache, composed and crafted by the highly talented Indonesian singer-songwriter Ade Govinda alongside Nabila V. It depicts a couple’s decision to separate in pursuit of individual happiness, offering a captivating narrative that resonated deeply with Malaysian listeners, propelling it to an outstanding 8th place on the prestigious ERA 40 Chart. The MV for ‘Masing Masing’ managed to receive 1.4 million views in the time span of 2 months, with support from fans especially from Malaysia and Indonesia. “I
    would like to express my gratitude to my fans who have supported my song, ‘Masing Masing,’and I hope to visit Indonesia again in the future to perform ‘Masing Masing’,” Ernie explained.

    Ernie’s promotional odyssey kicked off in Jakarta on January 15, 2024, unleashing a whirlwind of electrifying energy as she plunged into a vibrant array of online and radio interviews. She graced Kinari Warta Kota Podcast and iradio Jakarta before making electrifying appearances on the Sea Today Morning Show and Pro 2 Jakarta. The buzzing momentum continued as she took the Indonesian media by storm with riveting guest spots on Detik Pagi, Celebrits Okezone, and I Talk Insert, marking her presence in Indonesia’s media arena.The following day, her media blitz intensified with an enthralling interview at In Today Media and an engaging encounter with the distinguished voices of JakFM. This promotional crusade concluded with a captivating performance of ‘Masing Masing’ by Ernie Zakri and Ade Govinda at the iconic Anjungan Sarinah Jakarta, leaving a lasting impression on her fans and the media.

    “I am very happy with the promotional framework in Jakarta. In fact, I didn’t expect the reception from the media over there would be so good towards me. They provided the best cooperation. Although I was a bit tired of chasing for time, I am happy with what has been planned by Universal Music Malaysia and MyMusic Records,” explained Ernie.

    Ernie, who previously wowed audiences with the hit ‘Hal Hebat’ in collaboration with Govinda, holds high hopes for the captivating ‘Masing Masing’ in Indonesia. “Of course, I want the best for this song. I really hope it will be well-accepted by Indonesian music listeners because my hopes for this song and album are high. However, everything depends on luck and my own efforts. Hopefully I will receive good news from Indonesia,” commented Ernie again about her hopes to promote the song and album in Indonesia.

    Upon her return, the unstoppable Ernie continues championing her album “Aura” and gears up for an electrifying lineup of concerts and performances that promise to captivate audiences with her undeniable talent and charisma. Stay tuned for a captivating journey with the illustrious Ernie Zakri.

  • Anugerah Lagu Indie Mengumumkan Finalis-Finalis Top 5

    Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai penuh Finalis-finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif di Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pada petang semalam.

    Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia. Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop.

    Selain penambahan kategori, Anugerah Lagu Indie 2023 menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional. Dan paling menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023.

    Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahun ini, kami telah menerima 626 buah lagu dan lebih 11 ribu undian awam merentasi kategori genre telah diterima oleh #ALI2023 pada tahun ini. Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi. Sebanyak 15 lagu layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac 2024 nanti.”

    Jennifer Thompson, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie berkata, “Lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai Finalis Anugerah Lagu Indie telah dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu. Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli. Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh Juri Profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%.”

    Anugerah Lagu Indie 2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9; Rakan-rakan Media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie, Medialah!, Media Variasi, Selebriti Online, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Relevan, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo.

    Jangan lupa untuk menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

    Senarai penuh Finalis Anugerah Lagu Indie disertakan di helaian Lampiran.

    Lampiran

    SENARAI FINALIS ANUGERAH LAGU INDIE 2023

    TOP 5 KATEGORI HIP HOP TERBAIK

    1. ICE COLD CASTLE

    ○ KOMPOSER OLEH: JEFFERY CHONG, OOI CHEN CHUN, AMMAR ARIFF, DANISH HAKIMI.

    ○ LIRIK OLEH: JEFFERY CHONG, AMMAR ARIFF, DANISH HAKIMI

    ○ ARTIS: YUNG KAI, NAKALNESS, AKKIMWARU.

    1. CANDY MIND

    ○ KOMPOSER OLEH: SYA

    ○ LIRIK OLEH: SYA & SENNA

    ○ ARTIS: SYA

    1. LXF

    ○ KOMPOSER OLEH: SABBALA, RAHHH5KAKI, ISSA GOODMUSIC, JAYMHD7, A.D.K., ZEMO, BENZOOLOO, DANYE, REBEL ASIA & DJ RUCKES

    ○ LIRIK OLEH: SABBALA, RAHHH5KAKI, ISSA GOODMUSIC, JAYMHD7, A.D.K., ZEMO, BENZOOLOO, DANYE, REBEL ASIA & DJ RUCKES

    ○ ARTIS: LXF

    1. GARD O GARD

    ○ KOMPOSER OLEH: UZAYR MUHAMMAD DAN JEFFREY AFFANDY ○ LIRIK OLEH: UZAYR MUHAMMAD DAN JEFFREY AFFANDY

    ○ ARTIS: 53 UNIVERSE

    1. MIMPI UNTUK SEMALAM

    ○ KOMPOSER OLEH: DAFREAKINAZ, JAYSTATION, QUAI

    ○ LIRIK OLEH: JAYSTATION, QUAI

    ○ ARTIS: SLATAN / JAYSTATION, QUAI

    TOP 5 KATEGORI POP TERBAIK

    1. PURA

    ○ KOMPOSER OLEH: FATIN FAIZAL

    ○ LIRIK OLEH: FATIN FAIZAL

    ○ ARTIS: FATIN FAIZAL

    1. PEMBUNUH MALAM

    ○ KOMPOSER OLEH: HAZEEQ HILMAN & MUHD HAZIQ

    ○ LIRIK OLEH: HAZEEQ HILMAN & MUHD HAZIQ

    ○ ARTIS: LUNAR

    1. STARGAZING

    ○ KOMPOSER OLEH: ODELIA TIRZA

    ○ LIRIK OLEH: ODELIA TIRZA

    ○ ARTIS: ODELIA TIRZA

    1. LUKA

    ○ KOMPOSER OLEH: LILY JANNAH

    ○ LIRIK OLEH: LILY JANNAH

    ○ ARTIS: LILY JANNAH

    1. DERANA

    ○ KOMPOSER OLEH: SYAHIR CHERPEN

    ○ LIRIK OLEH: SYAHIR CHERPEN

    ○ ARTIS: HEIDI & RUANG HATI

    TOP 5 KATEGORI ROCK TERBAIK

    1. JIWA (TAKHTA MILIK KITA)

    ○ KOMPOSER OLEH: AIMRAN, FAZ, ADRY, SHAHRIL

    ○ LIRIK OLEH: SHAHRIL REDZWAN

    ○ ARTIS: AKTA

    1. IN THE HAZE

    ○ KOMPOSER OLEH: CHIA SHOCK HONG, BRYAN LU

    ○ LIRIK OLEH: CHIA SHOCK HONG

    ○ ARTIS: MATH CLASS

    1. INTI SARI

    ○ KOMPOSER OLEH: HAYZEEQ IMAN, DANIEL ASWAD & HARITH ZIKRY ○ LIRIK OLEH: HAYZEEQ IMAN & DANIEL ASWAD

    ○ ARTIS: ZEROPHOBIA

    1. TERRA LUNA

    ○ KOMPOSER OLEH: CRAZY GRIZZLY

    ○ LIRIK OLEH: MUSTIKA SARI

    ○ ARTIS: CRAZY GRIZZLY

    1. SOULED OUT

    ○ KOMPOSER OLEH: VOTA

    ○ LIRIK OLEH: VOTA

    ○ ARTIS: VOTA

    Contest istimewa menanti untuk penonton yang menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 dan anda berpeluang untuk memenangi motosikal HONDA RS-X.

    Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023:

    Hari: Khamis

    Tarikh: 7 Mac 2024
    Masa:  8.30 PM
    Saluran: Youtube Anugerah Lagu Indie

    Lawati @anugerahindie untuk info lanjut Anugerah Lagu Indie 2023!

  • “Rasai Kepelbagaian menu di SACC: Buffet Ramadan”

    SACC tidak hanya menawarkan hidangan lazat tetapi juga menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan dan berkesan. Setiap hidangan, dari masakan Melayu tradisional hingga hidangan etnik Cina dan India, menggambarkan warisan budaya negara ini yang unik.

    “Mengambil inspirasi daripada percampuran budaya dan masyarakat majmuk di Malaysia, SACC memilih Selera Orang Kita dengan slogan Bufet 25 Malam sebagai tema menu bufet Ramadan kali ini”, ujar Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd.

    “Award Winning Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama chef-chef hebat SACC yang lain menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Kambing Kebuli, Mee Kari Nonya, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Masala Kentang, Ikan Stim Cantonese, Udang Goreng Telur Masin, Sotong Goreng Kam Heong serta menu istimewa tahun ini yang semestinya menjadi tarikan pengunjung iaitu Nasi Ambeng SACC”, ujar Azlina lagi ketika ditemu bual di Majlis Prebiu Buffet Ramadan SACC di sini.


    SACC juga turut menyediakan pelbagai gerai makanan untuk pengunjung nikmati antaranya Apam Balik SACC, Air Kathira Power, Loh Shi Fun, Teppayanki & Kakiage Tempura, Aneka Goreng-Gorengan, Sup Periuk, Rojak Pasembor dan banyak lagi.

    “Kelainan pada tahun ini, SACC turut menyediakan sajian mangkuk tingkat untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menikmati hidangan bufet Ramadan di SACC dilengkapi dengan nasi, 3 jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga RM159”, tambah Azlina.

    “Selain itu, anak syarikat kami iaitu SACC Food Chain Sdn. Bhd. turut menyediakan tempahan hamper raya dan aneka biskut raya yang boleh dibawa pulang sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitiri atau boleh dijadikan sebagai hadiah korporat”, tambah Azlina lagi. Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan penjimatan melalui promosi istimewa yang sedang berlangsung di laman sesawang SACC https://www.saccramadan.com/iaitu Promosi Pembelian Awal RM98+ untuk dewasa
    dan RM68+ untuk kanak-kanak yang berusia (7 sehingga 12 tahun) manakala di bawah 7 tahun adalah PERCUMA.


    Bagi pelanggan Korporat SACC, Pakej Korporat yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM110+ lengkap dengan Penggunaan Ruang Dewan Khas, Kemudahan Skin LED, Pentas Mudah Alih, Kemudahan PA Sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati.

    Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang Pakej Korporat SACC, sila hubungi kami dan pegawai jualan kami akan sedia membantu anda. Tempahan dan pembelian awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511
    8858 / 013-250 2858.