Jawatan Penolong Penguatkuasa Di KPDNHEP

Penolong Penguatkuasa Di KPDNHEP. Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan layak untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Penolong Penguatkuasa Di KPDNHEP (Gred KP29)
(30 Kekosongan & 40 Simpanan)

Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia

Nama Majikan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Gaji : Minima RM 1,493| Maksima RM 5,696

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Disember 2021

Capture

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Penguatkuasa Di KPDNHEP adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PENOLONG PENGUATKUASA DI KPDNHEP

Syarat-syarat lantikan umum untuk jawatan ini adalah :

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  3. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
  4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
  5. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).

Syarat-syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia :

  1. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  2. Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).

Syarat-syarat untuk ukuran fizikal pemohon untuk jawatan ini adalah :

  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat-syarat peningkatan secara lantikan ke Penolong Penguatkuasa Di KPDNHEP adalah :

  1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan
  2. Mempunyai syarat kelayakan umum
  3. Lulus peperiksaan khas
  4. Had umur lantikan :
    -berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    -berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    -berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS JAWATAN PENOLONG PENGUATKUASA DI KPDNHEP

Deskripsi tugas Penolong Penguatkuasa Di KPDNHEP adalah :

  1. Kementerian Dalam Negeri
    Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.
  2. Kementerian Pengangkutan
    Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.
  3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
    Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.
  4. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
    Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk pemohon yang berminat dengan jawatan Penolong Penguatkuasa Di KPDNHEP dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui :

Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) : [Klik Disini]

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengamblan ini adalah sebelum atau pada 13 Disember 2021.

Klik Disini untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

Leave a Comment