Vaksinasi Remaja : Ini Yang Perlu Anda Tahu

Vaksinasi Remaja : Ini Yang Perlu Anda Tahu. Pemberian vaksinasi bagi remaja dilakukan berdasarkan peringkat umur iaitu 17 tahun dan ke bawah. Buat masa ini, tiada dasar berkenaan pemberian vaksinasi secara bersama dalam keluarga yang sama. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluaskan kepada remaja-remaja bagi kategori seperti berikut:

  • Individu berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu; dan
  • Semua individu berumur 16-17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

Walau bagaimanapun, implementasi pemberian vaksinasi untuk remaja berumur 12-17 tahun ini adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia. Sehingga kini, vaksin COVID-19 yang telah disetujui untuk didaftarkan melalui mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk diberikan kepada remaja berusia 12-17 tahun di Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) adalah Pfizer-BioNTech. Walau bagaimanapun kesesuaian jenis vaksin COVID-19 akan ditentukan melalui Penilaian Pra Vaksinasi (PVA).

PENILAIAN PRA VAKSINASAI (PVA)

Penilaian Pra Vaksinasi (PVA) bagi remaja boleh dilakukan di semua fasiliti kesihatan seperti di klinik kesihatan, klinik swasta, hospital kerajaan dan swasta. Penilaian sebelum vaksinasi bagi penerima vaksin dengan masalah kesihatan tertentu akan dilakukan oleh pegawai atau pakar perubatan. Penilaian yang dijalankan merangkumi status kesihatan semasa, sejarah perubatan, sejarah alahan dan rawatan/ubatan yang sedang diterima oleh individu tersebut.

Penilaian Pra Vaksinasi Remaja (PVA) akan dijalankan untuk tujuan seperti berikut:

  • Menilai kesesuaian individu tersebut menerima vaksin COVID- 19;
  • Menilai kesesuaian jenis vaksin COVID-19 untuk individu tersebut;
  • Menilai masa yang sesuai untuk individu tersebut menerima vaksin COVID-19; dan
  • Menilai lokasi yang sesuai untuk individu tersebut menerima vaksin COVID-19 sama ada di hospital atau PPV komuniti.

Banyak negara kini memberi fokus kepada pemberian vaksin untuk kanak-kanak seawal umur 12 tahun untuk mendapatkan imuniti kelompok sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19. Malaysia juga mengambil pendekatan yang sama apabila kerajaan meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk individu berumur 12 tahun dan ke atas. Walau bagaimanapun, pemberian ini adalah terhad kepada remaja yang mempunyai masalah kesihatan yang serius dan atas nasihat doktor. Untuk ini, sila rujuk doktor anda untuk nasihat dan kaedah vaksinasi.

Bagi remaja yang berumur 17 tahun dan akan mencapai 18 tahun dalam tahun semasa juga adalah dibenarkan untuk mengambil Vaksinasi Remaja dengan kebenaran ibu bapa melalui borang kebenaran khas yang disediakan.

KAEDAH PELAKSANAAN PEMBERIAN VAKSINASI REMAJA

Pelaksanaan pemberian vaksinasi bagi remaja boleh dilakukan melalui penilaian kesihatan oleh pegawai/pakar perubatan dan bagi individu yang telah dinilai akan menerima “SLIP PENILAIAN KESESUAIAN MENERIMA VAKSIN COVID-19 BAGI PESAKIT DENGAN MASALAH KESIHATAN TERTENTU”.

Dengan dokumen ini, Pegawai/Pakar Perubatan akan memberikan salah satu keputusan seperti berikut:

  • Individu boleh menerima vaksin pada bila-bila masa
  • Individu boleh menerima vaksin, namun masa untuk menerima ditangguhkan kepada masa yang sesuai. Sebagai contoh setelah selesai rawatan
  • Individu tak boleh menerima vaksin secara mutlak.

Dokumen ini perlu dibawa oleh individu tersebut ke PPV/SPPV di Kaunter 3, iaitu Kaunter Kaunseling/Kaunter menandatangani Borang Kebenaran Menerima Vaksin

PENDAFTARAN VAKSINASI REMAJA

Pendaftaran bagi remaja berumur 12 sehingga 17 tahun sudah diterima oleh sistem MySejahtera, namun begitu tiada janji temu yang akan diberikan lagi setakat ini kepada kumpulan tersebut. Sistem MySejahtera akan terus menerima pendaftaran vaksinasi untuk golongan remaja supaya ia boleh digunakan pada masa depan apabila program vaksinasi untuk remaja bermula.

Kaedah pendaftaran vaksinasi bagi remaja melalui fungsi tanggungan di aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:

  • Buka MySejahtera
  • Klik pada “Vaksinasi COVID-19”
  • Klik “Tambah Tanggungan Vaksinasi”
  • Lengkapkan maklumat diperlukan

KAEDAH PEMBERIAN VAKSIN

Bagi pelajar tahun peperiksaan yang telah mencapai usia 18 tahun contohnya calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia, termasuk yang akan memasuki usia 18 tahun pada tahun ini, Vaksinasi Remaja akan diteruskan mengikut penjadualan dan janji temu yang telah ditetapkan.

Sebanyak 156 buah Pusat Pemberian Vaksin akan beroperasi untuk menjalankan PICK Remaja bermula 23 September. Vaksinasi akan dibuat melalui tiga kaedah.

Kenal pasti kategori dan kaedah bagi anak remaja anda untuk proses vaksinasi yang lancar.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Vaksinasi Remaja, boleh terus ke pautan Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia : https://www.moh.gov.my/

Klik Sini untuk info lanjut berkaitan bantuan dan semakan vaksinasi untuk anda.

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Vaksinasi Remaja : Ini Yang Perlu Anda Tahu" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment