Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif Bagi Mangsa Banjir. Bagi anda yang terkesan akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa inisiatif khusus untuk anda dengan bantuan-bantuan yang akan meringankan beban anda akibat musibah banjir.
Antaranya ialah Baucar Diskaun Automotif didalam Program #KeluargaMalaysia Untuk pebaikan dan penggantian kenderaan terjejas akibat banjir.
Baucar Diskaun Automotif
Baucar Diskaun Automotif ini adalah inisiatif kerajaan yang digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif ini menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.
Syarikat | Diskaun |
---|---|
Proton | Diskaun balik pulih kenderaan dan servis tunda percuma, diskaun 25 % upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti |
Perodua | Servis tunda percuma dan upah baik pulih percuma, 50% diskaun untuk alat ganti kereta |
Syarikat Kenderaan MAA | Servis tunda percuma serta diskuan sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan |
Kerajaan | Menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah Rm1000 kepada mangsa banjir |
Tarikh Tuntutan Baucar Diskaun Automotif
Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automotif adalah pada 31 Mac 2022
Syarikat Yang terlibat Dalam Baucar Diskaun Automotif
Terdapat 19 syarikat automotif yang terlibat untuk bantuan diskaun :
Bil | Syarikat |
---|---|
1 | Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) |
2 | Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) |
3 | Tan Chong & Sons Motor (Nissan) |
4 | UMW Toyota Motor |
5 | Honda Malaysia |
6 | Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) |
7 | Volvo car Malaysia |
8 | TC Euro Cars (Renault) |
9 | Mercedes-Benz Malaysia |
10 | BMW Malaysia |
11 | Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain) |
12 | Mazda, Peugeot dan KIA |
13 | TC Subaru |
14 | Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) |
15 | Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd |
16 | Boon Siew Honda Sdn Bhd |
17 | Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas) |
18 | Mofaz Motosikal Sdn Bhd |
19 | KMSB Motors Sdn Bhd (Suzuki) |
Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif
Untuk anda yang terkesan akibat banjir dan ini mendapatkan Baucar Diskaun Automotif boleh ikuti langkah dibawah
- Kepada pemilik kenderaan yang terlibat banjir boleh menghubungi syarikat automotif untuk mengetahui pusat servis yang terdekat.
- Anda dinasihat supaya membuat tuntutan daripada pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai baucar diskaun automotif anda boleh merujuk facebook rasmi Menteri Kewangan di pautan : [Klik Disini]
Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda