Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru

Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilain kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

MUAT TURUN DAN DAFTAR MYSEJAHTERA

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari beberapa platform di telefon pintar anda. Disenaraikan dibawah adalah pautan pantas untuk memuat turun aplikasi dan daftar MySejahtera :

google play

apple

huawei galerry

gamma

kelebihan download apps mysejeahtera

DAFTAR MYSEJAHTERA

Untuk pendaftaran aplikasi MySejahtera, beberapa langkah penting dan mudah perlu dilaksanakan. Disenaraikan dibawah cara daftar MySejahtera.

Langkah-langkah pendaftaran aplikasi Mysejahtera :

  1. Klik “Daftar sini”
  2. Pendaftaran boleh dibuat melalui no telefon atau emel
  3. Sekiranya mendaftar melalui no telefon, anda akan menerima notofikasi sms yang mempunyai kod OTP. ~Masukkan kod OTP di ruangan yang disediakan
  4. Jika mendaftar melalui emel, anda akan menerima emel daripada MySejahtera dan klik pada pautan untuk pengesahan
  5. Masukkan butiran pendaftaran, tetapkan kata laluan dan klik sahkan
  6. Jika pendaftaran berjaya, tekan tutup untuk kembali kepada paparan log masuk.

pendaftran mysejahtera

CARA  “CHECK IN & CHECK OUT” MYSEJAHTERA

Pengguna yang telah berjaya mendaftar boleh menggunakan aplikasi MySejahtera di mana-mana premis berdaftar dengan MySejahtera Check In. Dengan kemaskini terbaru, butang tambahan “check-out’ telah ditambah, dan juga status vaksin pengguna akan dipaparkan sekali.

Berikut adalah langkah mudah untuk menggunakan “Check In & Check Out”

  1. Buat pemeriksaan suhu badan yang disediakan di depan pintu masuk premis
  2. Buka aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis
  3. Paparan MySejahtera akan menunjukkan nama pengguna dan emel atau no telefon
  4. Klik pada bahagian “Check-in” untuk mendaftar masuk ke premis terbabit

check in

  1. Scan QR Code yang disediakan

check in mysejahtra

6. Masuk ke premis
7. Setelah selesai urusan di premis terbabit, keluar dari premis dan membuka aplikasi MySejahtera sekali lagi.
8. Kali ini Klik pada bahagian “Check-out” pula untuk mendaftar keluar dari premis terbabit.

check out

DAFTAR MYSEJAHTERA CHECK-IN

MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tanbahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

Klik Sini untuk mendaftar MySejahtera Check-In

Klik Sini untuk log masuk ke MySejahtera Check-In

MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

KEMUDAHAN MYSEJAHTERA

  1. Membantu Kerajaan dalam usaha memustuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid-19
  2. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid-19
  3. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19
  4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan Klinik terdekat untuk mendapatkan pemerikasaan dan rawatan Covid-19

Klik Sini untuk pelbagai lagi info untuk anda layari

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment