Author: Destina Asia

  • WALI X SETIA in Penang, Konsert “CARI JODOH” & “DAWAI”

    Orange International Sekali Lagi Berjaya Hiburkan Peminat Muzik Pop, Kali Ini Di Sebelah Utara

    Konsert mega yang julung kali diadakan, KONSERT WALI X SETIA “CARI JODOH” & “DAWAI” DI PULAU PINANG anjuran syarikat penganjur konsert terkemuka, Orange International (OI) berjaya menghiburkan peminat – peminat muzik khususnya di Utara, artikel yang pada mulanya menampilkan kumpulan pop popular Indonesia (Wali Band) dikejutkan dengan penambahan itu. sebuah lagi kumpulan pop (Charly Setia Band), selain itu, penonton turut disajikan dengan persembahan penyanyi sedang meningkat naik dari Indonesia, Fadhilah Intan yang menyanyikan lagu Dawai selain penampilan penyanyi popular Malaysia, Saixse dan juga Khai Bahar.

    “Pada mulanya, hanya Wali sahaja yang akan menjadi main act, tetapi seakan bulan jatuh ke riba apabila Charly Setia pula berminat untuk turut serta menjayakan konsert berkenaan, bonus tidak ternilai buat siapa yang menontonnya kerana kami menawarkan tiket pada harga yang sama,” jelas Dato’ Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange International.

    Konsert yang bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang menyaksikan Wali mempersembahkan dalam 12 buah lagu hit mereka seperti Cari Jodoh, Ada Gajah Di Balik Batu, Si Udin Bertanya, Yank, Aku Bukan Bang Toyib dan lain-lain.

    “Terima kasih buat semua peminat kami di Malaysia yang hadir menyaksikan Wali beraksi, kamu semua adalah yang terbaik!

    “Kami sangat berbesar hati dapat menghiburkan anda semua dan ‘asyik’ dengan sing-along bersama-sama kami,” kongsi Faank, vokalis Wali.

    Manakala Charly Setia menyanyikan lagu-lagu popular mereka seperti Cinta Sampai Mati, Jangan Pernah Berubah dan Asmara, di antara lainnya.

    Seterusnya, malam konsert menjadi gamat apabila penyanyi Fadhilah Intan menyanyikan lagu Dawai yang ditunggu-tunggu ramai, dan lebih istimewa apabila dia turut menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

    Malam konsert bertambah hangat apabila giliran Saixse pula muncul di pentas dengan menyanyikan lagu Malam Pagi yang dinyanyikan bersama oleh semua penonton yang hadir, dan Khai Bahar pula membawakan lagu Luluh, Bayang, Oh Wanita dan sebuah lagu bonus, Lemas.

    “Kami amat berpuas hati menyaksikan konsert yang dibawakan kedua-dua pihak penganjur, pelbagai ‘perisa’ muzik yang disajikan dengan genre yang berbeza dapat memenuhi citarasa setiap penonton yang hadir,” kongsi salah seorang penonton.

    Rata-rata penonton yang hadir mengenakan baju berwarna hijau yang menjadi tema pada malam konsert sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools yang disarankan oleh kerajaan.

    “Terima kasih kepada semua pembeli tiket dan penonton yang hadir menggamatkan konsert, sekali lagi saya selaku pihak penganjur bersama-sama MN berterima kasih kepada pembeli-pembeli tiket awal yang memahami dengan pertukaran tarikh dan ‘kejutan’ ini,” akhiri Dato’ Fadzli Idrus.

  • PERASMIAN BUSANA BAJU MELAYU JENAMA ‘ELRAH EXCLUSIVE’

     

    Jenama busana terkenal, ELRAH EXCLUSIVE telah melancarkan butik busana baju Melayu mewahnya di ‘Shoppes at Four Seasons Place’ di Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini adalah permulaan perjalanan baharu bagi jenama ini yang mempamerkan koleksi baju Melayu mereka yang sangat eksklusif bersempena dengan musim perayaan sambutan Aidilfitri 2024. Kejayaan Elrah terbukti apabila pasarannya menembusi pasaran Malaysia dan juga Thailand selama lebih sedekad, Elrah Exclusive membuktikan ia mampu menarik perhatian pelanggan dengan rangkaian lebih 100 pilihan warna yang mengagumkan dalam koleksi terbaru mereka.

    Rekaan baju Elrah Exclusive yang terkenal dengan potongan segak bersama butang unik dan aksesori lainnya bakal tampil lebih mewah dari segi kemasannya di koleksi raya tahun ini. Koleksi baju melayu Elrah 2024 menggunakan bahan ‘abloh crepe‘ berkualiti tinggi, dan menawarkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai. Saiz yang ditawarkan pula bermula dari XXS hingga XXL sesuai untuk semua peringkat umur.

    Harga bagi sepasang baju melayu Elrah adalah mampu milik bermula dari RM99 sehingga ke RM199. Di antara ciri-ciri istimewa pada rekaan baju melayu Elrah adalah kerana potongan slim fit dengan zip sisi kiri-paduan tradisi dan tren, mencipta penampilan yang menawan serta aksesori ekslusif percuma seperti pin rantai logo, butang octagon, sapu tangan percuma berserta kotak ekslusif.

    Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh pengasas Elrah Exclusive serta duta rasmi jenama Elrah iaitu Tn. El Azman selaku pengasas Elrah Exclusive, serta Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairi selaku duta jenama ini. Butik ini telah dirasmikan pada 26th February 2024 pada jam 3.00 pm. Terdapat pelbagai koleksi pakaian yang dijual, antaranya seperti Baju Melayu Ultimate 2.0, Baju Melayu Luxe Teluk Belanga, Kurta Klasik Eksklusif, Jubah Eksklusif, koleksi pakaian kanak-kanak dan sampin Elrah.

    Lokasi ini dipilih kerana ia berada di tengah ibu kota dan sekaligus dilihat sebagai lokasi yang paling strategik dan premium di dalam Four Seasons Place. Ia juga mengambil kira jumlah trafik dan tumpuan pembeli yang banyak, maka lokasi ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari keperluan baju Melayu di tengah kota.

    Butik ini mensasarkan golongan yang ingin merasakan suasana yang selesa dan mewah untuk pelanggan setia Elrah Exclusive dengan harga yang mampu milik. Bagi sebarang keterangan atau pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Amirun Nazreen di talian 017-2413839, Pegawai Operasi Elrah Exclusive Shoppes at Four Seasons Place.

  • ‘FEEL DA STARZ’ TALENT SEARCH PROGRAMME LAUNCH CEREMONY.

    The FEEL DA STARZ (FDS) talent search programme is a singing reality show that seeks to find singing talent for the Felda community. The goal of this programme is to provide opportunity for the skilled Felda community to advance their skills. Each participant in this tournament will be eliminated in numerous Felda tour series before moving on to the final stage, which will take place at MAEPS in Serdang on Felda Settlers Day 2024 (HPF24) from July 12 to 14.

    The primary goal of this programme is to create a forum for participants to hone their present skills while also improving the socioeconomic position of their families in Felda. This programme will endure for five months, beginning in March.

    Online auditions will be available at https://segalanyafelda.com/feel-da-starz/ beginning March 1 and ending March 30. A total of 40 competitors will be chosen from the online entries. They will participate in voice study and performance workshops led by expert teachers at ISEF, Bangi (Semarak Felda Institute).Grand prize The cash award for the FDS winner is RM10,000, second place is RM7,000.00, and third place is RM5,000.00. The victor will also be given the opportunity to record a single album and get a prize.

    Fadzliniza Zakaria, an experienced reality show producer for TV3 and Astro, is the Executive Producer of this FDS programme. This launch event celebrates the growth of Felda as a lifestyle brand for the public.

    At the same time, FELDA established its website, www.segalanyafelda.com. The website was designed to provide information on the activities that will take place in the run-up to FELDA Settlers’ Day 2024 in July. Information on this competition and other events is also downloaded to make information more accessible to the public.

    The FELDA Settlers Day Celebration 2024 (HPF24) will take place in Maeps, Serdang, from July 12 to 14, 2024, with over 500,000 expected attendees.

  • Gandingan Tiga Jejaka “ONCE MEKEL, MERCELL & BAMS (EX SAMSONS)” Akan Membuat Peminat Larut Dalam Perayaan Vokal

    Gandingan Tiga Jejaka “ONCE MEKEL, MERCELL & BAMS (EX SAMSONS)” Akan Membuat Peminat Larut Dalam Perayaan Vokal

    Kali pertama dipersembahkan di Malaysia. Gabungan tiga lelaki berkarisma, persona dan vokal yang tiada tolok bandingnya akan bersama di satu pentas.

    Once Mekel, Marcell dan Bams (ex Samsons); menyebut tiga nama mereka sudah membuat getar rasa apatah lagi saat barisan lagu-lagu penyanyi lelaki solo ini bukan asing di pendengaran kita.

    Perdana bergabung dalam konsert yang digelar Trio Terhebat (Vol 1), mari kita masuk dan larut dalam atmosfera manis yang akan diciptakan dengan kehadiran Once, Marcell dan Bams pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

    Bayangkan bukan hanya menyanyi tapi kita akan ikut berdansa dengan rendisi lagu yang dilantunkan sepenuh hati daripada tiga penyanyi solo lelaki yang sudah terbukti hebat sepanjang berkarier.

    Konsert ini dibawakan khas oleh Arena Muzik dengan sokongan Icon Entertainment.

    Bagi Arena Muzik dan ICON Entertainment, menggabungkan Once, Marcell dan Bams dalam Trio Terhebat umpama membawa penonton hadir dalam ‘perayaan vokal’ dan bonus berganda dengan tiga penyanyi solo lelaki di atas satu panggung.

    “Membawa dan menganjurkan Trio Terhebat (Vol 1) adalah projek yang kami sifatkan sebagai konsert penuh magis kerana penyanyi solo lelaki yang ada di dalam ini.

    “Once Mekel, Marcell dan Bams adalah tiga nama besar dalam belantika muzik nusantara. Mereka sudah mencetak banyak sejarah dan tentu saja mempunyai ramai peminat yang terkumpul sejak masing-masing berkarier sebagai penyanyi.

    “Jadi Trio Terhebat akan menjadi konsert terbaik daripada Once Mekel, Marcell dan Bams untuk disaksikan kerana di panggung Trio Terhebat mereka bertiga bukan sahaja pertama kali bergabung tetapi di peminat akan ‘disihir’ dengan karisma mereka.

    “Malah bonus buat peminat adalah mereka membayar satu harga untuk menikmati persembahan daripada tiga vokalis hebat dalam satu malam,” Mike Manicka wakil ICON Entertainment.

    Melihat Trio Terhebat sebagai idea dan gabungan baik yang belum pernah dilakukan dalam persembahan sebelum ini, Once tidak mengambil masa lama untuk bersetuju.

    Penyanyi lelaki yang cukup dikenali dengan vokal jantan ini dijangka akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu daripada album solonya termasuk Hilang Naluri. Kucinta Kau Apa Adanya dan Untuk Kita.

    Once, 53, juga dijangka mengalunkan lagu yang cukup popular di Malaysia, Dealova pada Konsert Trio Terhebat yang berlansung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 Mei 2024 ini.

    Selain Once, Marcell juga sudah punya senjata yang cukup ampuh untuk membuai emosi peminat dalam Trio Terhebat kelak.

    “Ini menjadi penghormatan terbesar saya bukan hanya dapat kembali ke Malaysia dalam tempoh singkat tetapi lebih penting adalah gabungan bersama dua penyanyi solo yang saya kagumi, Once Mekel dan Bams dalam Trio Terhebat.

    “Tidak sabar rasanya untuk kami bertiga merayakan Trio Terhebat bersama peminat di Malaysia,” ujar Marcell yang cukup terkenal dengan hit seperti Takkan Terganti, Semusim dan Firasat.

    Bams pula dijangka mempamer persembahan mantap dan mengubat rindu peminat sejak meninggalkan kumpulannya Samsons. Pastinya para peminat rindu untuk mendengarkan vokal Bams yang sebelum ini terkenal dengan lagu Kenangan Terindah, Naluri Lelaki dan Kisah Tak Sempurna.

    Untuk menjadi saksi kepada Trio Terhebat (Vol 1) dengan Once, Marcell dan Bams akan membawa anda masuk ke dunia mereka, jangan lupa catat tanggal konsert iaitu 4 Mei 2024. Untuk menjadi saksi Marcell mendendangkan lagu-lagu seperti Semusim, Firasat, Takkan Terganti, Mendendam, Peri Cintaku dan Jangan Pernah Berubah. Begitu juga Once Mekel menuangkan emosi melalui lagu-lagu seperti Dealova, Hilang Naluri, Kucinta Kau Apa Adanya dan Ditentukan Untuk Bersama. Dan semestinya buat yang merindukan Bams melagukan kembali Naluri Lelaki, Kenangan Terindah, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.

    Tiket-tiket dengan harga RM268, RM308, RM358, RM358, RM458, RM558 dan RM1388 boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.com.

    Pemegang kad kredit Maybank akan menerima potongan harga sebanyak 12 peratus. Manakala pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus.

  • AMIR SISI TAMPIL LAGU BAHARU ‘AYAH IBU’

    Amir Sisi yang memenangi rancangan realiti TV ‘The Chosen One’ musim pertama merupakan penyanyi cilik yang berusia 13 tahun dan berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak. Program tersebut benar-benar telah menyerlahkan lagi bakat muda Amir dalam bidang nyanyian. Ini terbukti apabila gandingnya bersama jurulatih yang juga merupakan seorang penyanyi dari anggota kumpulan MADAM iaitu Putera Muhammad, telah berjaya mencipta nama Amir Sisi sebagai seorang penyanyi cilik yang mampu memukau hati juri dan penonton dengan nyanyiannya yang merdu. Hampir setiap minggu sosok kecil yang berbakat besar ini membuktikan bahawa beliau mempunyai kelainan tersendiri dalam setiap persembahan.

    Kali ini, diberi peluang untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Ikhwan Fatanna untuk single sulung beliau yang bertajuk, Ayah Ibu. Lagu ini mengisahkan tentang pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan anak-anak. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini juga sangat dekat dengan kehidupan Amir dari pedalaman.  Single yang pertama ini juga merupakan hadiah daripada  Rocketfuel Entertainment untuk Amir di atas kemenangan beliau dalam program realiti tersebut. Proses rakaman lagu ini juga agak mencabar memandangkan Amir masih lagi bersekolah dan tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh dari Kuala Lumpur.

    Menurut En. Prem Anand, selaku Vice President Rocketfuel Entertainment, “Kami telah menyedari potensi Amir semenjak kemunculan pertama Amir dalam sebuah program realiti, dan pihak kami terus mengikuti perkembangannya sehingga tamat program. Apabila Amir dinobatkan sebagai Juara, kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk terus membantu mengembangkan bakatnya. Amir juga merupakan salah seorang artis rakaman di bawah naungan syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment. ”

    Bagi Amir pula, “Amir rasa sangat gembira dan teruja dengan lagu ini sebab ini merupakan single pertama Amir. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada Amir khasnya kepada ibu bapa, cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang ada bersama sejak dari mula sehingga ke hari ini. Terima kasih juga kepada pihak Rocketfuel Entertainment kerana percaya dengan Amir dan memberikan peluang untuk menghasilkan lagu ini. Perasaan ini sangat sukar digambarkan dengan kata kata jadi Amir berharap agar lagu ini dapat memberi kesan yang baik kepada semua dan mesej yang disampaikan dapat diterima ramai. Teruskan memberi sokongan yang padu dan Amir berjanji akan sentiasa membanggakan ibu dan ayah Amir”.

    Lagu ‘AYAH IBU’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.