Author: Destina Asia

  • Luahan Hati, Kafe Cinta Dalam Kopi

    Luahan Hati, Kafe Cinta Dalam Kopi

    Kafe Cinta Dalam Kopi adalah tempat yang ideal untuk pasangan yang menginginkan cara yang istimewa untuk meluahkan perasaan cinta mereka kepada yang tersayang. Ia menawarkan pelbagai pilihan makanan, seperti kopi yang menakjubkan, bingsu yang menyejukkan hati, dan nasi ayam buttermilk yang pasti memikat selera.

    Kafe pertama yang dibuka oleh SACC Food Chain Sdn. Bhd. (SFCSB) anak syarikat kepada SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) sebuah anak syarikat milikan penuh PKNS telah memulakan operasinya pada 5 Februari tahun ini di dalam Kompleks Evo di sini mengalu-alukan penggemar kopi dan food hunter untuk mencuba dan merasai sendiri makanan yang menyelerakan dan suasana yang sesuai untuk healing di Kafe Cinta Dalam Kopi.

    Dilancarkan oleh Ahli Lembaga Pengarah SFCSB, Suhaimi Kasdon turut menyatakan keterujaan beliau mengenai kafe ini yang menawarkan variasi menu yang pelbagai dengan harga yang berbaloi memang wajib untuk dikunjungi kerana pembukaan kafe masa kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan terutama di Bangi yang mempunyai pelbagai pilihan kafe hipster.

    “Pelbagai menu menarik menanti anda yang terdiri daripada menu tempatan, menu Asia dan menu barat. Kalau rambang mata, anda boleh mencuba Mee Kari Nyonya, Nasi Lemak Ayam Crispy mahupun Big Breakfast CDK. Kuantiti hidangan juga pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan sambil tersenyum kegembiraan”, ujar Suhaimi lagi.

    Bersempena dengan hari pelancaran Kafe Cinta Dalam Kopi, pihak kafe berbesar hati untuk memberikan pelbagai promosi menarik seperti berikut:

    • 300 biji kek cawan CDK secara percuma
    • RM1 sahaja bagi pembelian kopi yang kedua
    • percuma kek potong bagi pembelian minimum RM40
    • percuma belon berbentuk hati
    • baucar bernilai RM20 secara percuma
    • promosi ‘Happy Hour’ dua bekas Bingsu RM22 sahaja bermula 5 Februari hingga 29 Februari.

    Kafe Cinta Dalam Kopi ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam turut menyediakan ruang untuk mereka yang gemar bergambar atau instagrammable spot. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang, tempah tarikh pada 17 Februari ini dan datang ke Kafe Cinta Dalam Kopi untuk merasai sendiri pengalaman kopi yang memikat dan penuh kasih sayang dalam setiap tegukan bakal menjadi sebuah kenangan terindah bersama mereka yang tersayang.

  • “Cinta Setandan Pisang” dicipta oleh komposer terkenal Eddie Hamid.

    Eda Ezrin dan Den Manjo adalah antara penyanyi paling terkenal di Pantai Timur, terutamanya di kalangan penggemar lagu dialek atau loghat Kelantan. Walau bagaimanapun, mereka mungkin kurang dikenali oleh peminat muzik di luar Kelantan.

    Mereka baru-baru ini muncul dengan lagu “Cinta Setandan Pisang”, yang dicipta oleh komposer terkenal Eddie Hamid dan mempunyai lirik oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo, yang diterbitkan oleh Kijang Music. Terdapat beberapa stesen radio nasional seperti ERA FM, SURA FM, dan NASIONAL FM yang menyiarkan lagu itu dalam dialek Kelantan, tetapi ia tetap menjadi fenomena! Lagu ini telah menjadi viral di TikTok sebelum dikeluarkan secara rasmi, dan video muzik rasminya telah menerima lebih 900,000 tontonan dalam hanya satu bulan selepas dimuat naik ke YouTube!

    Ini bukanlah kali pertama Eda Ezrin dan Den Manjo berkolaborasi kerana mereka pernah bekerjasama sebelum ini menerusi lagu “Adik Jando Abe Duo” yang mencapai 16 juta tontonan di YouTube.

    Menurut Eddie, beliau mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan lagu yang berentak ‘Etnik Pop Kontemporari’ ini. Meskipun kedua-dua mereka pernah bergandingan sebelum ini, namun “Cinta Setandan Pisang” merupakan lagu pertama mereka yang dicipta dan diterbitkan  Eddie Hamid.

    Eddie ada sebab mengapa memilih Eda Ezrin dan Den Manjo untuk menyanyikan lagu ciptaan terbarunya itu. 

    “Orang luar dari Kelantan mungkin tak kenal mereka tapi di sebelah Pantai Timur, nama kedua-dua mereka ini berada di tangga teratas. Disebabkan populariti mereka itulah saya memilih mereka untuk menyanyikan lagu terbaru ciptaan saya. 

    “Mereka mempunyai suara yang baik khususnya untuk lenggok lagu dialek Kelantan. Alhamdulillah, percubaan pertama Kijang Music untuk menampilkan mereka berdua mendapat sambutan baik penggemar muzik di seluruh negara . 

    “Lagu “Cinta Setandan Pisang” antara lagu yang paling viral kini dan dalam masa dua minggu sahaja lagu ini telah trending di beberapa platform popular termasuk YouTube dan TikTok,” kata Eddie yang mengambil masa seminggu untuk menyiapkan proses pembikinan lagu ini yang dirakam di studio K Seventh, Kota Bharu, Kelantan.

    Tambahnya lagi, lagu “Cinta Setandan Pisang” ini berkisar tentang manusia yang sejak azali bukanlah insan yang sempurna.

    “Kita selalu dengar peribahasa ‘pisang tak berbuah dua kali’ atau ‘dalam setandan pisang, pasti ada yang buruk’. Begitu jugalah dengan kehidupan manusia, dalam sesebuah keluarga, pasti ada yang kurangnya.

    “Lagu ini membawa maksud dalam setandan pisang itu bukanlah semuanya buruk dan begitu juga dengan situasi manusia yang sedang dilambung cinta atau hubungan antara suami isteri, sebaik mana pun hubungan mereka, mesti ada sedikit kekurangannya,” jelasnya. Eddie selaku Pengarah Urusan Kijang Music berkata beliau mahu mengetengahkan lagu-lagu dialek Kelantan ke peringkat arus perdana kerana percaya lagu-lagu sedemikian mampu mendapat tempat di hati pendengar muzik seluruh negara.

    Beliau yakin lagu-lagu sebegitu dapat diterima ramai kerana orang-orang Kelantan sendiri berada di setiap pelosok negara.   

    Sementara itu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 29, dan Den Manjo atau Mohd Hafizudin Md Yusof, 27, melahirkan rasa bertuah kerana diberi kepercayaan Eddie untuk merakam lagu “Cinta Setandan Pisang”.    

    “Ini adalah idea abang Eddie untuk saya berduet sekali lagi dengan Eda Ezrin. “Cinta Setandan Pisang” merupakan  lagu ketiga saya berduet dengan Eda Ezrin.”

    “Tak ada masalah sewaktu dalam studio kerana ini bukan kali pertama saya dan Eda menyanyi bersama. Semuanya berjalan lancar dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada abang Eddie. Kami ambil masa sejam lebih saja untuk selesaikan proses  rakaman,” kata Den Manjo yang juga aktif sebagai penyanyi Dikir Barat.

    Den Manjo, anak ketujuh daripada lapan beradik yang berasal dari Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan itu mula menyanyi dari sekolah rendah. 

    “Mula-mula saya nyanyi lagu Nasyid, masuk sekolah menengah masih nyanyi lagu Nasyid juga. Saya mula sertai Dikir Barat sewaktu di tingkatan empat sehinggalah sekarang. 

    “Untuk memartabatkan seni, saya akan terus perbaiki diri kerana saya nak pupuk semangat di kalangan anak-anak Pantai Timur agar jangan memandang rendah pada Dikir Barat,” katanya yang juga merupakan peminat irama Dangdut dan Koplo. 

    Sementara itu, Eda Ezrin, anak pertama dari empat beradik yang berasal dari Kampung Perol, Kota Bahru, Kelantan itu mula menyanyi sejak berusia 12 tahun. 

    “Memandangkan saya adalah penyanyi bebas tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana syarikat rakaman, saya boleh berduet dengan sesiapa saja asalkan serasi. Setakat ini, hampir semua lagu dendangan saya adalah dalam loghat Kelantan”. 

    “Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bekerjasama dengan abang Eddie. Kalau ada rezeki, saya harap lagu “Cinta Setandan Pisang” bukan setakat popular di kalangan peminat Pantai Timur saja, kalau boleh biarlah lagu itu memasuki pasaran arus perdana juga,” katanya penuh harapan. 

    Lagu “Cinta Setandan Pisang” kini boleh distrim di semua perkhidmatan penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Deezer dan KKBox. Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Kijang Music https://youtu.be/Pg1TcU82vwI?si=1gMVHYCXwunFzTtT  

  • Syazluna “Cinta TickTock” Single Terbaru

    Syazluna “Cinta TickTock” Single Terbaru

    Cinta TickTock, “single” baru Syazluna, mengisahkan tentang dua orang yang tidak mengenali antara satu sama lain yang tidak pernah berjumpa, bertemu satu sama lain, berbual atau jatuh cinta melalui media sosial. Muzik yang “catchy” dan rancak dengan lirik yang ekspresif tetapi mudah difahami pasti akan menarik perhatian pendengar, terutamanya generasi muda.

    Bermula sebagai hobi memuatnaik video nyanyian beliau sebagai “content” di TikTok. TikToker wanita muda ini kini memperoleh 64 ribu pengikut dan 1.4 juta “likes” di platform tersebut memulakan Langkah di tahun 2024 baharunya dan kerjayanya dalam bidang muzik dengan mengeluarkan “single” pertamanya bertajuk “Cinta TickTock” yang akan dilancarkan dan tersedia untuk semua platform penstriman pada 9 Februari 2024.

    Syazluna merupakan seorang penyanyi yang baru berkecimpung dalam industri nyanyian. Syazluna mula menyanyi di pentas pada usia 12 tahun dan beliau meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan menonjolkan bakat beliau di media sosial seperti Instagram dan TikTok dan mendapat sambutan yang baik dari pihak ‘Netizen’. Anak kelahiran Selangor ini lahir daripada kedua ibu bapa yang cacat pendengaran dan percakapan, namun, itu bukanlah satu halangan yang membuat beliau untuk tidak meneruskan bakat yang beliau miliki dalam bidang nyanyian. Syazluna juga menyatakan bahawa penyanyi terkenal tanah air Ernie Zakri sebagai pengaruh terkuat dalam perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.

    Syazluna pernah meluaskan bakat beliau ke peringkat yang lebih komersil melalui sebuah program TV astro iaitu “All Together Now” Musim Kedua. Walaupun beliau meminati genre ‘Ballad’ namun Syazluna mengambil langkah yang baru untuk mencuba genre yang berbeza daripada minatnya dengan mempertaruhkan ‘Cinta TickTock’ sebagai single pertamanya yang berkonsepkan ‘Pop” sesuai dengan citarasa anak muda zaman kini. ‘Cinta TickTock’ hasil karya komposer Mimpi dan liriknya ditulis oleh Mimpi & Syko G mempunyai melodi yang sangat ‘fresh’ dan lirik yang sangat mudah difahami serta sesuai ditujukan untuk remaja pada zaman kini.

    Sebagai salah seorang dari artis baru di bawah label MAPMUSIC, Syazluna sangat berbesar hati untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan single ‘Cinta TickTock’ khususnya pihak produksi. ‘Cinta TickTock’ akan dapat didengari melalui platform digital seperti YouTube, Spotify, Joox, dan banyak lagi.

  • Kumpulan Madam Kembali Lagi Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘MERINDU

    Walaupun mungkin tidak dikenali seperti band-band lain di luar sana, namun bagi MADAM, kejayaan boleh ditemui di mana-mana, asalkan kita yakin. “Kami terus berkarya dengan penuh semangat, menghasilkan lagu-lagu rock berkualiti tinggi, dan berjuang untuk muzik rock di bawah naungan label Rocketfuel Entertainment,” ujar Herman, pemain dram MADAM.

    MADAM yang dianggotai empat pemuzik berbakat besar, Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris) kembali lagi dengan single terbaharu berjudul ‘MERINDU’ hasil ciptaan mereka sepenuhnya dan diterbitkan oleh label hiburan paling sensasi, Rocketfuel Entertainment.

    “Idea disebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Mac tahun lepas lagi, namun disebabkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, hasrat tersebut terhenti, dan disambung semula pada penghujung 2023,” kata Putera.

    Single MERINDU membawa maksud seperti tajuknya – merindui kehadiran orang tersayang, merindukan sentuhan, suara, merindui seseorang yang jauh di mata namun dekat di hati, gambaran rindu yang amat berat lagi mendalam.

    Jelas Azuan, “Kami mengambil masa selama 3 minggu untuk menghasilkan single MERINDU ini, ia termasuk proses penulisan, adu campur muzik sehingga menjadi sebuah karya yang sempurna.

    “Lagu MERINDU masih mengekalkan irama rock namun ada elemen pop yang lebih moden, supaya lebih mudah mudah diterima oleh pendengar setelah lebih dari setahun kami tidak hadir dengan single baharu.

    Menurut En. Prem Anand, selaku Vice President Rocketfuel Entertainment, “Kami gembira dengan single terbaharu dari Madam dan berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat. Buat pendengar yang menantikan karya terbaharu daripada Madam, lagu ini adalah untuk anda. Lagu baru ini benar benar menampilkan sisi Madam yang berbeza.”

    Selain single, video muzik (MV) MERINDU turut dilancarkan dengan jalan cerita yang tidak terlalu  berat, cukup sekadar menunjukkan perasaan seseorang apabila merindu kekasihnya, pasti terkenang memori indah bersama.

    Akhiri Fadhil: “Kami berharap agar pendengar dapat mengenali band MADAM dengan lebih lagi kerana lagu ini merupakan ciptaan kami yang kedua setelah single Nona lebih setahun lalu. “Terima kasih buat semua peminat yang terus menyokong dan menanti karya terbaharu kami, semoga MADAM kekal di dalam industri muzik sehingga hujung nafas kami.

    Lagu ‘MERINDU’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

  • ANUGERAH HARGA INTELEK NEGARA 2024

    Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bakal mengadakan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara pada 26 April 2024 depan.

    Bertemakan ‘Harta Intelek Nadi Malaysia Madani,’ HHIN2024, ia diadakan bersempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2024 (HHIN2024).

    Pengerusi MyIPO, Ts. Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain mengumumkan perkara ini semasa majlis ramah mesra bersama media di ibu pejabat MyIPO dekat sini. Menurut Ts.Dr.Mohd Zuhan, penganjuran Anugerah Harta Intelek Negara adalah bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan pereka cipta, pencipta dan innovator dalam pembangunan harta intelek serta memacu pertumbuhan ekonomi negara. Terdapat lima kategori anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini, termasuk Anugerah Teknologi Hijau, Anugerah Karya Lestari, Anugerah Milenial, dan Anugerah Permata.

    Manakala Anugerah Pembangunan Lestari Harta Intelek yang juga anugerah platinum, merupakan anugerah tertinggi yang akan diberikan kepada organisasi yang menunjukkan pengurusan harta intelek yang baik dan bertanggungjawab serta mempunyai strategi untuk menjaga dan mengguna semula sumber-sumber harta intelek mereka dalam jangka masa panjang. Setiap pemenang akan menerima piala dan juga wang tunai.

    Penyertaan masih lagi dibuka sehingga 29 februari ini dan MyIPO mengalu-alukan penyertaan daripada semua pemilik harta intelek termasuk individu dan juga organisasi serta institusi pendidikan. Maklumat pertandingandan syarat-syarat penyertaan boleh didapati di laman sesawang MyIPO di www.myipo.gov.my.

    Dalam masa yang sama, MyIPO turut Menyusun pelbagai aktiviti, termasuk seminar, pameran harta intelek, dan juga pertandingan video kreatif TikTok bersempena sambutan HHIN2024. Hadir sama dalam majlis hari ini Anggota Perbadanan MyIPO, Asmaalif Abdul Adam, Ketua Pengarah, Kamal Kormin, Timbalan Ketua Pengarah Yunieza Syarmila Yusof serta pegawai kanana media dan wartawan.

    KATEGORI ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA (AHIN) 2024

    Anugerah Platinum di bawah kategori Pembangunan Lestari Harta Intelek

    Kategori ini diberikan kepada organisasi yang menunjukkan pengurusan harta intelek yang baik dan bertanggungjawab serta mempunyai strategi untuk menjaga dan mengguna semula sumber-sumber harta intelek mereka dalam jangka masa panjang.

    Anugerah Teknologi Hijau

    Anugerah ini diberikan kepada mereka yang memiliki harta intelek yang menarik, kreatif, dan menyumbang kepada teknologi hijau dan alam sekitar. Teknologi hijau ini mestilah merangkumi aspek tenaga, kesan terhadap alam sekitar, penggunaan sumber alam, dan penggunaan teknologi baru.

    Anugerah Karya Lestari

    Anugerah ini adalah pengiktirafan yang diberikan kepada pemilik harta intelek sama ada Cap Dagangan, Hak Cipta, Reka Bentuk Perindustrian dan Paten yang mempromosikan kelestarian inovasi dan kreativiti serta memberi faedah kepada masyarakat atau negara.

    Anugerah Milenial

    Anugerah ini terbuka kepada pelajar Institusi Kemahiran dan setaraf di Malaysia yang memiliki rekacipta asli, menarik, kreatif, dan mempunyai nilai komersial.

    Anugerah Permata

    Kategori ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah di Malaysia, termasuk pelajar Kolej Vokasional, yang memiliki rekacipta asli, menarik, kreatif, memberikan faedah kepada masyarakat atau negara, serta mempunyai nilai komersial.

    Anugerah ini dibuka kepada semua individu dan organisasi yang berkelayakan dan penyertaan untuk anugerah-anugerah ini dibuka sehingga 29 Februari 2024.