Jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 Di RELA

Jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 Di RELA. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah membuka peluang kerjaya sebagai Pegawai Pertahanan Awam Gred Kp41 di RELA dan menjemput semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon jawatan ini :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pegawai Pertahanan Awam Gred Kp41 Di RELA
Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
Nama Majikan : Jabatan Sukarelawan Malaysia
Gaji : Minima RM 2,081| Maksima RM 2,285
Kelayakan Minima : (Rujuk Info Dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 di RELA adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP41 DI RELA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
  4. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai reskod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,081.00);atau
  5. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00).

Selain itu juga pemohon perlulah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.

DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP41 DI RELA

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk pemohon yang berminat dengan jawatan Pegawai Pertahanan Awam gred KP41 Di RELA dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui :

Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) : [Klik Disini]

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengamblan ini adalah sebelum atau pada 30 November 2021.

Klik Disini untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 Di RELA" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment