3 Alat Utama Pantau Gejala Covid-19 : Di musim pandemik Covid-19 di seluruh dunia, anda haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dan juga mengambil langkah awal dalam membendung penyakit ini dari terus merebak. Tambahan juga, banyak varian-varian baru yang muncul dan pesakit sendiri kadang-kala tidak sedar mereka telah dijangkiti.
SIMPTOM / GEJALA COVID-19
- Menghidapi demam biasa / demam panas berpanjangan
- Kelesuan yang bertambah teruk
- Kesukaran bernafas
- Sakit di bahagaian dada
- Batuk, muntah dan cirit-birit yang teruk
CARA CEGAH ASAS
- Kerap membasuh tangan dengan cara yang betul
- Memakai pelitup muke atau pelindung muka
- Elakkan berada di tempat yang sesak atau mengelakkan bersentuhan dengan mana-mana individu
3 ALAT PANTAU GEJALA COVID-19
1.Thermometer / Alat Pengukur Suhu
Ia merupakan salah satu alat pantau gejala Covid-19 yang paling penting dan asas yang perlu ada di setiap premis dan rumah anda. Fungsinya yang mudah iaitu untuk mengetahui suhu badan anda dari semsa ke semasa. Terdapat beberapa jenis thermometer yang terdapat di pasaran. Thermometer jenis infra-red adalah pilihan utama kerana mudah dan pantas.
Elakkan untuk membeli thermometer yang murah dan tidak mempunyai taraf sah kerana mungkin keputusan suhu yang kurang tepat.
Jadual untuk rujukan
2. Blood Pressure Monitor / Alat Pengukur Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi adalah antara punca kematian Covid-19 yang paling kritikal. Dalam mencegah awal gejala covid 19, amatlah disarankan agar mengawal tekanan darah anda dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cara pemakanan yang betul.
Jadual untuk rujukan
3. Pulse Oximeter / Alat Pengukur Denyutan Nadi & Paras Oksigen
Paras oksigen dalam badan adalah penting dalam menjalani kehidupan sihat. Alat ini adalah untuk mengukur denyutan nadi dan paras oksigen dalam darah. Dengan ada alat ini, ia dapat mengesan satu fenomena yang menjadi pembunuh senyap dipanggil Happy Hypoxia. Untuk mereka yang mempunyai gejala covid-19, ia boleh berlaku di mana keadaan paras kandungan oksigen dalam badan terlalu rendah.
Jadual untuk rujukan
Dinasihatkan supaya membeli pulse oximeter yang mempunyai kelulusan Malaysian Device Authority (MDA).
PEMBELIAN 3 ALAT UTAMA PANTAU GEJALA COVID-19
3 alat asas untuk pencegahan awal gejala Covid-19 di atas boleh didapati di :-
- Farmasi bedekatan anda.
- Platform pembelian atas talian seperti Shopee dan Lazada.
- Di dalam Apps MySejahtera.
FAEDAH ALAT UTAMA PANTAU GEJALA COVID-19
- Mengetahui tahap kesihatan anda dan keluarga
- Membuat pencegahan awal sekiranya terdapat gejala
- Dapat membuat kuarantin kendiri di rumah jika mempunyai gejala.
Klik Sini untuk lebih info berkaitan vaksinasi covid-19