PERASMIAN BUSANA BAJU MELAYU JENAMA ‘ELRAH EXCLUSIVE’

WhatsApp%20Image%202024 02 27%20at%209.04.43%20AM

 

Jenama busana terkenal, ELRAH EXCLUSIVE telah melancarkan butik busana baju Melayu mewahnya di ‘Shoppes at Four Seasons Place’ di Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini adalah permulaan perjalanan baharu bagi jenama ini yang mempamerkan koleksi baju Melayu mereka yang sangat eksklusif bersempena dengan musim perayaan sambutan Aidilfitri 2024. Kejayaan Elrah terbukti apabila pasarannya menembusi pasaran Malaysia dan juga Thailand selama lebih sedekad, Elrah Exclusive membuktikan ia mampu menarik perhatian pelanggan dengan rangkaian lebih 100 pilihan warna yang mengagumkan dalam koleksi terbaru mereka.

Rekaan baju Elrah Exclusive yang terkenal dengan potongan segak bersama butang unik dan aksesori lainnya bakal tampil lebih mewah dari segi kemasannya di koleksi raya tahun ini. Koleksi baju melayu Elrah 2024 menggunakan bahan ‘abloh crepe‘ berkualiti tinggi, dan menawarkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai. Saiz yang ditawarkan pula bermula dari XXS hingga XXL sesuai untuk semua peringkat umur.

WhatsApp%20Image%202024 02 27%20at%209.05.00%20AM

Harga bagi sepasang baju melayu Elrah adalah mampu milik bermula dari RM99 sehingga ke RM199. Di antara ciri-ciri istimewa pada rekaan baju melayu Elrah adalah kerana potongan slim fit dengan zip sisi kiri-paduan tradisi dan tren, mencipta penampilan yang menawan serta aksesori ekslusif percuma seperti pin rantai logo, butang octagon, sapu tangan percuma berserta kotak ekslusif.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh pengasas Elrah Exclusive serta duta rasmi jenama Elrah iaitu Tn. El Azman selaku pengasas Elrah Exclusive, serta Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairi selaku duta jenama ini. Butik ini telah dirasmikan pada 26th February 2024 pada jam 3.00 pm. Terdapat pelbagai koleksi pakaian yang dijual, antaranya seperti Baju Melayu Ultimate 2.0, Baju Melayu Luxe Teluk Belanga, Kurta Klasik Eksklusif, Jubah Eksklusif, koleksi pakaian kanak-kanak dan sampin Elrah.

WhatsApp%20Image%202024 02 27%20at%209.05.03%20AM

Lokasi ini dipilih kerana ia berada di tengah ibu kota dan sekaligus dilihat sebagai lokasi yang paling strategik dan premium di dalam Four Seasons Place. Ia juga mengambil kira jumlah trafik dan tumpuan pembeli yang banyak, maka lokasi ini akan memudahkan pelanggan untuk mencari keperluan baju Melayu di tengah kota.

Butik ini mensasarkan golongan yang ingin merasakan suasana yang selesa dan mewah untuk pelanggan setia Elrah Exclusive dengan harga yang mampu milik. Bagi sebarang keterangan atau pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Amirun Nazreen di talian 017-2413839, Pegawai Operasi Elrah Exclusive Shoppes at Four Seasons Place.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "PERASMIAN BUSANA BAJU MELAYU JENAMA ‘ELRAH EXCLUSIVE’" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment